Close

10 Teknologi Perubatan 2019 dan No.1 Sedang Mencabar Tuhan.

Saintis He Jiankui telah menghasilkan bayi CRISPR pertama di dunia!

10 Teknologi Perubatan 2019.

Kali ini, saya nak datangkan senarai teknologi perubatan yang popular 2019, moden dan efektif dalam mengurangkan sakit. Jom teruskan pembacaan.

Tangga #10 Inhaler Pintar untuk Pesakit Asma.

Inhaler pintar telah menjadi satu pilihan utama dalam merawat sakit asma. Jadi, jika pakai inhaler pintar ini dengan cara yang betul, ia boleh menyelesaikan masalah pada kadar 90%.

Namun, realitinya, kajian menunjukkan bahawa hanya 50% sahaja pesakit yang dapat mengawal kesakitannya dengan menggunakan alat ini dan sebanyak 94% tidak kerana cara penggunaan yang salah. Oleh itu, jika ada inhaler pintar di rumah, hendaklah baca dan ikuti manual dengan betul.

Untuk membantu pesakit asma lagi, ada alat inhaler pintar yang boleh connect dengan teknologi Bluetooth. Teknologi ini bersaiz kecil dan boleh dicantum atau dilekatkan dengan inhaler tersebut dan boleh set tarikh dan masa dan ia boleh tunjuk sama ada, betul atau tidak cara pesakit pakai. Data akan dihantar kepada henfon pesakit, untuk mereka keep track keadaan mereka.

Kajian klinikal juga menunjukkan dengan alat pintar ini telah dapat mengurangkan kebergantungan kepada ubat tahan sakit dan boleh jadi tak perlu ubat dah kemudian hari.

Image result for smart inhaler
Gambar adalah hiasan.

Tangga #9 Pembedahan Robotik.

Teknologi ini digunapakai untuk meminima prosedur yang invasif dan boleh membantu untuk membedah dengan tepat, terkawal dan fleksibel.

Hanya doktor bedah sahaja yang boleh guna teknologi ini. Kebiasaannya, doktor bedah yang terlatih akan menggunakan robot bagi melakukan prosedur pembedahan yang kompleks, berisiko tinggi sehingga menghampiri ‘impossible‘. Dengan kombinasi Augmented Reality (AR), tim doktor bedah boleh mendapat maklumat tambahan mengenai pesakit secara real-time ketika sedang melakukan pembedahan.

Namun, pembedahan robotik ini sebenarnya raise a concern juga kerana ia boleh menggantikan doktor bedah sendiri. Namun sementara belum cukup boleh berdiri di atas kaki sendiri, robot bedah hanya berperanan sebagai membantu dan meningkatkan kualiti kerja pembedahan.

Sesiapa dari kalangan doktor atau jurutera yang berminat mengenai kejuruteraan pembedahan robotik, boleh layari website ini.

Image result for robotic surgery

Tangga #8 Sensor Otak Tanpa Wayar.

Perubatan teknologi sekarang semakin canggih. Terima kasih kepada plastik, saintis dan doktor kini boleh implan cip bioresorbable pada otak.

Cip ini boleh membantu para doktor untuk mengukur suhu dan mengawal tekanan dalam otak. Hebat kan?

Cip ini boleh larut dalam cairan apabila kajian telah selesai atau ia tidak lagi diperlukan. Kebolehan untuk larut mengambil masa daripada saat kepada berbulan-bulan. Jadi baguslah. Tak perlu bedah untuk keluarkan cip tersebut.

 

Image result for bioresorbable electronics

Tangga Ke #7: 3D Printing.

Saya sangat suka pasal 3D printer ini sebab kalau pandai buat rekaan 3D, kita boleh mencipta apa-apa sahaja idea atau prototaip pada skala kecil sebelum menjadi skala besar.

Dalam dunia perubatan, teknologi 3D sudah menjadi satu keperluan untuk para pereka kejuruteraan biomedik atau kejuruteraan prostetik untuk menginovasi implan atau sendi buatan untuk dipakai oleh orang kurang upaya.

