Close

7 Khasiat Ginseng Yang Anda Perlu Tahu. Elok Untuk Kesihatan Ni!

Kongsikan artikel dengan rakan anda!

Ginseng ni rata-rata dikenali oleh masyarakat Cina selama ribuan tahun. Ginseng adalah tumbuhan yang tumbuh secara perlahan dan mempunyai akar yang digunakan untuk tujuan perubatan. Banyak sebenarnya khasiat ginseng yang ada yang digunakan untuk tujuan kesihatan.

Ada 3 klasifikasi ginseng berdasarkan umur iaitu ginseng muda iaitu ginseng yang akarnya di ambil sebelum 4 tahun, ginseng puthih iaitu ginseng berumur 4-6 tahun dan ginseng merah iaitu ginseng yang berumur 6 tahun ke atas.

Ginseng mempunyai 2 jenis compound aktif yang berfungsi memberi khasiat kesihatan iaitu : ginsenosides dan gintonin.

Jenis-Jenis Ginseng

Terdapat banyak jenis ginseng tetapi yang popular adalah American ginseng (Panax quinquefolius) dan juga Asian ginsen(Panax ginseng). Kedua-dua ginseng ini berbeza dari segi compund aktif dan kesan kepada badan. American ginseng dipercayai berfungsi sebagai relaxing agent manakala Asian ginseng memberi kesan agresig kepada badan.

khasiat ginseng
khasiat ginseng

7 Khasiat Ginseng Yang Diperakui Oleh Bukti Saintifik

1# Antioxidan Yang Kuat Untuk Mengurangkan Keradangan.

Ginseng mempunyai antioksidan dan anti-keradangan yang tinggi. Kajian mendapati bahawa ekstrak Ginseng Korea dan compound ginsenoside dapat menghentikan keradangan pada sel kulit yang di ambil daripada pesakit ekzema. Kajian lain juga menunjukkan bahawa ekstrak ginseng dapat mengurangkan keradangan dan meningkatkan antioksidan kapasiti di dalam sel.

Kajian yang sama turut dilakukan kepada manusia sebagai subjek ujian dan menunjukkan keputusan yang positif.

2# Membantu Fungsi Otak

Antara khasiat ginseng yang lain adalah membantu fungsi otak. Ginseng boleh membantu fungsi otak seperti memori, mood dan juga sikap. Kajian test-tube dan juga kajian keatas haiwan mendapati bahawa compound di dalam ginseng boleh melindungi otak daripada kerosakan otak yang di akibatkan oleh radikal bebas.

Satu kajian terhadap 30 orang yang sihat yang mengambil 200mg Panax ginseng setiap hari selama 4 minggu mendapati bahawa kesemua mereka ini menunjukkan peningkatan yang baik terhadap kesihatan mental, fungsi sosial dan mood mereka.

Kajian lain pula mendapati bahawa dengan mengambil 400mg Panax ginseng setiap hari selama 8 hari meningkatkan keupayaan matematik dan memberikan ketenangan kepada pengguna ginseng tersebut. Selain itu kajian juga mendapati kesan positif ginseng kepada penyakit Alzheimer (nyanyuk).

3# Memperbaiki Mati Pucuk

Khasiat ginseng ini rasa ramai yang suka. Kajian mendapati bahawa ginseng mungkin berguna sebagai alternatif dalam mengubati erectile dysfunction. Compound di dalam ginseng boleh melindungi daripada stress oxidative di dalam salur darah dan tisu di zakar dan mengembalikan fungsi normal zakar.

Tambahan lagi, ginseng membantu dalam penghasilan nitric oxide yang berguna dalam meningkatkan fungsi muscle relaxation  dan meningkatkan peredaran darah.

Satu kajian mendapati bahawa sekumpulan lelaki yang mengambil ginseng merah Korea berjaya memperbaiki simptom mati pucuk mereka sehingga 60% berbanding sekumpulan subjek lelaki lain yang hanya menggunakan ubat untuk penyakit mati pucuk.

4# Meningkatkan Sistem Imun

Khasiat ginseng yang lain adalah meningkatkan sistem imun. Kajian dilakukan untuk melihat kesan ginseng kepada pesakit kanser. Satu kajian terhadap 39 orang yang mengalami kanser perut dan telah melalui pembedahan dan kemoterapi. Kesemua 39 orang ini diberikan 5400 mg ginseng selama 2 tahun. Kajian tersebut mendapat bahawa kesemua 39 orang subjek kajian tersebut mempunyai sistem imun yang lebih baik.

5# Mempunyai Khasiat Untuk Menentang Kanser

Khasiat ginseng juga boleh berguna untuk mengurangkan risiko kanser. Ginsenosides di dalam ginseng berguna untuk mengurangkan keradangan dan meningkatkan perlindungan antioksida. Ginsenosides juga berguna dalam menghalang penghasilan sel secara abnormal.

Kajian mendapati bahawa mereka yang mengamalkan ginseng boleh mengurangkan risiko kanser sebanyak 16%. Selain itu, ginseng juga meningkatkan kesihatan pesakit kanser yang sedang menjalani kemoterapi.

6# Menambah Tenaga dan Mengurangkan Keletihan.

Penggunaan ginseng di dalam masyarakat cina sejak zaman berzaman digunakan untuk menambah tenaga dan mengurangkan keletihan. Satu kajian dilakukan selama 4 minggu untuk mengkaji kesan Panax ginseng terhadap mereka yang mengalami keletihan kronik. Mereka yang mengambil Panax ginseng didapati mengalami keletihan fizikal dan mental yang kurang berbanding mereka yang tidak mengambinya.

Sebanyak lebih 155 kajian turut mendapati bahawa pengambilan ginseng bukan sahaja dapat mengurangkan keletihan tetapi turut menambahkan tenaga.

7# Mengurangkan Gula Dalam Darah

Asian Ginseng dan American Ginseng kedua-duanya dapat meningkatkan fungsi pankreas dan meningkatkan penghasilan insulin yang kemudiannya meningkatkan peningkatan gula di dalam tissue. Ginseng juga membantu dalam meningkatkan antioksida dan mengurangkan radikal bebas di dalam sel penghidap kencing manis.

Satu kajian mendapati bahawa American Ginseng berfungsi dalam mengawal gula dalam darah 10 orang subjek yang sihat selepas mereka minum minuman yang manis.

Cara Mengamalkan Ginseng Supaya Mendapat Khasiat Ginseng.

Terdapat banyak cara untuk mengamalkan ginseng. Ianya boleh dimakan mentah atau di stim untuk melembutkan ginseng tersebut.

Ia juga boleh direndam di dalam air panas untuk dijadikan teh. Cuma rendamkan kepingan ginseng di dalam air panas untuk beberapa minit dan anda boleh menikmatinya.

Nak lagi mudah, sekarang sudah banyak ekstrak ginseng boleh didapati dalam bentuk serbuk, tablet dan kapsul. Anda boleh mengambilnya ikut panduan yang ditetapkan.

 

Kongsikan artikel dengan rakan anda!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 Comments
scroll to top