Close

Nak anak lelaki ke anak perempuan? Semuanya dalam genetik ayah!

Rahsia jantina anak ialah dalam gen bapa.

Rahsia jantina anak ialah dalam gen bapa. -MajalahKesihatan.com

Nak Dapat Anak Lelaki Ke Perempuan?

Sebagai ibu bapa, kita tentu ada nak dapat anak lelaki atau perempuan. Mungkin anak pertama dapat anak lelaki, jadi anak kedua mungkin nak anak perempuan pula. Tentu di antara kita mempunyai persoalan tentang apakah faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan jantina anak yang bakal dilahirkan.

Tentu ada di kalangan kita tidak kisah untuk mendapat cahaya mata lelaki atau cahaya mata perempuan, asalkan bersyukur atas rezeki kurniaan Allah SWT. Tetapi, mungkin ada di kalangan kita mempunyai hasrat untuk memiliki sekurang-kurangnya cahaya mata lelaki dan cahaya mata perempuan untuk memberi manfaat di kemudian hari.

Universiti Newscastle telah menjalankan sebuah kajian tentang salasilah keluarga untuk melihat sama ada apakah sebelah ibu atau sebelah bapa yang mempengaruhi pembentukan jantina. Kajian sains ini akhirnya menunjukan bahawa ia adalah gen bapa yang memainkan peranan penting dalam menentukan jantina bayi lelaki dan perempuan. Bukan sebelah ibu.

Kajian yang menjejaki data salasilah keluarga sehingga tahun 1600.

Kajian ini dilakukan oleh seorang ahli saintis yang bernama Corry Gellatly ke atas 927 salasilah keluarga yang mengandungi data sebanyak 557, 387 profil daripada Amerika Utara dan Eropah, sehingga menjejaki inter-racial crosses daripada tahun 1600.

Encik Gellatly berkata, “Salasilah keluarga ini menunjukkan sama ada anda mendapat cahaya mata lelaki atau cahaya perempuan. Apa yang kita dapati lelaki diramal mendapat anak laki-laki sekiranya mereka mempunyai ramai adik-beradik lelaki dan diramal mendapat anak perempuan sekiranya memiliki ramai adik-beradik perempuan. Namun, kita tidak dapat pula meramal dalam kalangan wanita.”

Kromosom X, Y mempengaruhi ramalan.

Image result for chromosome xy

Secara biologi, untuk mengetahui jantina bayi, ia bergantung kepada sel sperma si ayah sama ada mengandungi kromoson X atau kromosom Y. Sekiranya, kromosom X bercantum dengan kromoson X si ibu lalu membentuk XX, pasangan tersebut akan mendapat cahaya mata perempuan. Sekiranya, sperma si ayah mengandungi kromosom Y bercantum dengan kromosom X si ibu, pasangan tersebut akan mendapat cahaya mata lelaki.

Namun, kajian belum mendapati apakah faktor yang mengawal sperma bagi mengandungi banyak kromosom X atau Y yang boleh membentuk jantina bayi bakal dilahirkan. Dalam skala besar, laki-laki yang mengandungi lebih sperma X berbanding Y, banyak mempengaruhi nisbah jantina bayi yang dilahirkan setiap tahun.

Jadi, apakah yang mengawal nisbah kromosom X,Y dalam gen bapa?

Image result for chromosome xy

Satu gene mempunyai 2 bahagian yang dikenali sebagai alel. Dua alel ini setiapnya datang daripada ibu dan ayah kita. Dalam kertas kajian Encik Gellatly ini menunjukkan bahawa lelaki yang membawa dua alel yang berbeza, akan menghasil 3 kombinasi yang berkemungkinan tinggi dalam gen yang boleh mengawal nisbah kromosom X atau Y dalam sperma. 3 kombinasi itu adalah:

  1. Lelaki yang ada kombinasi pertama iaitu mm (male–male atau lelaki–lelaki), akan menghasilkan lebih sperma Y dan menghasilkan lebih ramai anak lelaki.
  2. Kombinasi kedua adalah dipanggil mf (male–female atau lelaki–perempuan, yang menghasilkan nisbah kromosom X dan Y yang sama dalam sperma dan akan mempunyai nisbah anak lelaki dan perempuan yang approximate sama.
  3. Kombinasi ketiga iaitu ff (female–female atau perempuan–perempuan), yang mengandungi banyak sperma X akan mendapat lebih ramai anak perempuan.

Cara gen berfungsi:

Gambar rajah di sebelah kanan memberi ilustrasi bagaimana gen berfungsi. Ini adalah contoh yang telah dipermudahkan di mana lelaki yang mempunyai hanya anak lelaki atau hanya anak perempaun atau mempunyai nisbah bilangan yang sama.

Namun dalam realiti, tidaklah terlalu tepat. Rajah ini menunjukkan walaupun gen tidak memberi kesan kepada perempuan, tetapi mereka juga membawa gen dan mewariskan kepada anak-anak mereka.

Dalam salasilah keluarga A, seorang datuk (F0) membawa gen mm, jadi semua anak yang dihasilkan adalah lelaki (F1). Datuk tersebut akan mewariskan alel m kepada anak-anaknya, lalu anak-anaknya akan diramal mudah untuk hadir kombinasi mm alel dengan sendiri.

Sebagai hasil, anak-anak lelakinya walaupun berkahwin dengan perempuan yang mempunyai ff diramal mudah mendapat cucu-cucu lelaki. Cucu-cucu lelaki (F2) yang mempunyai mf kerana mereka mewarisi m daripada ayah mereka dan f daripada ibu mereka. Jadi, mereka ini akan mendapat bilangan cicit lelaki dan perempuan pada nisbah sama.