Untuk pengetahuan anda, 3D printer prostetik adalah pasaran panas. Lagi-lagi, ciptaan mempunyai ukuran yang sama dengan seseorang individu dengan fungsi digital yang sangat selesa, boleh bergerak secara natural dan tahan lama. Terkini, 3D printer juga boleh print ubat.

Image result for 3d printer jantung
Saintis Yahudi dari Universiti di Tel Aviv telah mengatasi kehebatan ciptaan saintis lain sebelum ini dengan berjaya menghasilkan dari teknologi cetakan 3D, sebuah organ jantung lengkap yang ada sekali semua sel, pembuluh darah, bersama dengan ruang bilik jantung dengan dindingnya.

Tangga ke #6: Organ Buatan.

3D printing dah satu bidang. Bio-printing lain pula! Bio-printing adalah teknologi yang paling baru. Terkini, kajian yang paling best and ground-breaking adalah sel kulit boleh dihasil semula untuk sel kulit yang rosak, contohnya rosak akibat lecur. Para saintis telah boleh buat semula pembuluh darah, ovari buatan dan pankreas buatan!

Apa yang menarik, organ buatan ini pula boleh membesar dalam badan pesakit untuk menggantikan organ yang rosak! Asalkan sistem imun tubuh badan tidak menolak kepalsuan ini. ūüėÄ

Jadi, teknologi bio-transplan ini amat mencuri perhatian ramai pihak kerana ia boleh menyelamatkan beribu-ribu nyawa yang memerlukan organ transplan saban hari dan juga boleh menyelamatkan perdagangan manusia daripada menjadi mangsa culik organ!

Image result for artificial ovary
Ovari buatan dalam proses.

Tangga ke#5: Aksesori Kesihatan.

Demand semakin tinggi sejak beberapa tahun yang lepas, semenjak pengeluaran Bluetooth pada tahun 2000. Sekarang, kita dah boleh track semua seperti langkah perjalanan, degupan jantung ketika berjogging atau senaman.

Para atlet bola sepak dunia tidak lari daripada perlu memakai aksesori ini untuk rekod persembahan dan memberi feedback secara langsung kepada jurulatih tentang kesihatan atlet secara real-time.

Pesakit diabetes dan jantung juga kini boleh monitor kadar gula dan denyutan jantung dan mengambil langkah-langkah sepatutnya untuk berada dalam keadaan terkawal.

Image result for football athlete wearable

Tangga ke#4: Perubatan Ketepatan (Precision Medicine).

Perubatan Ketepatan ini adalah hasil arus perubatan yang menjadi semakin individualisasi. Apa yang dilakukan adalah doktor akan mengambil kira faktor genetik individu dan merawat penyakit seperti kanser dengan menurut genetik individu.

Gen dan protein yang spesifik boleh menyebabkan mutasi gen dan boleh dimusnahkan oleh rawatan doktor tersebut.

Tangga ke#3: Realiti Maya (VR).

Realiti Maya adalah teknologi yang lebih kepada menyediakan bantuan secara visual. 

Dari sudut perubatan, doktor pelatih boleh berlatih menggunakan VR yang canggih bagi menghadapi pengalaman menerawang ke alam anatomi manusia yang menyamai dunia nyata.

Pesakit juga boleh dapat manfaat daripada teknologi realiti maya ini. VR boleh memudahkan dan mempercepatkan pesakit untuk pulih daripada kecederaan, kekurangan upaya sementara, fisioterapi, rehabilitasi dan penyembuhan dari ICU.

Pesakit pun tidak stress kerana alat ini merangsang rasa seronok untuk pesakit berterapi dengan alat ini. Jadi, pesakit boleh pulih dengan lebih cepat.

Related image

Tangga ke#2: Tele-Perubatan.

Tele-perubatan ini tidak baru tetapi dalam Malaysia, implementasi ini masih perlahan kerana mencabar.

Faktor pertama, ada golongan doktor yang pilih untuk bersemuka dengan pesakit bagi memeriksa gejala-gejala yang ada.

