Jom kita bercakap mengenai seks anal yang dikatakan sebagai subjek yang awkward whatsoever. Ilmu is ilmu. Ni nak perturunkan ilmu fiqh dan sains kat semua. Nak bagi pencerahan sedikit lah tentang seks anal ini dan risikonya.

Jom kita faham anatomi.

Anus ni direka untuk membuang air besar. Bukan untuk seks. Jadi, passage dia memang direka khas untuk satu-hala sahaja. Tak ada fungsi menerima, cuma menolak (najis) sahaja.

Faraj pulak struktur dia tebal, elastik, dan macam pleat yang didesignkan boleh stretch untuk mengadaptasi penis atau bayi.

Tisu bontot ni pulak nipis dan tidak elastik langsung. So, amat-amat terdedah dengan risiko koyak. Baik lelaki dan perempuan. Dan apabila ia koyak, ia akan berdarah dan peluang untuk dapat penyakit STD meningkat sebab contract dengan kuman. OK??

Risiko yang Real untuk Dihadapi.

a) Penyakit-penyakit kelamin akibat luka.

Penyakit-penyakit seperti rectal gonorrhea, anal chlamydia, dan HIV adalah REAL RISKS sehingga 30 kali ganda lebih tinggi berbanding pendedahan melalui seks faraj. Lelaki boleh dapat HPV (human papillomavirus) yang boleh menyebabkan anal warts dan kanser anal.

Bila koyak, akan berdarah dan fecal incontinence. Makna fecal incontinence tu maksudnya kau dah tak ada atau lose bowel control. Bila that happen, tahi boleh bocor dari rectum tanpa kau sedar. Sedar-sedar, kau dah terberak dalam seluar atau kentut mengeluarkan tahi kerana kehilangan bowel control. Pada perempuan, banyak report urinary dan fecal incontinence, iaitu membuang air kecil dan air besar tanpa kawalan.

So, agak tak enak lah kan?

b) Tak macam faraj, anus TIDAK ada pelincir.

Faraj ni special. Apabila wanita terangsang, faraj akan mengeluarkan cecair pelincir. Tetapi lubang buntut tidak. Luka dan sakit adalah confirm untuk anal receiver.

c) Tisu dalam anus lebih sensitif dari tisu luar anus.

Tisu dan kulit sekeliling anus ini berfungsi sebagai pelindung untuk half bottom of your digestive system.

Tisu dalam anus ini NIPIS, LEMBUT, dan SENANG KOYAK dan BERDARAH akibat penetrasi. Apabila berdarah, of courselah pasangan akan start transfer bakteria, virus, infections sesama sendiri. Jika u all tak ada penyakit kelamin pun, still boleh pass bakteria melalui koyakan kulit ini.

Bila kau CAMPUR seks anal dan seks faraj dalam satu sesi, kau sedang membuat pemindahan bakteria ke salur faraj. Dan ini akan membawa kepada jangkitan faraj dan salur kencing.

Ish ish ish!

d) Bakteria vagina tak sama dengan bakteria anus.

Penyakit kelamin atau STI ini bukan satu benda jer buat bimbang! Lubang anus adalah kawasan yang padat dengan bakteria. Bakteria yang ada dalam atau tepi-tepi anus dan bakteria dalam faraj ini, lain-lain. Flora dan fauna dia lain-lain. Faham kan? Bakteria dan kuman ini boleh easily spread kalau tukar lubang tanpa basuh. Mulut pun bakteria dia lain. Faham kan?

Bakteria2 in boleh spread penyakit hepatitis A dan E.coli kerana tidak mengamalkan kebersihan ketika beraktiviti.

5% JER Perempuan Capai Orgasm melalui Anal Seks

95% wanita tidak mencapai orgasm melalui anal seks kecuali clitoral stimulation dan seks faraj.

Kerana menahan sakit yang disebabkan oleh koyakan dalaman, boleh jadi memerlukan perhatian doktor serta merta. Rawatan merangkumi kemasukan ke dalam wad untuk beberapa ketika, pembedahan dan antibiotik untuk membunuh kuman. Sanggup ke kita buat pasangan kita macam tu?

Bukan sahaja dari segi fizikal, malah boleh lead kepada sesuatu yang lebih serius iaitu stress kepada jiwa kerana mengganggu konsentrasinya dengan Tuhannya.

HENTIKAN SEKS ANAL!

Allah larang sebab Allah sayang. Kahwin pun sebab nak nikmat seks bersama yang halal kan? Bila u buat anal seks, nikmat faraj akan hilang.

Kahwin pun kan atas dasar kasih sayang dan saling hormat-menghormati. Jangan ikutkan nafsu semata-mata. Kalau satu orang je sedap, satu lagi sakit dan menderita secara fizikal dan dalam hati, apa maknanya sebuah perkahwinan?

Mohon maaf pada pasangan dan bertaubatlah. Barulah Allah permudahkan urusan rezeki kita sekeluarga. Jadilah pembimbing yang diharapkan dan sentiasa belajar kerana tugas lahiriah manusia adalah khalifah. Ikut akal, hidup. Ikut hati, mati. Elakkan mempunyai niat yang terlarang tersebut!

Amaran Keras dari Al-Quran.

إِنَّ اللهَ لَا يَسْتَحِيي مِنَ الْحَقِّ فَلَا تَأْتُوا النِّسَاءَ فِي أَدْبَارِهِنَّ

Maksudnya: Sesungguhnya Allah tidak malu daripada menyatakan kebenaran maka janganlah kalian mendatangi isteri pada dubur mereka.”  Riwayat al-Nasaie (8942)

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَلْعُونٌ مَنْ أَتَى امْرَأَتَهُ فِي دُبُرِهَا

Maksudnya: “Orang yang dilaknat itu adalah seorang yang mendatangi wanitanya pada duburnya.” Riwayat Ahmad (9733)

نِسَاؤُكُمْ حَرْثٌ لَّكُمْ فَأْتُوا حَرْثَكُمْ أَنَّىٰ شِئْتُمْ

Maksudnya: “Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu;” (Surah al-Baqarah: 223)

Solusi Hebat.

Amalkan zikir “La haulawala quwatailla billahialiyilazim!” 100X sehari yang membawa makna: Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata. Ini zikir penghapus tipu daya dan penarik rezeki. Pernah anak murid wali Allah, Syeikh abdul Qadr al Jailani mendapat bayangan mimpi seindah syurga yang meliputi bidadari cantik dan sebagainya. Diceritakan mimpi berupa ‘baik’ itu kepada Syeikh Abdul Qadr. Syeikh seorang Wali Allah yang terkenal lagi tidak mudah terpedaya walaupun terkenal. Beliau menyuruh anak muridnya membaca zikir ini apabila hadir mimpi itu kali ke-4. Apabila zikir itu dibaca, maka bidadari dalam mimpinya, tiba-tiba menjerit terpekik melolong-lolong kerana terbakar hangus dan wajahnya berubah amat hodoh sekali sehingga terkejut bukan kepalang anak murid Syeikh itu. Lagi tinggi iman seseorang atau lagi kita cuba untuk beriman dan bertaqwa, lagi halus godaan syaitan. Zikir ini boleh membantu.