KUALA LUMPUR: Satu mayat pesakit COVID-19 yang dibedah siasat mendapati virus berbahaya ditemui bukan sahaja pada badan dan organ, malah turut dikesan di permukaan mayat serta cecair badan seperti air kencing.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata penemuan itu selaras dengan pengalaman Kementerian Kesihatan (KKM) yang dipersetujui beberapa badan termasuk Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam dan badan lain.

“Proses bedah siasat itu adalah mengikut Seksyen 16 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

“Tatacara pengurusan kematian pula hanya dibenarkan tayamum di beg jenayah membabitkan orang Islam dan hanya bagi bukan Islam, perkara yang berkaitan hanya dibuat di permukaan beg mayat,” katanya dalam sidang media harian di Putrajaya, di sini hari ini.

Sumber

Baru-baru ini tular video klip mayat yang dibiar atas lantai di negara Iran.