Apa itu Asid Reflux?

Asid reflux ini adalah keadaan kandungan dalam perut yang masam bergerak naik atas ikut lorong esofagus. Keadaan ini dipanggil sebagai regurgitasi asid atau gastrophageal reflux.

Apa beza asid reflux vs pedih ulu hati vs GERD?

Pedih ulu hati atau heartburn ini puncanya adalah daripada asid reflux. Jadi, bila kandungan dalam perut yang masam dan berasid akan naik ke esofagus dan menyebabkan rasa panas dan sakit di bawah dada – juga dikenali sebagai ‘heartburn’ atau pedih ulu hati. 

Apabila sering berlaku lebih daripada 2 kali seminggu, barulah dipanggil sebagai GERD.

Apa beza pedih ulu hati dengan ketidakboleh hadam?

Selalu terma ini digunakan dalam satu situasi tetapi sebenarnya mengandungi makna yang berbeza. Ketidakboleh hadam akan bercakap tentang isu penghadaman yang lebih besar.

Manakala, pedih ulu hati, hanyalah suatu keadaan apabila asid perut masuk dalam esofagus. Itu sahaja. Keadaan pedih ulu hati ini dikira salah satu isu ketidakboleh hadam atau bahasa Inggeris disebut indigestion.

Pesakit mengadu, pedih heartburn sampai ke tekak.

Sesetengah masalah yang berlaku kepada pesakit ialah asid bukan sahaja naik ke esofagus, tetapi naik ke bahagian saluran pemakanan dan lebih tinggi lagi, ke bahagian pernafasan. Oleh itu, ini sudah jadi masalah asid refluks bidang ENT (Ear, Nose & Throat).

Jadi, lapisan pharynx dan saluran peti suara (larynx) terganggu. Lapisan-lapisan ini nipis daripada esofagus, jadi mudah mengalami kerosakan.

Maka, terbitlah nama sebagai refluks laringofarink (laryngopharyngeal reflux, LPR). 

Apakah ciri-ciri gejala LPR? Orang dewasa akan mengalami:

  1. Sakit perut dan dalam masa yang sama, mendehem/ batuk untuk melegakan tekak yang berterusan
  2. Terasa ada perkara asing di tekak
  3. Suara menjadi serak kerana peti suara terganggu.
  4. Nafas berbau.

Bagaimana dengan bayi dan kanak-kanak?

  1. Batuk yang berbunyi seakan serak.
  2. Penyakit salur pernafasan reaktif (asma).
  3. Nafas berbunyi (‘stridor’) atau berhenti bernafas (apnea).
  4. Masalah diberi makan/ tercekik semasa makan.
  5. Kurang berat badan dari umur sepatutnya.

Punca asid reflux.

  1. Tidak makan pada jangka masa panjang.
  2. Perut dibiar kosong.
  3. Pengambilan berlebihan minuman teh, kopi dan alkohol.
  4. Merokok dan vape berlebihan.
  5. Makan makanan berat.
  6. Makan bermacam-macam jenis makanan.
  7. Makan makanan pedas.
  8. Makan berat sebelum waktu tidur.

Diagnosis bagi mengesan penyakit ini.

  • X-ray, untuk lihat bentuk dan keadaan esofagus dan perut.
  • Endoskopi untuk cari abnormaliti. Doktor akan masukkan satu alat yang dipanggil sebagai endoskop. Ia sangat kecil, fleksibel dan ringan. Masuk melalui mulut dan ke tekak dan ke perut dan duodenum untuk mencari ulser.
  • Kemungkinan, biopsi akan dibuat. Kaedah ini akan ambil sampel tisu yang dipanggil sebagai biopsi. Tisu ini akan dibawa ke untuk dilihat dalam makmal jika ada kehadiran tisu tumor yang menghasilkan gastrin.

Lain-lain ujian.

Ujian darah. Doktor akan lihat tahap pengeluaran gastrin dalam darah. Jika tinggi, kemungkinan ada ketumbuhan pada bahagian pankreas atau duodenum.

Barium X-ray: Pesakit akan minum cecair yang mengandungi barium yang akan merangkumi dinding-dinding esofagus, perut dan duodenum. Kemudian, X-ray akan diambil. Melalui X-ray, doktor akan check jika ada ulser dan tahap tumbesarannya.

Teknik Imaging: CT Scan, MRI, dan Ultrasound.

Jika nak ambil ubat, ubat apa sesuai?

Jika jarang berlaku, boleh beli ubat di kaunter farmasi/otc. Anda boleh cuba Maalox, Mylanta, Rolaids, atau Tums. Atau dapatkan H2 blocker seperti famotidine atau fanitidine. Dua ni lebih murah daripada PPI ataupun proton pump inhibitor namun akan menyebabkan sedikit kesan sampingan. Contohnya seperti sembelit, cirit birit, susah tidur, mulut kering, kulit kering, pening kepala, bunyi dalam telinga, hidung selesama, susah kencing.

H2 blockers akan mengurangkan rembesan asid perut sebanyak 70% dalam masa 24 jam.

Selalunya doktor tak rekemen untuk ambil H2 blocker dengan PPI ni sekali.

Apa-apa pun, sila bertanya kepada pegawai perubatan atau ahli farmasi terlebih dahulu sebelum mengambil apa-apa ubat yang bersesuaian.

Saya ni mengandung. Selalu pedih ulu hati.

