Close

Bekam Angin, Bekam Darah Dan Macam Macam Lagi. Apa Khasiat Nya Bekam?

Bekam ni adalah satu kaedah perubatan tradisional yang popular terutama kepada kita orang Islam. Bekam adalah antara rawatan yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW dan dikatakan mempunyai pelbagai manfaat. Ada banyak jenis bekam seperti bekam angin , bekam darah dan macam-macam lagi.

Apa Itu Bekam?

Bekam adalah salah satu kaedah perubatan alternatif tradisi di mana pembekam akan meletakkan “cawan” bekam pada badan kita untuk mewujudkan sedutan. Sama ada untuk mengeluarkan tekanan atau darah. Ramai orang menjalani rawatan bekam untuk mengurangkan kesakitan, merasa lebih selesa dan menggalakkan pengaliran darah.
Cawan bekam dibuat daripada sama ada kaca, buluh, silikon dan ada yang menggunakan tanduk. Teknik bekam ini mungkin popular sekarang tetapi tidak lah perkara yang baru. Ia direkodkan sejak zaman Mesir Purba, Cina Purba dan budaya Timur Tengah. Antara buku perubatan purba terawal seperti Ebers Papyrus ada merekodkan bagaimana masyarakat Mesir Purba berbekam sejak 1550 B.C.

Jenis-Jenis Bekam

Ada banyak jenis bekam yang di amalkan. Jom kita tengok bekam yang ada dari jenis bekam angin sampai lah bekam api.

Bekam Angin / Bekam Kering

Bekam angin adalah kaedah bekam tanpa mengeluarkan darah. Caranya adalah menyedut permukaan kulit tanpa melukakan kulit dan mengeluarkan darah. Nampak macam no point kan? Bekam ini digunakan untuk menghilangkan rasa tak selesa akibat reumatik dan rasa tak selesa di punggung. Bekam angin akan meninggalkan bekas lebam merah kehitaman dan akan hilan selepas beberapa hari.

BEKAM BASAH

Bekam basah adalah kaedah bekam untuk megeluarkan darah. Kaedah bekam ini adalah yang biasa dilakukan. Caranya adalah dengan melakukan bekam angin dahulu kemudian permukaan kulit yang dibekam dilukai menggunakan jarum yang telah distreilkan unutk mengeluarkan darah. Darah yang keluar itu kemudian disedut dengan alat cupping set dan hand pump. Darah yang dikeluarkan adalah darah kotor berwarna kehitaman dan berbuih-buih. Kalau nak buat bekam basah ini, sedutan darah tak boleh lebih dari 9 minit dan tidak boleh kerap dilakukan. Pesakit juga tak boleh terkena air pada 3 jam pertama selepas berbekam.


BEKAM API

Disebut juga sebagai Fire Cupping. Kaedah bekam api ini berbeza dari bekam darah dan bekam angin. Ia menggunakan api sebagai kaedah untuk membuat ruang vakum dalam alat cupping. Caranya adalah menggunakan bekas gelas yang berbentuk khas. Api di hidupkan di dalam gelas untuk membakar udara dalam gelas dan mewujudkan vacum yang mempunyai fungsi menyedut. Kemudian barulah gelas itu ditampal ke badan.

Ada Kajian Saintifik Kah Tentang Bekam?

Sebenarnya tidak banyak kajian saintifik tentang berbekam. Satu kajian yang di terbitkan pada tahun 2015 di Journal of Traditional and Complementary Medicine, menulis bahawa bekam boleh membantu dalam merawat jerawat,  herpes zoster dan juga mengawal kesakitan.

Kajian tahun 2012 yang diterbikan oleh PLoS One merekodkan bahawa terapi bekam berkesan bilamana pesakit menjalani rawatan lain seiring dengan bekam seperti akupuntur dan mengambil ubat untuk merawati :

Walaupun begitu, pengkaji mendapati bahawa kajian mereka mungkin tersasar (biased) dan kajian lanjut diperlukan. Persatuan Bekam British pula berpendapat bahawa bekam boleh membantu merawat :

  • Masalah darah seperti anemia
  • Penyakit rheumatic seperti arthritis
  • Masalah kesuburan
  • Masalah kulit seperti exzema dan jerawat
  • Masalah tekanan darah tinggi.
  • Migrain

Walaupun begitu tiada kajian yang dilakukan untuk menyokong kenyataan tersebut.

