Close

Demam: Definisi, Punca, Simptom dan Rawatan.

Demam mempunyai pelbagai jenis dan maksud.

Definisi demam adalah suhu badan manusia yang melebihi normal iaitu 36-37° Celsius atau 98-100° Fahrenheit.

Demam adalah tanda sakit yang biasa. Membawa maksud sama dengan pyrexia atau hyperthermia.

Suhu badan manusia sebenarnya mudah berubah kerana beberapa faktor. Antaranya ialah bersenam, makan, tidur dan zon waktu. Contoh, suhu badan kita paling tinggi adalah dalam pukul 6 petang dan paling rendah adalah pada pukul 3 pagi.

Apabila demam, apa sebenarnya badan nak bagitahu?

Demam adalah salah satu cara sistem imun kita melawan infeksi. Apabila suhu badan ditingkat, bakteria boleh dilawan dan individu itu boleh sembuh seperti sedia kala.

Tetapi, bila suhu bada menjadi terlalu tinggi, demam boleh menjurus kepada komplikasi.

Sekiranya bacaan suhu badan adalah tidak terlalu tinggi, bererti tidak melebihi 38° C atau 100.4° F, jangan buat apa-apa untuk turunkan suhu tinggi itu kerana demam boleh neutralisasikan bakteria atau virus.

Oleh itu, hanya ambil ubat anti-pyretics untuk menurunkan suhu sekiranya demam menyebabkan kita betul-betul rasa tidak selesa.

Sekiranya bacaan suhu badan telah mencecah atau melebihi 38° C, ia bererti tinggi dan mesti diselia setiap 1-2 jam.

Cara mengambil bacaan melalui lokasi:

Suhu bacaan dalam Celsius (°C)
Oral/bawah ketiak Telinga/Dahi Rektum
Suhu rendah < 35.8 < 35.7 < 36.2
Suhu normal 35.9 – 37.0 35.8-36.9 36.3-37.5
Bacaan naik  37.1-37.5 37.0-37.5 37.6-38.0
Demam ringan 37.6-38.0 37.6-38.0 38.1-38.5
Demam sederhana 38.1-38.5 38.1-38.5 38.6-39.0
Demam panas 38.6-39.5 38.6-39.4 39.1-39.9
Demam amat panas/hyperthermia 39.6-42.0 39.5-42.0 40.0-42.5

Related image

Related imageTahap keseriusan demam berbeza mengikut umur, punca (demam tidak semestinya bersifat berjangkit), dan juga perubahan bacaan suhu tersebut.

Perubahan bacaan suhu badan yang sedikit tetapi boleh memberi kesan yang merbahaya kepada kanak-kanak kecil berusia 1 hingga 12 bulan (infan) dan 12 hingga 36 bulan (todler).

Punca demam?

Demam ada dua jenis. Berjangkit dan tidak berjangkit.

a. Demam yang berpunca daripada virus dan bakteria.

Badan akan berasa lemah atau kesejukan yang menggigil. Ini adalah tanda-tanda badan sedang respons kepada serangan jangkitan sama ada virus.

Contoh virus:

Virus demam campak (varicella), influenza, bakteria Streptococcus pyogenes yang menyebabkan inflamasi dan sakit pada tisu di tekak (strep throat) atau lain-lain tisu atau tempat.

b. Demam yang tidak berjangkit.

Berpunca daripada terkena racun, rangsangan dadah amphetamine (dadah yang merangsang sistem pusat saraf untuk merawat ADHD, narkolepsi, obesiti dan sebagainya), kecederaan otak, strok haba, penyakit pekerjaan seperti silikosis yang disebabkan oleh habuk silika, keluar daripada ketagihan alkohol atau masalah endokrin iaitu yang berkaitan dengan sistem kalenjar atau hormon.

Simptom-simptom demam.

  • badan terasa sangat sejuk apabila orang lain tidak merasakan yang sama.
  • pening kepala.
  • warna bibir pucat dan wajah tidak bermaya.
  • badan lesu.
  • sakit otot.
  • kesukaran bernafas dan terasa seperti ada tekanan di dada.
  • tidak mengeluarkan urin.
  • dehidrasi – boleh dielak dengan cara banyak mengambil cecair seperti air putih.
  • tidak boleh fokus dan rasa terlalu mengantuk.
  • depresi.
  • menggigil.
  • berpeluh.
  • kurang selera makan.
  • sensitiviti kepada sakit meningkat.

Simptom-simptom demam pada kanak-kanak.

  • badan tidak duduk diam secara ekstrim
  • mental mengalami kekeliruan atau kecelaruan
  • sawan.

Tempoh masa demam.

Tempoh yang berbeza bererti tahap demam yang berbeza:

  1. Kurang daripada 7 hari dipanggil demam akut.
  2. Sekiranya sehingga 14 hari, dipanggil demam sub-akut.
  3. Sekiranya melebihi 14 hari, demam adalah tahap kronik atau berterusan.

Rawatan.

a. Ubat antikeradangan bukan steroid (NSAIDS) seperti aspirin atau ibuprofen boleh diambil untuk menurunkan bacaan suhu badan yang tinggi. Dadah ini boleh didapati di mana-mana kaunter farmasi.

Seperti yang telah disebutkan di atas, demam pada suhu bawah 38°C adalah sederhana dan menunjukkan sistem imun sedang melawan bakteria dan virus. Selagi boleh kawal, dadah NSAID adalah tidak ideal. Jangan ganggu proses self-healing itu.

b. Untuk pengetahuan anda, bakteria dan virus bukan organisma yang sama.

Jika demam berpunca daripada bakteria, doktor mungkin akan memberi antibiotik. Jika punca adalah jangkitan virus, dadah NSAIDs mungkin diberi. Kalau beri antibiotik, tidak akan ada efek terhadap virus! Oleh itu, penting untuk anda berjumpa dengan pengamal perubatan berdaftar bagi mengenalpasti punca demam. So, don’t simply go to farmasi runcit. Get diagnosed properly and get your prescription.

c. Minum banyak air. Pesakit demam perlu minum banyak air putih untuk elak dehidrasi dan detox yang murah dan semula jadi. Dehidrasi boleh menjurus kepada sakit-sakit yang lain pula.

d. Elak melakukan sebarang bentuk senaman atau aktiviti luaran yang terdedah dengan cahaya panas atau bahang matahari. Pesakit demam mesti rehat dan perlu fokus kepada menurunkan suhu badan.

e. Sekiranya pesakit mengalami kekeliruan atau tidak sedarkan diri, mereka perlu segera berjumpa dengan pengamal perubatan berdaftar.

Demam bukan suatu yang normal. Jadi, jangan ambil mudah.

 

Graduan Bachelor of Homeopathy Medical Sciences (Hons) di University of Cyberjaya (UoC) 2014-2018. Menjalani latihan industri 3 bulan di Hospital Homeopati M.L Dhawale Palghar, Mumbai. Berpengalaman dalam bidang sales di sebuah farmasi moden high-end berpusat di Bangsar. Kini, seorang Homeopath cum Pemasar di sebuah syarikat kesihatan swasta.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Leave a comment
scroll to top