Close

Boleh kah Mengandung Kalau Pancut Luar

boleh kah mengandung kalau pancut luar

Persoalan biasa, bolehkah mengandung kalau pancut luar? Senang cerita, Ya, anda boleh mengandung. Amalan withdrawal atau pull out method ini senang kata bukan lah cara yang bagus untuk merancang kehamilan. Pancut luar atau pull out method ini berfungsi dengan menarik keluar zakar dari dalam faraj sebelum ejakulasi untuk mengelakkan sperma masuk ke dalam rahim.

Nampak macam logik kan? Tapi sebenarnya banyak faktor lain dan kebanyakan masa memang tak berkesan.

Bolehkah Mengandung Kalau Pancut Luar? Ya! Masih Boleh. Kenapa?

Senang kata kerana tidak mampu untuk mengawal. Itu lah sebabnya. Menurut kajian, kaedah pancut luar atau pull out method ini jika dilakukan dengan betul boleh berkesan sebanyak 96%. Nampak bagus kan. Tetapi menurut kajian lain, mereka mendapati pasangan yang menggunakan teknik pancut luar ini tetap akan mengandung dalam tempoh setahun pertama. Ini kerana ia amat sukar untuk melakukan teknik pancut luar yang sempurna.
Pre-cum juga adalah salah satu risiko yang lain. Pre-cum adalah cecair jernih yang keluar ketika seseorang merasa ghairah. Pre-cum kebiasaannya tidak mengandungi sperma tetapi sel sperma yang berbaki di uretra boleh bercampur dengan pre cum dan kemudiannya masuk ke dalam rahim walaupun teknik pancut luar dilakukan.

Tapi Itu Bukan Waktu Subur Saya. Tak kan Mengandung Juga?

Yep,masih lagi boleh mengandung. Benar, peluang mengandung lebih tinggi jika anda melakukan hubungan ketika waktu subur, tetapi bukan bermakna anda tak boleh mengandung. Sel sperma boleh hidup riang ria selama 7 hari di dalam badan anda. Jadi walaupun ketika itu bukan waktu subur anda, sel sperma yang masih ada dalam rahim anda mungkin masih hidup ketika anda ovulate atau ketika waktu subur.

Saya Nak Juga Pancut Luar. Ada Cara Tak Nak Bagi Berkesan?

Tiada jaminan ia nya boleh berkesan. Tetapi praktis yang baik adalah pasangan lelaki perlu menarik keluar zakar dari faraj ketika terasa untuk berejakulasi dan kemudian pancut luar jauh dari faraj. Ia kedengaranya macam senang je, tetapi timing adalah sesuatu perkara yang sangat susah untuk di kawal. Selain itu pre-cum juga adalah risiko anda boleh mengandung. Selain itu, pasangan lelaki anda perlu buang air kecil dahulu dan membersihkan zakar sebelum berasmara sekali lagi untuk membersihkan saki baki sel sperma yang masih ada.

Tapi kalau nak buat juga, boleh amalkan ini :

Track Waktu Kesuburan Anda

Anda boleh mengurangkan risiko mengandung dengan track waktu kesuburan anda. Tapi anda masih boleh mengandung sebelum atau selepas masa ovulasi.

Gunakan Cara Backup Yang Lain

Kaedah pancut luar tidak digalakkan sebagai kaedah perancang kehamilan utama kerana peratusan kegagalan yang tinggi. Walaupun begitu, jika cara lain tak ada, itu adalah cara yang baik.

Menggunakan kaedah lain seiring dengan kaedah pancut luar boleh mengurangkan lagi risiko mengandung. Antaranya adalah menggunakan spermicide, cervical cap dan juga pil perancang kehamilan.

Emergency contraception pills (ECPs) / Pil Perancang Kehamilan Emergency.

ECP atau nama biasa nya morning after pill adalah pil perancang kehamilan yang popular dan boleh didapati dengan atau tanpa preskripsi doktor. Kebiasaannya ia perlu di ambil dalam tempoh 72 jam selepas melalukan perhubungan. Tapi apa akan jadi jika ia nya melebihi 72 jam? Anda masih boleh mengambil pil perancang kehamilan tetapi jenis ulipristal acetate. Tetapi ia perlu mendapat preskripsi daripada doktor atau mereka yang berkelayakan.

hahahah

Ya, Anda Masih Boleh Mengandung Kalau Pancut Luar

Jika anda berhubungan dan belum lagi merancang mahu mendapat kan anak, teknik ini bukan cara yang bagus untuk meracangan kehamilan. Dan jika anda belum berkahwin, ia juga tidak menjamin anda untuk tidak dijangkiti penyakit kelamin STI dan juga HIV/AIDS.

Amalkan penggunaan kaedah pencegah kehamilan seperti kondom yang mudah untuk digunakan selain daripada pelbagai kaedah yang lain.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 Comments
scroll to top