Agaknya nak tunggu berapa banyak malang lagi akibat vape, baru kita nak ambil perhatian?

Dr. Hassan Nemeh, seorang pakar bedah yang mengetuai operasi pembedahan keseluruhan paru-paru ke atas seorang remaja menggambarkan keadaannya yang terlalu cacat.

“Saya sudah melakukan transplan paru-paru selama 20 tahun. Saya belum pernah melihat keadaan paru-paru rosak sebegini rupa!”, kata Pengarah Pembedahan Thoracic Organ Transplant di press conference Hospital Henry Ford Hospital.

“Ini adalah ‘iblis’ yang saya pertama kali berdepan,” tambahnya.

Nemeh menjelaskan pesakit itu telah pun membuat CT Scan sebelum pembedahan tetapi tidak jumpa apa-apa tanda kerosakan, sebaliknya kosong (udara).

Apabila melakukan pembedahan, rupa-rupanya paru-paru remaja itu dalam keadaan rosak yang amat mustahil untuk diperbaiki.

Remaja berusia 17 tahun itu tidak mahu dikenali.

Nemeh berkata sekiranya remaja berusia 17 tahun itu tidak menerima transplan paru-paru, dia akan meninggal dunia.

Keibilisan tragedi akibat vaping ini boleh dielak.

Kes penyakit pernafasan yang berkaitan dengan vape sedang muncul atau sedang mempamerkan ugly consequences.

Sebab benda baru, tular dalam 1-2 tahun yang lalu, dan kini, sedang berkepul-kepul berbagai flavor hembusan asap dari anak-anak remaja… tak kira jantina.

Tambahan pula, selebriti-selebriti kita represent this thing tanpa memikirkan impak buruk yang sedang muncul ini.

“Anak kami sihat, aktif macam remaja lain” – kata ibu bapa remaja itu.

Dalam press conference, famili remaja ini menambah, “Beliau adalah remaja sihat dan aktif. Beliau enjoy mengembara dengan kapal layar, enjoy bermain video games. Hari ini, beliau menghadapi episod penyembuhan yang sangat menyakitkan, menyusahkan dan panjang”.

Remaja itu dimasukkan ke hospital pada 5 September 2019 dengan diagnosis pneumonia (penyakit berjangkit pada paru-paru). Tetapi, dia semakin hari semakin sukar bernafas, dan para doktor perlu ‘intubate’ seminggu kemudian iaitu pada 12 September.

Image result for intubate"

Bantuan intubasi akibat terlalu sukar bernafas. – Gambar hiasan.

Kemudian, remaja ini digegaskan ke Hospital Kanak-Kanak Michigan dan dibawa ke unit bantuan kecemasan udara khas, iaitu dengan menggunakan alat ECMO (Extracorporeal membrane oxygenation).

Alat inilah memberinya kehidupan pada waktu itu.

Potong queue penerima lain dan mendaki No.1 senarai transplan.

Keadaannya menjadi semakin teruk dan para doktor perlu kejarkan dia ke bilik pembedahan transplan paru-paru.

Kerosakan paru-paru terlalu teruk, merapati kematian, menyebabkan dia didaki senarai No. 1 penerima transplan pada 15 Oktober 2019 di Hospital Henry Ford.

Sekarang, remaja itu sedang sembuh. Ventilator ditanggal pada 27 Oktober dan sedang belajar berjalan semula. Penyembuhan mengambil masa berbulan-bulan.

Vaping sudah jadi kes epidemik, kes nasional dalam kalangan remaja, sedunia.

Menurut survery, 10, 000 sekolah di United States dan sekolah menengah, separuh daripada jumlah murid-murid melaporkan mereka mengambil e-rokok dan pelbagai perisa.

Betul ke? Kenapa boleh sampai jadi macam tu?!

Berita kematian dan berita penyakit yang disebabkan oleh vaping memang banyak tetapi tak didedahkan! Faktor pertama, vape adalah pembunuh yang terlalu senyap. Kedua, mungkin sebab kurang survey dilakukan. Jadi, kita tidak tahu setakat mana penyakit ini sedang nasionalisasi di Malaysia.

Setakat ini, di USA, menurut CDC, telah ada 33 mangsa, berusia 13 sehingga 75 tahun, mati akibat penyakit yang disebabkan vaping. 79% adalah bawah umur 35 tahun.

Kerana paru-paru cedera akibat lebihan toksik vitamin E acetate dalam vape, yang merupakan bahan yang terlalu toksik kepada sistem!

Kesimpulan.

Oksigen itu kehidupan tuan-puan. Kehidupan! Kenapa kita kufur nikmat?

Kita sepatutnya menjalani gaya hidup sihat, bukan gaya hidup boosting your ego – hisap vape, rasa epal, seronok, hembus asap berkepul-kepul sehingga mengganggu rongga pernafasan dan pemandangan orang lain.

Berhentilah menzalimi diri kita sendiri. Kerana Allah bagi kita sihat tubuh badan dan sihat akal untuk kita membuat perkara yang bermanfaat, ke atas manusia lain. Bukan ini.

Firman Allah:

  1. Dan (ingatlah), sesungguhnya Allah tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hambanya.” (Surah Al-Maidah : ayat 182)
  2. “Sesungguhnya Allah tidak menganiaya manusia sedikitpun, akan tetapi manusia jualah yang menganiaya diri mereka sendiri.” (Surah Yunus 10:44)
  3. Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menganiaya (seseorang) sekalipun seberat zarah (debu). Dan kalaulah (amal yang seberat zarrah) itu amal kebajikan, nescaya akan menggandakannya dan akan memberi, dari sisiNya, pahala yang amat besar. (Surah An-Nisaa : ayat 40)
  4. Sesiapa yang mengerjakan amal soleh maka faedahnya akan terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang berbuat kejahatan maka bahayanya akan menimpa dirinya sendiri dan Tuhanmu tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hambaNya. (Al-Fussilat : ayat 46)

Jadi, tuan-puan, sekiranya tidak memainkan peranan dalam mencegah EVALI (nama baru bagi penyakit yang disebabkan oleh vape), maka bersedialah untuk menyaksi lebih banyak sakit yang diakibatkan oleh vaping.

Keiblisan vaping daripada cerita tadi adalah berita benar, realiti yang sedang muncul. Berhenti cedera paru-paru kita.

 

Sumber