Faktor kedua, teknologi teleperubatan ini adalah bertujuan untuk memberi rawatan secara jarak jauh. Untuk implementasi teknologi ini, internet di seluruh negara perlu stabil termasuk di kawasan ceruk kampung. Kedua, semua petugas kesihatan secara berkumpulan mesti available untuk telekomunikasi dengan pesakit jarak jauh untuk memberi telediagnosis, telekonsultansi, penilaian, pentadbiran, kawal selia, peringatan, notis, tunjuk ajar, intervensi dan remote admission. 

Namun, apa yang menarik, di luar negara, teleperubatan ini adalah satu perkara yang over-subscribed kerana sangat bermanfaat untuk pesakit yang duduk jarak jauh daripada akses poin pusat kesihatan. Dengan adanya teknologi ini, pesakit boleh datang ke pusat perubatan yang terangkum pada bila-bila dan dimana-mana sahaja. Sangat berguna kepada pesakit yang mempunyai kondisi penyakit kronik yang memerlukan rawatan segera, konsisten, selesa dan kos efektif.

Tahukah anda, Akta Teleperubatan telah pun digubal pada 1997 dan inisiatif ini mendapat sambutan positif daripada kerajaan. Oleh itu, isu ketersampaian melalui perkhidmatan ICT yang lebih baik sedang diperbaiki. Bidang ini dijangka bernilai $100 bilion pada tahun 2025.

Image result for tele medicine

Tangga ke#1: CRISPR.

Clustered Regularly Interspaced Short Palindromic Repeats (CRISPR) adalah teknologi edit gen yang paling canggih.

Bagaimana? Dengan cara memanfaatkan mekanisma sistem imun sel bakteria yang dicerobohi oleh virus dan potong helai DNA yang terjangkit.

Helaian DNA yang rosak ini mempunyai potensi yang boleh ubah cara merawat penyakit. Dengan memodifikasikan gen, ancaman besar seperti kanser dan HIV boleh diatasi dalam beberapa tahun lagi. Menarik bukan?

Related image

Namun, teknologi CRISPR ini telah mencetus beberapa kontroversi iaitu mengaitkan keupayaannya mencabar Tuhan sebab boleh edit gen dan boleh menghasilkan bayi dari citarasa sendiri! Dan ya, memang boleh!

Di saat saya menulis artikel ini, pada 21 jam yang lepas, seorang saintis CRISPR baru sahaja dikenakan hukuman penjara selama 3 tahun kerana melahirkan bayi gen edit yang pertama di dunia.

Saintis yang bernama He Jiankui telah memodifikasikan embrio manusia dan implan ke dalam rahim seorang ibu. Hasilnya, adalah kelahiran bayi kembar perempuan Lulu dan Nana, secara teorinya, imun dengan virus HIV. Keupayaan penuh modifikasi CRISPR terhadap kehidupan bayi kembar ini belum diketahui.

saintis crispr kena penjara
Saintis yang bernama He Jiankui telah menghasilkan bayi CRISPR pertama di dunia!

Apa pendapat anda? Boleh ke tak boleh CRISPR ini? Kongsikan di ruangan komen.

Kesimpulan

Sebenarnya, bidang perubatan ini tersangat luas. Para doktor juga boleh menjadi pereka cipta.

Gabungkan dengan teknologi untuk membantu memudahkan rutin harian pesakit, pasti anda akan mendapat anjakan paradigma yang sangat menarik untuk diteruskan.

Jadi, janganlah berputus asa dengan pemansuhan elaun kritikal baru-baru ini. Bidang farmaseutikal dan perubatan perlu tongkahan arus perubahan, supaya kita semua boleh hidup lebih lama dan kurang mendapat penyakit.

Terima kasih. Selamat Menyambut Tahun Baru 2020!

Graduan Bachelor of Homeopathy Medical Sciences (Hons) di University of Cyberjaya (UoC) 2014-2018. Menjalani latihan industri 3 bulan di Hospital Homeopati M.L Dhawale Palghar, Mumbai. Berpengalaman dalam bidang sales di sebuah farmasi moden high-end berpusat di Bangsar. Kini, seorang Homeopath cum Pemasar di sebuah syarikat kesihatan swasta.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Leave a comment
scroll to top