Bronkitis ialah radang pada saluran besar yang membawa udara masuk dan keluar daripada peparu.

Pesakit biasanya akan batuk produktif, mengeluarkan kahak mukus, yang boleh jadi tak ada warna.

Mukus kuning. Tanda bronkitis.

Mukus kuning. Tanda bronkitis.

Jenis-jenis Bronkitis.

Bronkitis ada dua jenis. Satu akut dan kronik.

a) Jenis Akut

Gejala hanya berlaku dalam beberapa minggu dan tidak lagi bermasalah kemudian. Dipanggil sebagai ‘sejuk dada’, akan pulih dalam masa 7 -10 hari tanpa berlaku lagi. Mungkin ada batuk sikit-sikit sehingga berminggu-minggu.

b) Jenis Kronik

Lebih serius. Selalu muncul kembali setelah beberapa lama. Minima 3 bulan. Tidak ada tanda-tanda berhenti atau hilang. Selalunya berpunca daripada merokok.

Bronkitis yang kronik amat perlu perhatian doktor kerana ia adalah salah satu kondisi yang dipanggil chronic obstrucitve pulmonary disease (COPD), jika berulang kali ada selama 2 tahun.

Simptoms Bronkitis

Sama ada akut atau kronik, gejala-gejala adalah:

  1. Batuk yang produktif. Keluar kahak yang warna putih, atau tak ada warna, warna kuning campur kelabu atau warna hijau. Jarang, keluar ada darah.
  2. Kelesuan
  3. Kesukaran bernafas
  4. Demam dan menggigil kesejukan
  5. Tak selesa di bahagian dada.

Bila nak jumpa doktor?

  1. Batuk lebih daripada 3 minggu.
  2. Tidur malam terganggu.
  3. Demam 38°C atau lebih daripada 100.4 °F.
  4. Batuk produktif keluar mukus.
  5. Batuk keluar darah.
  6. Bila bernafas, ada bunyi wheezing’ dan sukar nak bernafas.

Penyebab.

  1. Bronkitis yang akut berpunca daripada virus. Sama dengan virus yang menyebabkan influenza.
  2. Penyebab utama daripada hasil kebanyakkan kajian adalah merokok dan vape.
  3. Pencemaran udara, habuk, gas toksik yang dilepaskan dalam persekitaran juga boleh menjadi asbab penyakit ini.

Siapa yang risiko dapat Bronkitis?

  1. Perokok dan orang yang hidup dengan asap rokok, berisiko mudah untuk mendapat sakit bronkitis akut atau kronik.
  2. Orang kurang daya tahan imun seperti orang-orang tua, bayi, kanak-kanak yang belum kuat daya tahan imun.
  3. Para pekerja yang terdedah dengan rengsaan seperti habuk tekstil, bijian atau asap kimia.
  4. Pesakit gastrik reflux. Episod pedih ulu hati boleh buat anda mudah ‘menangkap’ bronkitis. (Nanti kita cerita pasal heartburn ni).

Nak makan antibiotik?

Useless. Antibiotik tak bunuh virus. Jadi, tidak efektif.

Komplikasi.

  1. Walaupun pernah ada sekali episod bronkitis mungkin dah tak ada kemudian hari, masih boleh terdedah dengan penyakit pneumonia dalam sesetengah orang.
  2. Jika ada beberapa kali episod bronkitis, kemungkinan itu tanda-tanda alami COPD.

Bahaya Penyakit Bronkitis.

Kronik Bronkitis boleh dapat komplikasi yang lebih serius seperti kematian yang berpunca daripada kerosakan organ paru-paru atau jantung.

Kerana, seseorang itu tidak cukup oksigen masuk ke dalam sistem darah. Oleh itu, bila tak cukup oksigen dalam darah, boleh merosakkan organ.

Keduanya, kronik bronkitis terdedah dengan penyakit pneumonia yang menambah lagi cabaran kepada tubuh badan.

Bronkitis akut ada komplikasi tak?

Tidak ada yang serius. Fokus kuatkan sistem imun anda sahaja.

Pencegahan adalah mudah.

  1. Buang amalan merokok.
  2. Dapatkan vaksin sekiranya bronkitis akut berpunca daripada virus.
  3. Sentiasa mencuci tangan dan pakai hand sanitizer.
  4. Pakai surgical mask. Jika ada COPD, perlu memakai topeng ke tempat kerja atau melancong. Takut terdedah dengan habuk atau asap-asap kimia, dan lebih-lebih lagi, anda yang akan travel dalam kumpulan orang ramai.

Boleh ke saya nak cegah bronkitis kronik dari sekarang?

Merokok adalah punca utama. Penting untuk anda berada dalam kualiti udara yang bersih dan berkualiti senantiasa.