Close

Bolehkah Stress Menyebabkan Kanser?

Adakah Stress Boleh Menyebabkan Kanser?

Adakah stress boleh menyebabkan kanser? Ini kadang-kadang bermain dalam kepala kita. Saban hari disebabkan tekanan kerja dan kehidupan, kita boleh mengalami stress. Dan tahukah anda, stress ini secara tak langsung boleh menyebabkan kanser?

Stress adalah reaksi normal tubuh kita terhadap ancaman dan tak semestinya bersifat tidak elok. Adakalanya ia boleh membantu kita menyelesaikan dan mencapai perkara yang kita ingini. Walaupun begitu, stress berlebihan yang tidak di kawal adalah berbahaya untuk kita. Oleh kerana itu, menjadi persoalan adakah stress boleh menyebabkan kanser?

Jenis-Jenis Stress

Sebelum pergi lebih lanjut, mari kita belajar bagaimana stress terjadi. Apabila otak merasai ancaman, kombinasi signal dari saraf dan hormon akan di hantar terus ke kalenjar adrenal. Kalenjar adrenal ini akan merembeskan hormone antaranya homrmone adrenaline dan cortisol yang bertindak memulakan tindakbalas stress.

Acute Stress (Stress Akut)

Stress akut adalah stress yang biasa dialami oleh kita semua. Ia biasanya dialami dalam tempoh singkat dan diakibatkan oleh situasi yang tertentu sahaja. Antara perkara yang boleh menyebabkan stress akut adalah seperti tersangkut dalam kesesakan jalan raya ketika hendak menghadiri mesyuarat, tekanan untuk menyiapkan kerja sebelum habis deadline atau pun bergaduh dengan isteri di rumah.

Stress akut ini mengakibatkan simptom fizikal seperti tekanan darah tinggi, tekanan kepada otot, berpeluh dan bernafas dengan laju serta degupan jantung yang laju. Kebiasanyaannya ia hanya sementara dan akan hilang setelah situasi masalah tersebut tamat atau selesai.

Chronic Stress (Stress Kronik)

Stress kronik terjadi jika kita berada dalam keadaan tekanan dalam tempoh berpanjangan. Ia boleh mempengaruhi kita dari segi fizikal dan emosi. Antara penyebab stress kronik adalah berada dalam situasi keluarga yang toksik, berkerja dalam suasana yang toksik, mengalami masalah kewangan berpanjangan dan lain-lain lagi.

Semakin lama anda berada dalam stress berpanjangan ini, stress kronik ini boleh mengakibatkan penyakit jantung, masalah penghadaman, depresi, penambahan berat badan, masalah tidur, masalah untuk fokus, masalah kesuburan dan juga masalah sistem imun.

Teori Kaitan Stress Dan Kanser

Buat masa ini kajian berterusan masih di lakukan untuk mengkaji kaitan terus antara stress dan kanser. Walaupun begitu, ada beberapa teori yang mengaitkan stress dengan kanser.

Teori 1#

Stress berterusan boleh menyebabkan pembesaran dan penyebaran tumor.

Teori 2#

Sistem imun bertanggungjawab untuk mencari dan memusnahkan kanser. Tetapi stress yang kronik menyebabkan sistem imun tak dapat bertindak dengan baik.

Teori 3#

Stress menyebabkan orang yang mengalaminya untuk menjalani kehidupan yang tidak sihat bagi menanggapi stress seperti meminum arak secara berlebihan, menghisap rokok dan lain-lain aktiviti yang menyebabkan risiko kanser.

Apa Kajian Sains Terkini Mengatakan Tentang Kaitan Stress Dan Kanser?

Kajian masih lagi berjalan untuk menunjukkan kesan stress dengan kanser. Disini terdapat beberapa kajian berkaitan topik ini yang boleh kita rujuk.

  1. Kajian pada tahun 2013 yang mengkaji kaitan stress perkerjaan dengan risiko kanser mendapati bahawa stress dalam perkerjaan tidak berkait secara terus dengan risiko kanser.
  2. Kajian pada tahun 2017 keatas lebih 2000 orang lelaki punla mendapati bahawa stress perkerjaan dikaitkan dengan risiko yang lebih tinggi untuk menghidap kanser prostat.
  3. Kajian pada tahun 2016 pula ke atas 106,000 orang wanita di United Kingdom mendapati bahawa stress berterusan tidak mempunyai kaitan dengan risiko untuk menghidap barah payudara.

Secara keseluruhan, tiada bukti konklusif yang mengatakan bahawa stress menjadi penyebab langsung risiko seseorang untuk menghidap kanser.

Sebab Langsung Dan Tak Langsung

Walaupun tiada bukti konklusif sama ada stress boleh menyebabkan kanser secara langsung, adalah menjadi persoalan adakah stress secara tak langsung menjadi penyebab kanser.

Sebagai contoh, jika seseorang menghadapi stress dan menanggapi stress dengan gaya hidup negatif. Contohnya, kuat menghisap rokok untuk menanggapi stress, kemungkinan gaya hidup tersebut yang menyebabkan kanser dan secara tak langsung stress juga menjadi penyebabnya!

Amalkan gaya hidup sihat. Jangan merokok dan minum arak serta cari bantuan jika anda bermasalah dan mengalami stress berterusan.

 

Jangan Stress-Stress!!

Macam lah senang bagai di kata. Tetapi, kita cuba untuk tidak terlalu stress dalam kehidupan. Nak kemana pun kan? Akhir hidup nanti mati juga pengakhirannya. Kenapa nak stress sangat? Hahahah.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 Comments
scroll to top