Pedih ulu hati adalah gejala yang berpunca daripada hormon yang kurang rembes atau rembesannya perlahan untuk sistem penghadaman berlaku. Otot yang tolak makanan dalam esofagus ke bawah juga akan bergerak perlahan semasa mengandung. Jadi, apabila uterus membesar, dia tolak ke perut. Itu yang membuatkan asid perut naik ke esofagus.

Jadi, gejala-gejala GERD jarang-jarang sekali menghasilkan komplikasi radang esofagus. Selalunya, ia akan pulih semula selepas baby dah lahir.

Rawatan untuk wanita mengandung yang ada gejala ini sama sahaja dengan orang lain yang ada GERD. Fokus melakukan perubahan gaya hidup dan dapat ubat-ubatan bukan perskripsi atau yang disarankan.

Saya nasihatkan agar anda cuba mengamalkan rawatan semula jadi di bawah.

9 Rawatan Semula Jadi untuk Basmi Asid Refluks!

  1. Tinggikan tempat pembaringan di bahagian kepala setinggi 10-20cm. Jadikan cara tidur ini sebagai amalan. Ini akan buat dada dan kepala tak sama level dengan pinggang. Jadi, asid perut taklah naik ke atas, ke tekak anda. (Lebih bagus, tinggikan juga di bahagian kaki 6-12 inci. Ini tidak ada kaitan dengan kurangkan GERD tetapi bantu untuk kurangkan tekanan darah dari bahagian kaki dan alirkan darah ke seluruh badan. Tips ini elok untuk tidur yang berkualiti dan selesa.).
  2. Lepas makan, jangan terus baring. Stay up dalam 2 jam. Oleh itu, disarankan mengambil makan malam seawal 7-8pm. Tidak lagi mengambil makanan berat-berat pada waktu hampir tengah malam.
  3. Coklat dan mint boleh buat GERD jadi lebih teruk. Ia akan relax kan injap antara esofagus dan perut, jadi asid naik ke atas.
  4. Turunkan berat badan jika berlebihan.
  5. Ambil tahu apa makanan yang trigger dan elakkan.
  6. Makan makanan perlahan-lahan.
  7. Elak minum air bergas.
  8. Jika merokok, berhenti.
  9. Kunyah gum tidak bergula selepas makan. Aktiviti mengunyah menghasilkan banyak air liur. Air liur ini akan bantu neutralizekan semula asid ini, tenangkan/lembutkan balik esofagus yang tak selesa itu, dan basuh balik asid supaya turun bawah masuk dalam perut. Elakkan perisa angin-angin macam peppermint. Yang ni boleh trigger balik heartburn.

Saya bagi lagi 5 Makanan untuk Nyah Asid Reflux!

1. Pisang. Pisang sangat bagus untuk membantu mereka yang ada asid reflux dengan bantu menyembuhkan permukaan dinding esofagus yang sakit itu. Pisang tenangkan keadaan. Kerana ia tinggi serat, so bagus untuk memulihkan sistem penghadaman. Satu bahan dalam pisang ini dipanggil sebagai pektin, yang membantu kandungan dalam perut bergerak dalam saluran penghadaman. Kalau makanan tak bergerak dalam perut, mesti akan mengeluarkan asid. Faham?

2. Tembikai. Tembikai ini buah yang tinggi alkali. Sumber magnesium yang bagus, ubat semula jadi kepada asid reflux. Tembikai ada pH 6.1, buatkan ia sedikit sahaja berasa asidik. Yang bagus adalah tembikai susu dan tembikai batu.

3. Oatmeal. Tinggi serat, sembuhkan sembelit dan buat anda rasa kenyang pada jangka masa panjang. Bila rasa kenyang, anda akan kurang rasa nak makan dan oleh itu, kurangkan aktiviti regurgitasi asid ke esofagus. Enjoy your oatmeal dengan susu almond ke, susu rendah lemak ke. Be creative kerana kedua-duanya, rendah lemak dan tinggi alkali pula.

4. Yogurt. Yogurt ni bagus sebab ada probiotik, bakteria bagus untuk tingkatkan sistem imun anda. Yogurt adalah sumber protein yang baik yang boleh memulihkan kebolehan hadam anda. Letak sikit dengan halia, untuk nyah-radang seluruh sistem tubuh badan anda!

5. Sayur-sayuran hijau. Jika anda seorang yang suka atau mudah makan sayur, tak banyak ragam, jadi kalau ada asid reflux, anda cenderung untuk pulih dengan cepat. Sayur-sayuran seperti asparagus, bayam, kale, semua yang hijau-hijau itu sangat tinggi alkali dan pula rendah lemak dan gula.

Amalkanlah tips-tips ini. Insyallah, akan pulih dengan mudah dan cepat.

Sekian terima kasih.

Sumber

  • Charles N. & Ford M.D. Evaluation and Management of Laryngopharyngeal Reflux, Charles N. Ford, MDJAMA. 2005;294(12):1534-1540. doi:10.1001/jama.294.12.1534.
  • Kamrul Hassan Tarafder, Pran Gopal Datta, Abu Shafi Ahmed Amin, M. Alamgir Chowdhury, Ahmed Tariq, Partho Protim Das – Laryngopharyngeal Reflux- A New Paradigm of Airway Disease, Science Journal of Medicine and Clinical Trials, Volume 2012, Article ID sjmct-138, 5 Pages, 2012. doi: 10.7237/sjmct/138
  • www.uofmhealth.org/health-library/aa130363
  • www.medicalnewstoday.com/articles/146619
  • www.health.harvard.edu/staying-healthy/11-stomach-soothing-steps-for-heartburn