Jika anda dan pasangan anda mengalami masalah kesuburan, anda tidak bersendirian. Masalah kesuburan merupakan suatu kebiasaan di kalangan masyarakat.
Masalah ini mempengaruhi 1 daripada setiap 6 pasangan, dan para pengkaji menganggarkan kira-kira 1 daripada 3 kes berkaitan masalah kesuburan disebabkan pasangan lelaki.

Walaupun masalah kesuburan kebiasaanya tidak dapat dirawati, terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk meningkatkan peluang untuk kehamilan. Kesuburan boleh ditambah baik dengan diet yang sihat, suplemen, dan cara hidup yang sihat.

Artikel ini menyenaraikan faktor utama cara hidup, makanan, nutrient, dan suplemen yang boleh memperbaiki kesuburan para jejaka.

Apakah itu ketidaksuburan lelaki?

Kesuburan merujuk kepada kebolehan seseorang untuk menghasilkan zuriat tanpa bantuan perubatan. Ketidaksuburan lelaki adalah apabila seseorang lelaki gagal untuk menghamilkan pasangannya.

Selalunya ia bergantung kepada kualiti sel air mani lelaki.

Kadang-kadang, ketidaksuburan berkait rapat dengan fungsi seksual, dan juga kualiti semen. Contohnya seperti :

  • Libido. Lebih dikenali sebagai dorongan seks, libido bermaksud keiinginan seseorang untuk melakukan seks. Makanan dan suplemen yang dikatakan boleh meningkatkan libido digelar aphrodisiacs.
  • Disfungsi ereksi. Atau lebih dikenali sebagai mati pucuk. Disfungsi ereksi adalah apabila seseorang lelaki gagal untuk menghasilkan ataupun mengekalkan ereksi.
  • Hitungan air mani. Aspek penting bagi kualiti semen adalah kepekatan sel air mani bagi bilangan semen yang terhasil.
  • Pergerakan air mani. Sel air mani yang sihat ditentukan dengan upayanya untuk berenang. Pergerakan air mani diukur oleh peratus sel air mani yang bergerak di dalam sampel semen.
  • Tahap testosterone. Tahap testosterone yang rendah boleh mengakibatkan ketidaksuburan para jejaka.
  • Ketidaksuburan boleh disebabkan beberapa faktor dan juga bergantung kepada genetic, kesihatan diri, kecergasan diri, penyakit dan pencemaran makanan.
  • Gaya hidup sihat dan diet adalah amat penting kerana ianya boleh mempengaruhi kesuburan.

Berikut merupakan cara-cara untuk banyakkan air mani dan meningkatkan kesuburan seseorang lelaki.

1. Mengamalkan suplemen asid D-aspartic.

Asid D-aspartik (D-AA) merupakan asid aspartik , sejenis asid amino yang dijual sebagai suplemen pemakanan.

Asid D-aspartik adalah berbeza daripada Asid L-Aspartik dimana Asid L-Aspartik membentuk pelbagai struktur protein. D-AA kebiasaannya hadir dalam sesetengah kelenjar. Seperti zakar, dan juga semen dan sel sperma.

Para pengkaji percaya bahawa D-AA berkait rapat dengan kesuburan lelaki. Menurut fakta, tahap D-AA dalam lelaki subur adalah lebih tinggi berbanding lelaki yang tidak subur.

Bukti terkini menunjukkan supplemen D-AA dapat meningkatkan kesuburan lelaki yang mempunyai tahap testosteron yang rendah.

2. Bersukan secara kerap.

Di samping bagus untuk kesihatan, bersukan dengan kerap juga mampu meningkatkan tahap testosterone dalam badan dan memperbanyakkan air mani.
Kajian menunjukkan lelaki yang bersukan dengan kerap mempunyai tahap testeron yang tinggi dan air mani yang lebih tinggi.

Namun, anda hendaklah mengelakkan diri daripada bersukan yang melampau dimana ianya mampu mengurangkan tahap testosterone. Mendapatkan jumlah zink yang cukup mampu mengurangkan risiko demikian.

Jika anda jarang bersukan, pastikan anda mengutamakan aktiviti fizikal untuk memperbanyakkan air mani.

