Jika anda jenis berjaga lewat malam, sudah pasti anda tahu keadaan anda keesokan harinya- kepenatan, lemah dan tak terurus.

Kesan jangka masa panjang kekurangan tidur adalah penting untuk kita ketahui. Ianya akan melemahkan kebolehan minda anda dan meletakkan kesihatan fizikal anda dalam keadaan bahaya.

Menurut kajian pada tahun 2010, tidak cukup tidur akan meningkatkan risiko kematian pada usia yang muda.

Sains telah mengaitkan kekurangan tidur kepada beberapa masalah kesihatan, dari pertambahan berat badan hinggalah ke sistem imunisasi yang lemah.

Jika jam tidur kurang daripada 7 jam seperti yang disarankan, anda bukan sahaja obviously kurang tidur, tetapi juga akan ada masalah untuk tidur.

Tanda-tanda kekurangan tidur adalah seperti:

  • Tidur yang berlebihan
  • Kerap menguap
  • Badan rasa gatal-gatal
  • Letih pada siang hari
  • Berat badan mudah berubah – tidak seimbang.
  • Pening kepala dan tampak serabut.
  • Hilang mood dan mudah marah-marah.

Jom kita tengok apa kesan pada sistem tubuh badan jika kita mengalami masalah kekurangan tidur atau sleep deprivation.

A. Sistem Saraf Terjejas

Pusat sistem saraf anda merupakan laluan utama untuk maklumat disampaikan pada badan. Jika terjejas, badan anda akan terganggu untuk menghantar dan memproses maklumat.

Ketika anda tidur, laluan diantara sel saraf (neuron) di otak yang membantu anda untuk mengingat mahupun menghafal maklumat baharu yang anda pelajari, akan terbentuk. Tidak cukup tidur akan menyebabkan otak anda kepenatan dan menyebabkan ianya kurang berfungsi secara optimum.

Anda juga mengalami kesukaran untuk fokus atau mempelajari benda baru. Isyarat yang badan anda hantar juga akan tertangguh, menurunkan koordinasi badan anda dan meningkatkan risiko untuk ditimpa malang.

Tidak cukup tidur juga akan mempengaruhi kebolehan emosi anda. Anda akan lebih kerap untuk hilang mood dan menjadi seorang yang kurang penyabar. Ianya juga akan menjejaskan kebolehan anda untuk membuat keputusan dan menganggu kreativiti anda.

B. Penyebab Mania

Jika anda masalah tidak cukup tidur anda berlarutan, anda berisiko untuk berhalusinasi– melihat atau mendengar sesuatu yang tidak wujud. Tidak cukup tidur juga dapat menyebabkan mania pada seseorang yang mempunyai masalah bipolar.

Risiko psikologi lain termasuklah:

  • Sikap impulsif
  • Kegelisahan
  • Depresi
  • Paranoia
  • Pemikiran untuk bunuh diri

Anda jaga berisiko untuk mengalami microsleep pada siang hari. Microsleep adalah keadaan dimana anda akan terlelap tanpa anda sedari dan ianya adalah amat berbahaya.

Jika anda mengalami microsleep ketika anda memandu kereta, anda boleh mengundang kemalangan jalan raya.

C. Sistem Imunisasi akan terjejas.

Ketika anda tidur, sistem imunisasi badan anda akan menghasilkan bahan-bahan kimia seperti antibodi dan sitokin (cytokine) yang berfungsi untuk melindungi anda daripada bakteria dan virus.

Sesetengah sitokin membantu anda untuk mendapatkan tidur dimana ianya membantu sistem imunisasi badan anda untuk bekerja dengan lebih efisien untuk mempertahankan badan daripada penyakit.

Apabila sistem imunisasi badan anda terjejas, daya lawan menentang virus ataupun bakteria menurun. Sesetengah individu akan memberi reaksi seperti badan gatal-gatal atau hidung gatal-gatal. Anda akan mengambil masa lebih lama untuk sembuh daripada sepatutnya.

Dalam jangka masa yang panjang juga akan meningkatkan risiko anda untuk menghidap penyakit kronik seperti diabetes mellitus dan sakit jantung.

D. Sistem Penghadaman juga terjejas.

Related image

1. Berat Badan Bertambah.

Di samping makan secara berlebihan dan tidak bersukan, tidak cukup tidur juga merupakan faktor lain penyebab kepada pertambahan berat badan.

Tidur mempengaruhi tahap hormon, termasuklah hormon leptin dan hormon ghrelin. Merekalah yang mengawal rasa lapar dan kenyang. Bagaimana?

Leptin bertugas untuk memberitahu otak bahawa anda sudah makan pada kadar yang mencukupi. Jika anda kekurangan tidur, otak anda akan mengurangkan tahap leptin dan meningkatkan tahap ghrelin, iaitu hormon yang merangsang selera makan anda. Keadaan inilah yang menyebabkan anda rasa lapar pada waktu malam.

Malah, kekurangan tidur menyebabkan anda berasa penat untuk bersukan. Hal ini akan menyebabkan anda bertambah berat badan kerana kalori dalam badan bertambah.

2. Penyebab Diabetes Sebab Insulin Terjejas.

Tidak cukup tidur juga boleh menyebabkan badan anda untuk menghasilkan insulin pada kadar yang rendah setelah anda makan.

Tugas insulin adalah untuk mengawal tahap gula(glukosa) dalam darah anda. Hal ini akan menyebabkan anda berisiko untuk menghidap penyakit diabetes mellitus dan obesity.

Rawatan kepada kekurangan tidur.

Rawatan yang paling asas adalah dengan mendapatkan tidur yang mencukupi, iaitu selama 7-9 jam setiap malam.

Namun, hal ini adalah sukar untuk dilaksanakan terutamanya seseorang yang telah lama tidak tidur. Oleh itu, anda boleh mendapatkan bantuan daripada doktor mahupun pakar untuk mengatasi masalah tidur anda.

Cuba dapatkan 10 Rawatan Susah Tidur Secara Semulajadi ini untuk bantu anda tidur dengan baik seperti bayi.

Pencegahan

Langkah-langkah yang boleh anda ikuti untuk mendapatkan jadual tidur yang sihat adalah:

  1. Mengehadkan tidur pada siang hari dan lebih digalakkan untuk tidak tidur pada siang hari.
  2. 1 jam sebelum, rendahkan muzik, bunyi TV, malapkan lampu dan lakukan aktiviti yang relaxing untuk minda seperti mandi atau membaca. Jika ada lampu kuning, tutup lampu putih, pakai lampu kuning. Baru romantik sikit!
  3. Dapatkan Vitamin D dan magnesium 350-500 mg.
  4. Pasangkan aromaterapi lavender yang berasap2 tu. 😀
  5. Elakkan diri untuk minum kafein selepas tengahari ataupun beberapa jam sebelum masa tidur anda.
  6. Tidur pada jam yang sama setiap malam dan bangun pada jam yang sama setiap pagi.
  7. Jika terasa lapar, minum air putih segelas. Elak daripada makan makanan berat beberapa jam sebelum masa tidur anda.
  8. Mengelakkan daripada menggunakan peralatan elektronik sebelum tidur. Elok letakkan devices dalam laci terus atau letak jauh2 dan silentkan kecuali alarm.
  9. Elak pengambilan alkohol.