Kebanyakan orang dewasa mempunyai tabiat untuk menggunakan deodoran mahupun anti-peluh pada ketiak sebagai rutin kebersihan harian mereka.

Kedua-dua produk deodoran dan anti-peluh berfungsi untuk memastikan badan anda berbau segar walaupun anda berpeluh apabila suhu badan meningkat.

Kemerahan, kegatalan dan kulit mengeruping sebaik sahaja mengenakan deodoran ataupun anti-peluh menunjukkan bahawa anda berkemungkinan alah kepada bahan tertentu dalam produk tersebut.

Oleh kerana kebanyakan deodoran dan anti-peluh mempunyai bahan aktif yang serupa, alahan ataupun sensitiviti bermungkinan disebabkan oleh bahan-bahan tersebut.

Artikel ini akan membantu anda untuk mengetahui samaada anda alah kepada deodorant ataupun tidak and berkongsi tips untuk merawat alahan tersebut.

Apakah itu alahan deodoran ?

Deodoran adalah produk yang akan mengurangkan bau peluh manakala anti-peluh adalah produk yang mengurang jumlah peluh yang dihasilkan.

Apabila alahan deodorant digunapakai, ianya dimaksudkan dengan alahan ataupun sensitiviti kepada… bukan kepada semua deodoran itu, tetapi salah satu produk ini.

Alahan deodoran adalah sejenis kontak dermatitis yang disebabkan oleh bahan-bahan aktif di dalam produk tersebut. Alahan deodorant boleh menyebabkan…

  • Kemerahan
  • Radang kulit
  • Bengkak
  • Kegatalan

Sensitiviti dan alahan boleh disebabkan penggunaan produk yang sama selama bertahun-tahun.

Kadang-kadang, syarikat kosmetik menukar ramuan produk mereka tanpa memaklumkan kepada pengguna, dimana anda mungkin sensitif kepada bahan baharu yang digunakan.

Ianya juga boleh terjadi untuk anda mengalami alahan kepada bahan di dalam produk yang anda yakini.

Apakah bahan di dalam deodoran yang menyebabkan alahan?

Menurut Food and Drug Administration(FDA), bahan di dalam deodorant yang boleh menyebabkan alahan dan kegatalan terbahagi kepada 4 kategori :

  • Aluminium
  • Wangian atau ditulis situ “Fragrance”
  • Pengawet
  • Pewarna

Menurut kajian pada tahun 2011, 25% orang yang menunjukkan alahan kepadan kosmetik wangian adalah disebabkan oleh bahan wangian deodoran.

Alkohol yang berbeza-beza juga dianggap sebagai bahan wangian dan boleh menyebabkan alahan.

Pengawet di dalam deodoran juga boleh menyebabkan kegatalan dan ruam alergik. Parabens adalah salah satu contoh bahan pengawet yang pernah dimasukkan ke dalam produk penjagaan diri. Kebanyakan syarikat yang menghasilkan deodoran membuang paraben daripada formula produk mereka, namun masih ada segelintir syarikat yang masih mengekalkan penggunaan parabens.

Logam di dalam produk komestik anda juga boleh menyebabkan reaksi alahan. Alumunium merupakan salah satu bahan yang digunakan untuk menghalang anda daripada berpeluh. Para pengkaji telah mengaitkan kontak dermatitis dengan sejenis pendedahan kepada aluminium.

Pewarna yang digunakan untuk menambah dan menukarkan warna deodoran juga boleh menyebabkan alahan tersebut.

Seorang pengguna yang kulit sensitif atau allergik dengan deodoran.

Apakah simptom-simptom alahan deodoran?

Simptom-simptom alahan kepada deodorant adalah sepert berikut :

  • Kegatalan, bintik-bintik merah pada lengan.
  • Bengkak
  • Rekahan dan keruping terbentuk di tempat deodorant digunakan.
  • Lepuh (bengkak berair) pada ketiak dan kemerahan-merahan.
  • Benjolan.

Bagaimanakan alahan deodorant dikenalpasti?

Adalah sukar untuk mengetahui samaada deodoran adalah penyebab reaksi alahan ataupun bukan.

Semenjak deodoran dan produk anti-peluh dibenarkan untuk menyenaraikan “bahan pewangi” pada label bahan, adalah sukar untuk menentukan samaada bahan-bahan pewangi yang manakah menyebabkan reaksi alahan.

Doktor mahupun pakar alergi boleh membantu untuk menentukan reaksi apakah yang anda alami dan penyebabnya.

Jika anda mempunyai simptom-simptom alahan deodoran, doktor akan menjalankan “patch test” untuk mendiagnosis anda.

Apakah alternative lain untuk menggunakan deodorant?

Deodoran “semulajadi” mengandungi bahan-bahan seperti minyak pati, serbuk penaik, dan tepung jagung bagi memastikan ketiak anda kering.

Namun, anda harus mencuba beberapa produk berlainan jenama untuk mencari deodoran yang sesuai untuk anda.

Jika anda memiliki kulit sensitive, anda berkemungkinan mengalami simptom seperti kegatalan dan kemerahan walaupun menggunakan produk semula jadi di pasaran.

Bagaimanakah alahan kepada deodoran dirawat ?

Apabila mengalami reaksi alahan daripada deodoran, anda seharusnya melegakan simptom yang dialami sementara nak dapatkan rawatan.

  • Sapukan antihistamine seperti diphenhydramine(Benadryl) pada kulit yang gatal.
  • Jika simptom berlarutan ataupun kegatalan mendatangkan rasa sakit, anda akan diberikan krim topikal.
  • Rawatan di rumah seperti “cold compress”, mandian oat, ataupun losyen calamine dapat membantu untuk melegakan rasa gatal atau bengkak.

Oleh itu, anda hendaklah mengenalpasti allergen, iaitu bahan yang menyebabkan reaksi alahan untuk mengelakkan daripada terkena alahan deodorant.

Alternatifnya, anda boleh melawat doktor anda untuk mengenalpasti bahan manakah yang menyebabkan alahan.

Cara melegakan kegatalan pada kulit ataupun alahan.

Terdapat beberapa rawatan di rumah yang boleh anda cuba untuk melegakan reaksi alahan. Antaranya ialah:

  • Gunakan aloe vera tulen
  • Gunakan tea tree oil, yang dicairkan dengan minyak kelapa
  • Sapukan pes serbuk penaik
  • Mandian garam Epsom
  • Mandian oat
  • Sapukan losyen calamine

Jika simptom berlarutan dan semakin teruk, dapatkan rawatan kecemasan dengan kadar yang segera untuk memastikan anda tidak mendapat jangkitan.