Kerajaan Amerika Syarikat baru-baru ini telah menasihati rakyatnya untuk tidak menggunakan 9 jenis pembersih tangan ini kerana ia berkemungkinan toksik.

Food and Drug Administration (FDA) telah memberi amaran untuk tidak menggunakan hand sanitizer yang dikeluarkan oleh syarikat Eskbiochem, sebuah syarikat yang berpangkalan di Mexico kerana ada satu bahan yang berpotensi mengandungi methanol (alkohol kayu). Bahan ini dipercayai adalah bahan toksik apabila diserap masuk ke dalam kulit atau dihadam.

Agensi FDA mengenalpasti produk Eskbiochem. Antaranya ialah All-Clean Hand Sanitizer, Esk Biochem Hand Sanitizer, CleanCare NoGerm Advanced Hand Sanitizer 75% Alcohol, Lavar 70 Gel Hand Sanitizer, The Good Gel Antibacterial Gel Hand Sanitizer, CleanCare NoGerm Advanced Hand Sanitizer 80% Alcohol, CleanCare NoGerm Advanced Hand Sanitizer 75% Alcohol, CleanCare NoGerm Advanced Hand Sanitizer 80% Alcohol, and Saniderm Advanced Hand Sanitizer.

FDA telah mengambil beberapa sampel dan menjumpai bahan-bahan berbahaya seperti methanol, dan no-ethyl alcohol, salah satu ramuan tipikal. Dalam laporan FDA, “Methanol adalah bahan yang tidak boleh diterima atau dilarang gunapakai bagi membuat hand sanitizers kerana boleh mengakibatkan kesan-kesan toksik,”.

Agensi ini memberi amaran bahawa ramuan methanol ini, jika mendekati tubuh badan manusia serperti melalui rongga hidung, boleh mengakibatkan sakit pening kepala, hendak muntah, muntah-muntah, pandangan kabur, buta kekal, koma dan kerosakan kekal kepada sistem saraf atau boleh menyebabkan kematian.

FDA telah menghubungi Syarikat Eskbiochem untuk membuang produk ini dari pasaran kerana ada kandungan racun methanol.

Pengguna dinasihatkan untuk mengenal pasti bahan methanol ini. Sekiranya ada digunapakai dalam hand-sanitizer, seharusnya dapatkan rawatan segera. Jika ada, buang terus ke dalam bekas sampah berbahaya yang sesuai. Jangan flush dalam toilet atau picit buang konten ke dalam longkang.

Sumber