Tidur yang baik adalah amat penting untuk kesihatan anda. Sama penting seperti mengamalkan pemakanan yang sihat dan bersukan. Namun, banyak perkara yang menganggu corak tidur anda. Kurang tidur merupakan perkara yang telah menjadi kebiasaan dalam kalangan masyarakat, jadi tidur menjadi semakin kurang kualiti.

Berikut merupakan 10 sebab mengapa tidur yang baik penting untuk kesihatan.

1. Tidur yang tidak mencukupi penyebab berat badan meningkat.

Tidur yang tidak berkualiti seperti kurang tidur adalah berkait rapat dengan pertambahan berat badan. Mereka yang tidur dalam jangka masa yang pendek berisiko untuk meningkatkan berat badan berbanding dengan mereka yang mempunyai tidur yang mencukupi.

Secara faktanya, tidur yang singkat adalah salah satu faktor utama penyebab obesiti. Menurut kajian, kanak-kanak dan orang dewasa yang mempunyai masa tidur yang singkat adalah 89% dan 55% lebih berisiko untuk menghidapi obesiti. Pertambahan berat badan akibat tidur yang tidak mencukupi dipercayai disebabkan oleh beberapa faktor seperti hormon dan motivasi untuk bersukan.

Jika anda bertekad untuk mengurangkan berat badan, tidur yang cukup adalah kunci utama!

2. Dapat membantu kurangkan kalori.

Kajian menunjukkan bahawa orang yang kurang tidur mempunyai selera makan yang besar dan gemar makan makanan berkalori.

Kekurangan tidur akan menganggu hormon selera makan secara harian dan hal ini akan menyebabkan regulasi selera makan yang lemah, termasuklah peningkatan ghrelin, iaitu hormon yang mencetus selera makan, dan mengurangkan tahap leptin dalam badan, iaitu hormon yang menurunkan selera makan.

3. Dapat meningkatkan daya fokus dan produktiviti

Tidur adalah amat penting untuk fungsi otak berjalan dengan lancar. Hal ini termasuklah persepsi, konsentrasi, produktiviti dan persembahan. Kesemua ini akan terganggu apabila kita kekurangan tidur.

Satu kajian telah membuktikan fakta ini dimana pelatih perubatan yang bekerja lebih daripada 24 jam lebih cenderung untuk melakukan kesilapan semasa latihan sebanyak 36% berbanding pelatih perubatan yang dibenarkan untuk tidur.

Kajian lain juga menunjukkan bahawa tidur yang singkat akan mempengaruhi fungsi otak sama seperti kesan alkohol terhadap otak manusia. Secara kesimpulannya, tidur yang cukup dapat memaksimakan teknik penyelesaian masalah dan meningkatkan daya ingatan seseorang.

4. Memaksimakan kebolehan atlet.

Tidur telah dibuktikan dapat meningkatkan persembahan seseorang atlet. Berdasarkan sebuah kajian terhadap pemain bola keranjang, tidur yang lebih lama dibuktikan dapat meningkatkan ketangkasan, ketepatan, masa bertindak balas, dan kesihatan mental.

Tidur yang tidak mencukupi akan mengakibatkan kualiti latihan yang lemah dan mengehadkan fungsi-fungsi tubuh badan terutamanya kepada wanita yang berusia.

Satu kajian telah dilaksanakan terhadap 2800 wanita dan hasil kajian menunjukan tidur yang kurang mencukupi akan mengakibatkan daya cengkaman tangan yang lemah, cenderung berjalan dengan perlahan, dan sukar untuk melakukan aktiviti berdikari seorang diri.

5. Kurang tidur boleh meningkatkan risiko sakit jantung dan strok.

Kualiti dan jangka masa tidur dapat mengundang pelbagai penyakit. Contohnya, tidur yang kurang mencukupi akan mengakibatkan sakit jantung bertambah kronik. Menurut 15 kajian, orang yang kurang tidur lebih berisiko untuk mendapat sakit jantung dan strok berbanding mereka yang mendapat tidur yang mecukupi iaitu selama 7-8 jam setiap malam.

