Close

Anti-Vaksin: Satu Kebodohan Yang Dahsyat!

anti vaksin

imej dari cnn

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, sejak facebook menjadi darah daging kita, kita pasti dengar tentang anti vaksin. Ia adalah satu golongan yang berpendapat bahawa vaksin sebenarnya berbahaya kepada manusia dan mereka menentang vaksin serta menolak untuk anak mereka divaksinkan.

Vaksin adalah persediaan biologi yang mengandungi bahan aktif iaitu antigen yang diperoleh dari sebahagian atau keseluruhan virus atau bakteria yang dimatikan atau dilemahkan. Vaksin akan disuntik untuk meningkatkan ketahanan atau imunisasi penerima terhadap penyakit tertentu.

Apa Perjuangan Anti-Vaksin?

Anti-vaksin adalah satu gerakan baru yang menidakkan vaksin. Bagi mereka, vaksin adalah punca kepada pelbagai penyakit antaranya adalah autism. (Klik untuk baca tanda-tanda autism pada kanak-kanak).

Anti-vaksin berpendapat bahawa vaksin adalah konspirasi big pharma, yahudi, freemason, illuminati dan macam-macam lagiĀ  untuk mengaut keuntungan dan menjahanamkan umat manusia.

Sejarah Anti-Vaksin.

Vaksin sendiri mempunyai sejarah yang panjang. Sejak zaman Dinasti Song di China, masyarakat telah menyuntik cacar ke dalam kulit. Penerima akan mengalami demam ringan dan jika penerima hidup selepas itu, maka mereka akan mendapat imunisasi terhadap cacar tersebut.

Sejarah penolakan vaksin bermula di Perancis pada tahun 1763. Dr Gatti seorang doktor di Perancis ketika itu mengamalkan inokulasi untuk menvaksinkan pesakitnya. Tetapi Dr Gatti tidak mengkuarantinkan pesakitnya ketika itu lalu membahayakan rakyat Perancis yang lain.

Di England pada 1853, Akta Vaksin diperkenalkan lantas mewujudkan beberapa kumpulan penentang vaksin. Pada tahun 1879, seorang anti-vaksin British datang ke Amerika Syarikat dan tidak lama selepas itu beberapa kumpulan anti vaksin mula wujud di Amerika.

Pada tahun 1905, wabak cacar berleluasa di Cambridge, Massachussettes. Kerajaan mengarahkan untuk rakyatnya divaksin tetapi seorang lelaki menolak dan melawan serta membawa kes tersebut sehingga ke Mahkamah Persekutuan.

Pada tahun 1998, seorang doktor British mengeluarkan kajian dan mengatakan bahawa vaksin MMR mempunyai kaitan sebagai penyebab autism. Tetapi pada tahun 2011, kajian ini telah disahkan sebagai menipu!

Pada tahun 2000, Amerika Syarikat menjadi antara negara utama yang telah bebas penyakit campak sepenuhnya akibat dari vaksin. Walaupun dengan banyak kejayaan vaksin, anti-vaksin tetap dengan alasan mereka menolak vaksin.

Pada tahun 2007, Pelakon Jennifer McCarthy menyatakan bahawa autism yang dihidapi anaknya adalah disebabkan vaksin. Jennifer menjadi wakil kepada kelompok anti-vaksin ini walaupun tanpa bukti yang kukuh.

Pada tahun 2013 dan 2015, penyakit campak meningkat semula di Amerika sebab ramai orang yang tidak divaksin kerana dakyah kelompok anti vaksin ini.

Apa Alasan Gerakan ini?

Bagi mereka, vaksin adalah satu penipuan terbesar walaupun vaksin telah berulang kali menunjukkan kejayaan dalam membasmi penyakit.

Sebagai contoh, sejarah mencatat siri wabak cacar yang menyebabkan kematian yang dahsyat dalam sejarah tamadun dunia! Antara yang terkenal:

  1. Wabak Athens (430 SM) : Kematian 5 juta orang.
  2. Wabak Jepun (735-737 SM) : Kematian 1/3 populasi Jepun ketika itu.
  3. Eropah (Abad ke 18) : 400,000 orang mati setiap tahun. 1 dari 7 bayi yang lahir akan mati.
  4. Afrika: Bangsa Khoisan hampir pupus kesemuanya akibat cacar!