Berbekam Dalam Islam

Banyak hadis meriwayatkan tentang sunnah Rasulullah dalam berbekam. Antaranya:

  • Daripada Anas bin Malik, bahawa Nabi SAW bersabda:

 

حجمَ أبو طيبَةَ رسولَ اللهِ صلَّى اللهُ عليهِ وسلمَ ، فأمرَ له بصاعٍ من تمرٍ ، وأمَرَ أهلَهُ أن يخفِّفُوا من خراجِهِ

Maksudnya: “Abu Thaibah membekam Rasulullah SAW lalu Baginda SAW membayarnya dengan satu sha’ kurma dan Baginda SAW mengarahkan keluarganya untuk meringankan pajaknya”.

[Riwayat al-Bukhari, kitab jual beli, bab penjelesan tentang  pembekam, no.Hadith 1960]

 

  • Daripada Abdullah bin Abbas :

حجم النبيَّ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ عبدٌ لبني بياضةَ . فأعطاهُ النبيُّ أجرَه . وكلَّم سيدَه فخفَّفَ عنهُ من ضريبتِه . ولو كان سُحتًا لم يُعطِه النبيُّ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّم

Maksudnya: “Nabi SAW pernah berbekam oleh seorang hamba kepunyaan Bani Bayadhah. Maka Nabi SAW memberinya upah dan Nabi SAW bercakap dengan tuannya agar meringankan tugasnya”. Jika berbekam ini adalah haram, tentu Nabi SAW tidak memberikannya upah.

[Riwayat Muslim, kitab pengairan, bab halalnya upah kepada pembekam, no. Hadith: 2955]

 

 

  • Daripada Anas bin Malik, bahawa Nabi SAW bersabda:

إنَّ أفضلَ ما تداويتُم بِه الحجامةَ أو إنَّ من أمثلِ دوائِكمُ الحجامةَ

Maksudnya: “Sesungguhnya sebaik-baik perubatan yang kalian gunakan adalah berbekam” atau “Sebaik-baik ubat untuk kalian adalah berbekam”.

 

  • Daripada Abdullah bin Abbas, bahawa Nabi SAW bersabda:

احتجم النبيُّ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ في الأخدعَيْنِ وبَينَ الكَتِفَيْنِ

Maksudnya: “Nabi SAW pernah berbekam di lehernya dan juga di antara dua bahunya”.

[Riwayat Ahmad, no. Hadith 1987]

  • Daripada Abdullah bin Abbas, Bahawa Rasulullah SAW bersabda:

أن النبيَّ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم احتجَم وهو مُحرِمٌ، واحتجَم وهو صائمٌ

Maksudnya: “ Nabi SAW berbekam dalam keadaan Baginda SAW berihram dan juga Baginda SAW berbekam ketika Baginda SAW berpuasa”.

 

Kesan Sampingan Bekam

Berbekam dikira selamat untuk semua orang JIKA anda pergi berbekam dengan pengamal yang betul dan bersih. Ini amat penting. Kerana jika pengamal bekam tidak mensteril alat bekam mereka, terutama jarum atau pisau yang digunakan untuk melukakan kulit, anda mungkin terdedah pada risiko penyakit berbahaya seperti HIV dan lain-lain.

Jika anda ke terapi bekam yang bersih dan moden, insyaAllah anda akan selamat.

Ada beberapa kesan bekam tetapi kebanyakan adalah sementara seperti rasa pedih, luka dan rasa tak selesa.

 

Perlu Tak Saya Buat Bekam?

Kami menyarankan anda tanya doktor terlebih dahulu dan minta pendapat nya. Bekam adalah rawatan tradisi sejak zaman purba lagi. Walaupun tiada banyak kajian saintifik dilakukan pada bekam, tentu sahaja ada kebaikan nya yang ada dalam rawatan tersebut. Tetapi perlu bagi anda untuk bertanya dulu pada doktor sama ada anda boleh berbekam atau tidak menurut tahap kesihatan anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 Comments
scroll to top