Close

Urinary Tract Infection (UTI): Siapakah yang lebih berisiko terkena penyakit ini?

Kenali simptom-simptom Urinary Tract Infection dan langkah-langkah bagi mengurangkan risiko jangkitan ini.

Kenali simptom-simptom Urinary Tract Infection dan langkah-langkah bagi mengurangkan risiko jangkitan ini.

Urinary tract infection (UTI) ini adalah infeksi atau jangkitan kuman pada sistem perkumuhan manusia iaitu bermula daripada buah pinggang, ureter (saluran air kencing daripada buah pinggang ke pundi kencing), pundi kencing dan juga uretra (saluran air kencing yang membawa keluar air kencing atau urin keluar daripada badan). Jadi, seluruh jangkitan akan melibatkan bahagian bawah sistem perkumuhan iaitu pundi kencing dan uretra.

Jenis-jenis UTI.

Jangkitan kuman berjangkit pada lokasi berlainan. Sekiranya ia berjangkit pada kawasan pundi kencing, diagnosis dipanggil “cystitis”. Apa-apa perkataan yang ada perkataan —itis, itu membawa maksud inflamasi. Jika berjangkit pada saluran air kencing, diagnosis dipanggil “urethritis”. Jika berjangkit pada buah pinggang, ia dipanggil “infeksi buah pinggang” atau kidney infection (acute pyelonephritis).

Jadi, lokasi yang berbeza menunjukkan signal dan simptom yang berbeza.

 
Bahagian terkena jangkitan kuman Signal dan simptom
Buah pinggang (acute pyelonephritis)
  • Sakit belakang bahagian atas dan tepi.
  • Demam panas.
  • Menggeletar kesejukan.
  • Loya
  • Muntah
  • *Demam panas or menggeletar kesejukan bermaksud infeksi dah sampai ke buah pinggang.
Pundi kencing (cystitis)
  • Tekanan pelvis menyebabkan sensasi berat pada bahagian bawah abdomen atau tekanan pada vagina.
  • Bahagian bawah badan tidak selesa.
  • Kerap dan sakit ketika membuang air kecil.
  • Keluar darah di dalam urin.
Uretra (urethritis)
  • Apabila kecning,terasa amat pedih.
  • Keluar cecair asing.

UTI boleh jadi overlooked atau misdiagnosed dalam kalangan orang dewasa.

Siapa yang lebih berisiko untuk menghadapi UTI?

Jawapannya adalah wanita. Mengapa? Hal ini demikian kerana wanita mempunyai struktur anatomi perkumuhan yang berbeza daripada lelaki. Secara anatomi, wanita mempunyai ureter yang pendek daripada lelaki. Jadi, kuman akan lebih cepat sampai ke pundi kencing.

Sesetengah kes, UTI ini boleh berlaku akibat perubahan hormon. Contohnya, ada yang mendapat penyakit ini pada waktu kitaran haid atau sebelum haid. Ada juga kes berlaku ke atas wanita mengandung di mana, sistem perkumuhan yang membawa air kening daripada buah pinggang ke pundi kencing melebar, jadi urin tidak dapat menyalur dengan cepat. Jadi, urin akan bertakung dan kuman akan bergerak daripada pundi kencing ke buah pinggang dan seterusnya menyebabkan kidney infection.

UTI yang berlaku pada ibu mengandung boleh menyebabkan darah tinggi dan juga kelahiran pra matang.

Dalam kalangan wanita yang berumur 60an ke atas, mungkin akan mengalami uterine prolapse atau bladder prolapse. Prolapse adalah suatu keadaan di mana organ jatuh daripada posisi normal. Punca prolapse adalah disebabkan otot lantai pelvic (pelvic floor) dan ligamen yang lemah dan tidak lagi dapat menyokong organ seperti uterus. Jadi, uterus boleh slip down atau terkeluar daripada vagina.

Selalunya akan terkesan kepada wanita yang sudah menopause yang telah memberi satu atau dua kelahiran atau wanita yang melakukan hysterectomy (proses membuang seluruh atau sebahagian uterus). Jadi, risiko untuk mendapat UTI itu ada. Apabila berlaku bladder atau uterine prolapse, ini boleh mengakibatkan pengosongan pundi kencing dan meybebabkan bacteria membiak lagi. Jadi, wanita yang sudah menopaus yang akan mengalami perubahan hormone terutama sekali estrogen, boleh memberi kesan pada vaginal flora atau organisma yang membantu mencegah dan menghapuskan pembiakan bakteria di vagina.