3. Mengambil vitamin C yang mencukupi.

Anda pasti biasa dengan kebolehan vitamin C dimana ianya mampu meningkatkan sistem imunisasi badan.

Kajian membuktikan bahawa mengambil suplemen antioxidan seperti vitamin C mampu memperbanyakkan air mani.

Sebuah kajian telah dijalankan dimana lelaki yang tidak subur mengambil 1000-mg suplemen vitamin C 2 kali sehari sepanjang 2 bulan dan hasil kajian menunjukkan peningkatan pergerakan sperma sebanyak 92% dan hitungan sperma lebih daripada 100%. Ianya juga mengurangkan sperma cacat sebanyak 55%.

4. Kurangkan stress

Stress boleh mengurangkan keinginan seksual anda dan mengurangkan kesuburan anda. Para pengkaji percaya bahawa perkara ini berkaitan dengan hormon kortisol.

Stress yang berlarutan akan meningkatkan tahap kortisol, dimana ianya memberi kesan yang negatif kepada testosteron. Tahap testosteron akan menurun apabila hormon kortisol meningkat.

Kegelisahan, disebabkan stress yang teruk boleh dirawat dengan ubat. Manakala stress yang lebih ringan boleh dirawat dengan teknik “relaxation”.

Namun, stress dapat diatasi dengan cara yang lebih mudah seperti bersiar siar di kawasan semula jadi, bersukan dan meluangkan masa dengan sahabat.

5. Mengambil vitamin D yang mencukupi

Vitamin D adalah amat penting bagi kesuburan lelaki dan perempuan. Ianya merupakan nutrisi yang boleh meningkatkan tahap testosteron.

Satu kajian telah membuktikan bahawa lelaki yang kekurangan vitamin-D adalah lebih cenderung untuk mempunyai tahap testosteron yang rendah.

Kajian yang dijalankan menunjukkan 65 lelaki yang mempunyai tahap testosteron yang rendah dan kekurangan vitamin D mengukuhkan lagi penyataan ini.

Mengambil 3000 IU Vitamin D3 setiap hari selama 1 tahun meningkatkan tahap testosteron sebanyak 25%.

Tahap Vitamin D yang tinggi mampu memperbanyakkan air mani.

6. Cuba tribulus terrestris.

Tibulus terrestris, atau lebih dikenali sebagai pokok semalu adalah ubatan tradisional yang kerap digunakan untuk memperbanyakkan air mani.

Satu kajian menunjukkan lelaki yang mempunyai air mani yang sedikit telah meningkatkan fungsi ereksi dan libido setelah mengamalkan 6 gram Tribulus Terrestris 2 kali sehari selama 2 bulan.

Tribulus Terrestris tidak meningkatkan tahap testosteron, namun para pengkaji mengatakan bahawa ianya meningkatkan kesan libido, keinginan untuk melakukan seks.

Tips lain.

Banyak perkara yang boleh dilakukan untuk memperbanyakkan air mani dan ianya bergantung kepada penyebab ketidaksuburan anda. Umum mengetahui bahawa kesuburan dan libido biasanya berkait rapat dengan kesihatan anda.

Berikut merupakan tips tambahan untuk memperbanyakkan air mani.

  • Mengamalkan gaya hidup yang sihat. Gaya hidup yang tidak sihat akan mempengaruhi kesihatab anda, termasuklah masalah kesuburan.
  • Turunkan berat badan. Berat badan yang berlebihan juga mampu mempengaruhi kesuburan seseorang.
  • Hadkan pengambilan alcohol. Kurang pengambilan alcohol kerana alcohol mampu mengurangkan tahap testosteron dan mengurangkan kualiti air mani.
  • Mendapatkan tidur yang secukupnya. Tidur yang mencukupi dapat memastikan kesihatan yang baik. Kurang tidur ataupun tidur berlebihan akan mengurangkan kualiti air mani.
  • Mengamalkan tongkat ali secara harian.

Kesimpulannya

Ketidaksuburan telah menjadi perkara biasa dan juga telah mempengaruhi lelaki seluruh dunia.

Jika anda mengalami masalah kesuburan, perkara yang harus anda utamakan ialah menambahbaikkan kesihatan anda. Tips-tips yang telah dikongsikan adalah kunci utama kepada gaya hidup sihat.