Kita tidak lagi melihat wabak-wabak ini berlaku sekarang.

Jika ada yang terkena demam campak atau cacar bukan lagi penyakit yang boleh membunuh seperti satu masa dahulu. Namun, penyakit berjangkit ini boleh menular kembali… nauzubillah!

Vaksin Menguatkan Radius Perlindungan Berkumpulan atau Herd Immunity.

Herd immunity adalah imunisasi yang diberi kepada sekumpulan besar populasi. Jika ramai dapat vaksin, ia memberi perlindungan berkumpulan kepada mereka yang tidak divaksin lagi.

Maka penyakit tidak mudah merebak kerana tidak ramai mangsa yang boleh dijangkiti penyakit.

Ini akan secara efektif dapat menghalang penularan penyakit dalam sesebuah komuniti.

Ini amat penting untuk melindungi mereka yang tidak boleh di vaksinkan seperti kanak-kanak atau bayi yang terlalu muda untuk menerima vaksin, mereka yang mempunyai masalah sistem imun dan mereka yang sakit (seperti kanser) yang tidak boleh menerima vaksin.

Tidak Memvaksinkan Anak Adalah Tindakan Mementingkan Diri!

Jika ramai yang tidak divaksin, maka herd immunity ini akan runtuh dan akan menyebabkan ramai tidak diberi imunisasi akan mendapat penyakit dan boleh menyebabkan kematian.

Ini boleh kita lihat yang terjadi dengan penyakit campak United Kingdom dan penyakit pertussis Amerika.

Bila anda faham tentang herd immunity ini, maka anda pasti faham tindakan tidak memvaksinkan anak bukan setakat membahayakan diri anak anda tetapi juga anak orang lain.

Jika tidak mahu vaksin, herd immunity akan runtuh dan akan menyebabkan penyakit yang dah lama menghilang, wujud semula.

Tidak Ada Dalam Islam Tetapi Sama Juga Kereta, Internet Dan Lain-Lain.

Ada yang berhujah bahawa vaksin tidak pernah direkodkan dalam Islam. Tetapi begitu juga kereta, internet dan lain-lain.

Sesuatu ilmu itu tidak semestinya perlu kena sebut secara eksklusif kepada umat Islam. Sejarah Islam sendiri menunjukkan bahawa sejak zaman Nabi, Rasulullah SAW sendiri pun menyuruh tawanan perang bukan Islam untuk mengajar orang Islam cara untuk membaca.

Begitu juga cendekiawan Islam lain yang mengalih bahasa ilmu yang didapati daripada karya-karya cendekiawan Yunani supaya lebih ramai umat Islam mendapat hasilnya.

Tidak bermakna, bila vaksin itu nabi tidak pernah sebut, maka ia tak wujud dan tak boleh diamalkan.

Jadi, apabila ada pihak halang vaksin, ia adalah suatu kejahilan yang membahayakan.

Ar Razi sebagai contoh pernah merekodkan tentang kewujudan cacar dalam Kitab fi al-jadari wa-al-hasbah. Ar Razi beritahu penyakit cacar sudah wujud dan membahayakan!

Ilmu tentang menghasilkan vaksin mungkin tidak diberikan kepada kita orang Islam terlebih dahulu, tetapi ia bukan bermakna kita haram mengambilnya.

Mufti Wilayah Persekutuan juga menyatakan kewajipan untuk mengambil vaksin dan menjelaskannya dengan lebih terperinci.

Golongan Anti-Vaksin Berbahaya Kepada Masyarakat.

Jika anda berjumpa dengan anti vaksin, maka nasihatilah mereka.

Jika mereka endahkan amaran ini, maka jauhilah mereka.

Tindakan yang mereka lakukan dengan ilmu mereka yang cetek dan pandangan dangkal mereka boleh meruntuhkan perlindungan berkumpulan lalu menyebabkan bahaya kepada anak-anak dan orang lain.

 

0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 Comments
scroll to top