Close

Punca-Punca Migrain Yang Anda Kena Tahu. Nanti Bolehlah Elak Dari Kena.

Bila kena rasa pening kepala yang amat sangat. Tangan dan kaki rasa kebas. Mata rasa berair. Kepala jadi berat dan kadang-kadang macam bau-bauan pelik boleh di hidu. Macam biasa kena kan? Ini lah migrain. Tapi apa punca migrain? Tiba-tiba sahaja kena.

Apa Itu Migrain?

Apakah migrain dan apa punca migrain? Hari ini kita akan bincangkan hal yang buat semua orang migrain memikirkannya.

Migrain adalah keadaan yang menyebabkan seseorang tidak dapat beraktiviti seperti biasa yang di akibatkan oleh sakit kepala yang teruk, di iringi oleh rasa loya dan muntah serta sensitif terhadap cahaya dan bunyi.

Sakit kepala akibar migrain ini biasanya berlangsung selama berjam-jam malahan berhari-hari. Ada pesakit mungkin hanya mengalami sakit kepala tetapi ada yang lain mungkin mengalami kabur penglihatan dan juga menghidu bau yang pelik. Ada pula yang terlampau sensitif dengan cahaya dan bunyi sehinggakan cahaya lampu biasa pun boleh buat pening kepala yang amat sangat.

Punca-Punca Migrain?

Walaupun tiada bukti khusus punca migrain, para doktor berpendapat bahawa migrain terjadi akibat ketidakseimbangan kimia di dalam otak selain daripada faktor genetik yang turut memainkan peranan. Walaupun begitu para pengkaji berpendapat, faktor di bawah mungkin boleh menjadi punca anda mengalami migrain:

1# Genetik – Jika ada ahli keluarga kita yang mengalami migrain, kemungkinan untuk kita menghidap migrain juga tinggi.

2# Umur – Kebiasannya migrain akan mula di alami ketika berumur remaja dan kemudiannya akan menjadi leebih teruk dalam umur 30an. Ia kemudiannya akan beransur hilang ketika berumur tua.

3# Jantina – Kajian mendapati migrain lebih banyak di alami oleh wanita berbanding lelaki.

4# Tindak balas kimia dalam otak – Saraf trigeminalyang terletak di kepala mengawal mata dan mulut kita. Ia juga membantu kita mempunyai deria rasa di muka. Apabila tahap serotinin menurun ketika bermula nya migrain, saraf ini akan mengeluarkan neurotransmitter yang akan menghantar isyarat ke otak dan menyebabkan sakit kepala.

5# Perubahan hormon – Perubahan hormon estrogen di kalangan wanita boleh mengakibatkan migrain.

6# Tekanan Emosi – Ini adalah punca migrain yang biasa. Ketika stress, otak akan lebih tertekan dalam situasi fight or flight. Kerisauan ini akan menyebkan migrain lebih teruk.

7# Makanan – Makanan masin, makanan berproses, MSG, pemanis buatan dan beberapa makanan lain di katakan menjadi penyebab dan punca migrain.

Cara Mengatasi Migrain

Migrain tak boleh nak di atasi kalau dah terjadi tetapi kita boleh elakkan migrain. Caranya adalah dengan :

  • mendapat tidur yang baik dan berkualiti.
  • Diet yang sihat
  • Bersenam selalu
  • Tidak mengamalkan gaya hidup dan pemakanan yang tak sihat.
  • Menjaga dan mengawal stress dengan baik.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 Comments
scroll to top