Manakala, dalam rajah salasilah keluarga B, seorang datuk pada tingkat F0 membawa gen ff. Jadi semua anak yang dihasilkan adalah perempuan. Anak-anak ini (F1) akan mewariskan kombinasi alel ff kerana ibu dan bapa mereka juga ada ff. Salah satu anak perempuan (F1) ini berkahwin dengan seorang lelaki yang mempunyai kombinasi mm (male–male atau lelaki–lelaki), lalu mendapat nisbah cucu (F2) lelaki dan perempuan pada nisbah yang sama.

Lelaki yang dikahwini akan menentukan jantina anak-anak seterusnya, lalu menghasilkan cucu-cucu yang diramal mudah mendapat cucu lelaki. Cucu-cucu lelaki akan ada kobinasi alel mf kerana m diambil daripada ayah dan f diwarisi daripada ibu. Sebagai hasil, generasi seterusnya (cicit) akan mempunyai bilangan lelaki dan perempuan pada nisbah yang sama.

Nota: 

Encik Gellatly berkata, “Gen yang diwariskan oleh ibu bapa telah mempengaruhi populasi lelaki dan wanita. Sekiranya terlalu banyak orang lelaki di dalam satu populasi, perempuan akan lebih senang berjumpa jodoh. Jadi, lelaki yang mempunyai lebih anak perempuan akan mewariskan banyak kromosom X di dalam gen, yang menyebabkan lebih ramai perempuan akan dilahirkan pada generasi akan datang.

Baby Boy Boom – Banyak kanak-kanak lelaki dilahirkan selepas zaman peperangan.

Image result for war world 1

Kajian Encik Gellatly ini bertambah menarik apabila mendapati zaman peperangan mempengaruhi populasi lelaki. Beliau mendapati bahawa setahun selepas Perang Dunia pertama iaitu dari 28 Julai 1914 sehingga 11 November 1918, nombor kelahiran kanak-kanak lelaki meningkat dengan begitu mendadak. Sekurang-kurangnya, setiap 100 orang perempuan akan dapat anak lelaki dan melahirkan 2 orang kanak-kanak lelaki berbanding dengan sebelum peperangan berlaku.

Antara faktornya adalah si ayah dapat anak lelaki, apabila salah satunya berjaya pulang daripada peperangan, anak itu mempunyai kemungkinan tinggi untuk mendapat anak lelaki kerana mewarisi gen ayah mereka yang mempunyai ramai anak lelaki.

Sebaliknya, lelaki yang mempunyai lebih ramai anak perempuan tetapi kematian satu atau dua anak lelaki di dalam peperangan, dikaji bahawa anak-anak lelaki tadi lebih mudah mendapat anak perempuan.

Related image

Hal ini membuktikan anak-anak lelaki yang berjaya mengharungi peperangan mempunyai kemungkinan tinggi mendapat anak lelaki lalu menjadi penyebab populasi Baby Boy Boom. Nisbah populasi selepas-peperangan tidak ada hubung kait emosi terhadap anak-anak lelaki mahupun perempuan yang menyertai perjuangan.

Nota tambahan:

  • Perang Dunia Pertama telah mencatatkan kematian 9 juta nyawa perajurit dan 7 juta rakyat biasa, diikuti 50 sehingga 100++ juta nyawa akibat 2 punca. Punca pertama adalah genosid (kematian beramai-ramai akibat penghapusan etnik atau pembasmian kaum) dan punca kedua adalah rebakan pandemik penyakit influenza yang amat merbahaya pada sekitar tahun 1918.

Kesimpulan.

Tidak dapat dinafikan bahawa kajian ini mempunyai beberapa isu dengan data yang diambil. Isunya adalah menjejaki salasilah keluarga beberapa generasi adalah satu kerja yang rumit. Hal ini demikian kerana kebanyakan data adalah diberi oleh kumpulan penjejak amatur. Jadi, kemungkinan untuk mempunyai kesilapan seperti kehilangan hubungkait itu ada.

Secara langsung, kajian ini telah mengumpul lebih banyak profil jantina lelaki oleh kerana lebih senang dijejak menerusi nama keluarga. Namun, apa yang amat menarik adalah lebihan profil lelaki tidak mempengaruhi hasil kajian ini.

Apabila diuji, bukan sahaja lelaki yang ada lebih ramai adik-beradik lelaki mempunyai ramai anak lelaki tetapi lelaki yang mempunyai ramai adik-beradik perempuan juga mempunyai ramai anak perempuan dimana keputusan yang kedua ini adalah tidak dijangka.

Tapi tak kisah lah dapat anak lelaki atau perempuan, itu adalah rezeki Tuhan bagi.

 

Sumber

 

Graduan Bachelor of Homeopathy Medical Sciences (Hons) di University of Cyberjaya (UoC) 2014-2018. Menjalani latihan industri 3 bulan di Hospital Homeopati M.L Dhawale Palghar, Mumbai. Berpengalaman dalam bidang sales di sebuah farmasi natural high-end berpusat di Bangsar. Kini, seorang homeopath di sebuah klinik swasta dan juga pemasar ubat-ubatan homeopati ke seluruh Malaysia. Hubungi +60182259114 (Whatsapp sahaja) untuk info lanjut berkenaan servis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 Comments
scroll to top