6. Tidur mempengaruhi metabolism glukosa dan risiko diabetes jenis 2.

Kurang tidur akan mempengaruhi tahap gula dalam darah dan mengurangkan sensitiviti insulin.

Menurut kajian terhadap lelaki yang sihat, mengehadkan tidur selama 4 jam setiap malam sepanjang 6 hari menyebabkan beliau mempunyai simptom prediabetes. Namun lelaki tersebut tidak menunjukkan sebarang simptom prediabetes selepas diarahkan untuk tidur dengan masa yang bersesuaian selama 1 minggu.

Tahukah anda, tabiat tidur dalam jangka masa yang singkat juga berkait rapat dengan tahap gula dalam darah? Mereka yang tidur kurang daripada 6 jam cenderung untuk menghidapi diabetes jenis 2.

7. Kurang tidur boleh menyebabkan depresi.

Isu kesihatan mental seperti depresi juga berkait rapat dengan kualiti tidur and masalah tidur. Dianggarkan 90% orang yang menghidapi depresi mengeluh mempunyai mengenai kualiti tidur mereka.

Kurang tidur juga berkaitan dengan risiko kematian yang berpunca daripada bunuh diri.

Mereka yang mempunyai masalah tidur seperti insomnia ataupun masalah tidur apnea juga dilaporkan mempunyai kadar depresi yang lebih tinggi berbanding yang tidak mempunyai masalah tidur.

8. Tidur menambahbaikkan fungsi imunisasi dalam badan.

Tidur yang tidak mencukupi walaupun dalam kadar yang sedikit juga dibuktikan akan mempengarui fungsi imunisasi badan.

Satu kajian yang dijalankan dengan memberi subjek, sejenis virus yang menyebabkan demam melalui hidung. Mereka diperhatikan dan diawasi selama 2 minggu.

Mereka yang tidur kurang daripada 7 jam adalah 3 kali ganda lebih cenderung untuk jatuh sakit berbanding dengan subjek yang yang tidur lebih daripada 8 jam. Oleh itu, jika anda kerap demam, pastikan anda mendapat sekurang-kurangnya 8 jam tidur setiap malam.

Malah, mengamalkan bawang putih juga mampu menyembuhkan demam anda.

9. Kurang tidur boleh menyebabkan keradangan dalam badan.

Tidur yang tidak mencukupi dapat menyebabkan keradangan dan kerosakan sel dalam badan.

Kekurangan tidur juga berkait rapat dengan keradangan pada saluran pencernaan, yang lebih dikenali sebagai penyakit radang usus.

Satu kajian menunjukkan orang yang kurang tidur dan menghidapi penyakit Crohn’s adalah lebih cenderung untuk bertambah teruk berbanding mereka yang tidur dengan cukup. Para pengkaji juga menyarankan evaluasi tidur untuk membantu menjangkakan hasil terhadap individu yang mempunyai masalah keradangan jangka masa panjang.

10. Tidur mempengaruhi emosi dan interaksi sosial.

Kekurangan tidur akan mengurangkan kebolehan anda untuk bersosial.

Beberapa kajian mengesahkan perkara ini dengan menjalankan ujian pengesanan emosi muka.

Satu kajian menunjukkan seseorang yang tidak tidur telah menyebabkan beliau tidak dapat membezakan ekspresi marah dan gembira.

Para pengkaji percaya bahawa tidur yang kurang berkualiti mempengaruhi kebolehan anda untuk mengenalpasti ekspresi muka seseorang dan memproses informasi emosi yang ditunjukkan.

Kesimpulannya

Tidur yang baik juga merupakan perkara yang penting dalam faktor kesihatan anda. Jadi, selamat mendapatkan tidur yang baik dan berkualiti untuk kesejahteraan diri dan orang lain.