Image result for pelvic muscle

Image result for pelvic muscle

Simptom-simptom Urinary Tract Infection

Urinary Tract Infection tidak selalunya memberi signal atau simptom tetapi boleh bererti seperti:

  • Rasa selalu ingin ke tandas membuang air kecil dengan keinginan yang tinggi.
  • Apabila kencing, akan rasa pedih.
  • Membuang air kecil dengan kerap tetapi dalam kuantiti yang sedikit.
  • Air kencing berwarna tidak jelas/ cloudy.
  • Air kencing juga boleh berwarna merah, merah jambu terang atau seperti warna minuman coca-cola. Maknanya ada darah di dalam urin.
  • Bau urin yang kuat.
  • Sakit pelvis, terutamanya di tengah-tengah pelvis dan kawasan tulang kemaluan.
Sakit pelvis
Gambar menunjukkan rajah kawasan sakit oleh wanita yang mengadu sakit pelvis. Sebelah kiri adalah kronik dan sebelah kanan tidak mempunyai sebarang komplain.

Kanak-kanak juga tidak lari dari dijangkiti UTI.

  • Bayi kelihatan tidak selesa, tidak duduk diam dan mempunyai suhu panas 37.5 darjah Celsius dan ke atas.
  • Kanak-kanak yang kencing di tempat tidur.
  • Selalu menahan diri dari kencing sebab rasa sakit bila kencing.

Komplikasi

UTI hendaklah dirawati dengan segera kerana jika tidak ia boleh membawa kepada beberapa komplikasi. Contohnya adalah seperti:

  • Jangkitan yang berulang-ulang, terutamanya sekali wanita yang yang mempunyai serangan UTI sekali atau dua atau lebih dalam jangka masa 4 bulan atau 6 atau lebih dalam masa setahun.
  • Kerosakan buah pinggang yang kekal akibat jankitan buah pinggang yan gakut atau kronik oleh kerana UTI yang tidak dirawati.
  • Risiko meningkat dalam kalangan wanita mengandung selepas memberi kelahiran bayi yang tidak cukup berat badan atau pra matang.

Cara-cara untuk mengelak Urinary Tract Infection .

Berikut adalah senarai langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan risiko UTI:

  • Minum banyak air terutama sekali air putih. Minum air yang banyak boleh cairkan urin and membuatkan kita kerap buang air kecil. Bakteria yang terkumpul boleh dibuang daripada berkumpul di dalam sistem perkumuhan kita.
  • Minum jus kranberi. Sebenarnya, tidak banyak kajian yang mengatakan minum jus kranberi boleh mengelakkan UTI tetapi ia tidak merbahaya untuk cuba.
  • Tidak lupa untuk mengeringkan alat kemaluan daripada depan ke belakang. Hal ini boleh mengelakkan bakteria daripada kawasan dubur berjangkit ke kawasan vagina.
  • Elakkan memakai produk-produk feminin seperti semburan deodoran, bedak atau pancut douche di kawasan alat sulit kerana dikhuatiri mengandungi bahan-bahan yang menyebabkan iritasi.
  • Tukar kaedah perancangan anak. Diaphragms atau kondom yang mengandungi spermicide sebenarnya boleh menyebabkan pembiakan bakteria. Kondom ini sebenarnya mengandungi nonoxynol-9 yang boleh menyebabkan iritasi pada kawasan yang sensitif dan berkemungkinan boleh menyebabkan jangkitan yang bahaya iaitu HIV atau STD (penyakit hubungan kelamin). Ada sesetengah individu allergik dengan spermicide.

Sila bawa berjumpa pengamal perubatan berdaftar sekiranya:

  • Anda lelaki dan ada simptom UTI
  • Anda wanita mengandung dan ada simptom UTI.
  • Anak anda ada simptom UTI.
  • Ibu bapa, penjaga atau orang tua anda.
  • Anda yang tidak pernah ada UTI sebelum ini.
  • Yang apabila membuang air kecil, keluar darah/daging atau lain-lain.
  • Simptom UTI yang sudah lama tidak baik dalam masa beberapa hari.
  • Simptom yang datang balik selepas membuat rawatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 Comments
scroll to top