Close

Gout! Sakitnya.. Apa Punca Gout Dan Cara Nak Sembuhkan?

tophi dan punca gout

Kongsikan artikel dengan rakan anda!

Siapa pernah kena gout? Siapa yang pernah kena tau ah azab nya macam mana. Yang tak pernah kena maybe fikir, alah, bengkak sikit je. Tapi siapa pernah kena tahu lah. Merangkak nak ke mana-mana. Air mata ditahan tiada siapa yang tahu. Tapi sebenarnya, apa punca gout dan kenapa gout jadi. Dan macam mana cara nak sembuhkan?

Apa Itu Gout?

Gout adalah salah satu jenis arthritis yang menyebabkan kesakitan yang amat sangat, bengkak seakan rasa burning sensation di bahagian sendi. Serangan gout boleh terjadi dengan cepat dan juga berulang kali dan secara peralahan merosakkan tisu di kawasan bengkak tersebut dan menyebabkan kesakitan yang amat sangat.

Punca Gout

Punca Gout adalah disebabkan oleh asid urik berlebihan di dalam darah atau dikenali sebagai hyperuricemia. Asid urik dihasilkan oleh tubuh melalui proses pemecahan purines. Purines adalah compound kimia(chemical compound) yang tinggi di dalam makanan tertentu seperti daging dan makanan laut.

Kebiasaannya, asid uric ini di”cair”kan di dalam darah dan di singkirkan dari tubuh dalam bentuk urin melalui buah pinggang. Jika terlalu banyak asid urik di hasilkan, atau yang dikumuhkan tidak mencapai jumlah sepatutnya, asid uric ini akan berkumpul di sendi dan kawasan tisu sekitar dan membentuk kristal yang berbentuk seperti jarum tajam. Ini lah yang jadi bala kepada kita penghidap gout. Kesakitan yang amat sangat.

Gout biasanya menyerang orang lelaki tetapi wanita juga terdedah kepada risiko gout terutama jika sudah menopause.

Jenis-Jenis Gout

Ada beberapa jenis gout dan tak semua gout itu sama.

1. Asymptomatic hyperuricemia

Seorang mangsa gout boleh mengalami serangan gout tanpa ada simptom gout. Pada ketika ini, rawatan tak diperlukan. Walaupun begitu, kristal dari asid urik akan terkumpul dan menyebabkan sedikit kerosakan tisu. Gout jenis ini adalah gout yang di alami kebanyakan mereka yang baru menceburi dunia gout 😛

2. Acute gout

Ini level gout yang up sikit. Bila kristal uric yang telah terkumpul tiba-tiba menyebabkan bengkak secara tiba-tiba dan kesakitan yang amat sangat. Serangan tanpa bayang ini dikenali sebagai “flare” dan akan berkurang dari 3-10 hari. Flare boleh diakibatkan oleh keadaan stress, alcohol dan dadah serta cuaca yang sejuk.

3. Interval atau intercritical gout

Ini adalah ketika antara 2 acute gout berlaku. Tiada serangan gout terjadi atau jika ada pun hanya berlaku sedikit dan tidak teruk.

4. Chronic tophaceous gout

Ini adalah tahap akhir gout. Kira jika anda dah alami tahap ini, anda dah cecah level mahaguru seret kaki. Chronic tophaceous gout adalah keadaan di mana kecederaan kekal sudah terjadi di kawasan sendi dan juga buah pinggang. Mangsa gout akan mengalami arthritis yang kronik dan tophi iaitu ketulan besar kristal urate (urik) turut terbentuk di kawasan sendi seperti di jari-jari.

Ianya mengambil masa lama sehingga level mahaguru ini terjadi, lebih kurang 10 tahun. Jadi jika anda jaga pemakanan dan ambi rawatan sepatutnya, anda kemungkinan tak akan jejak level mahaguru seret ini.

5. Pseudogout

Ini bukan gout tapi perasan nak jadi gout. Penangan nya sama cuma tak lah seteruk sakit kena gout sampai seret kaki. Pseudogout terjadi akibat kristal kalsium pyrophosphate.

Symptom Gout

Gout ini biasanya menyerang tanpa bagi salam. Kebiasaannya serangan terjadi di malam hari. Symptom utama adalah kesakitan dan bengkak di bahagian sendi. Gout biasanya menyerang ibu jari kaku tetapi turut boleh menyerang pergelangan kaki, lutut, siku, pergelangan tangan dan jari.

Komplikasi Gout

Dalam sesetengah kes, gout boleh menyebabkan keadaan yang lebih teruk seperti :

  1. Penyakit batu karang (kidney stones)
  2. Penyakit buah pinggang (kegagalan buah pinggang)
  3. Gout kerap berulang yang menyebabkan kerosakan kepada sendi dan tisu.

Perkara Yang Menjadi Risiko Punca Gout

Ada beberapa perkara yang boleh menyebabkan risiko gout atau menjadi punca gout.

  • Umur dan Jantina: Lelaki lebih berisiko menghidap gout berbanding wanita.
  • Genetic : Jika sejarah keluarga anda ada penghidap gout macam saya, anda berisiko untuk menghidap gout.
  • Gaya hidup : Minum arak umpamanya merisikokan anda dengan gout.
  • Terdedah kepada plumbum
  • Ubatan
  • Berat badan : Jika anda obes, dan mempunyai berat badan berlebihan, anda berisiko menghidap gout.
  • Masalah kesihatan : seperti masalah buah pinggang yang menyebabkan buah pinggang gagal berfungsi dengan baik.

Makanan Yang Berpotensi Menjadi Punca Gout

Umum tahu yang makanan antara punca utama gout. Walaupun ada kajian menidakkannya, tetapi amatlah baik jika anda berjaga-jaga dalam pengambilan makanan berikut. Makan sikit-sikit dah lah.

  • Ikan bilis
  • asparagus
  • kekacang
  • daging merah
  • hati
  • ikan sardin
  • cendawan
  • ikan mackerel
  • kupang
  • makanan laut.

 

Malangnya gout tiada rawatan khusus. Kebiasaannya rawatan dari sudut perubatan adaah dengan memakan ubat yang boleh mengurangkan symptom gout serta mengurangkan komplikasi gout serta mengelakkan pembinaan tophi. Ubatan yang biasa digunakan adalah nonsteroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs), colchicine, atau corticosteroids. Ubat ini digunakan untuk meredakan keradangan di kawasan yang diserang oleh gout.

Ubatan lain yang digunakan adalah untuk mengurangkan penghasilan asid urik (allopurinol) atau meningkatkan keupayaan buah pinggang memproses asid uric (probenecid).

Tanpa ubatan, seorang mangsa gout dijangka akan menghadapi serangan ganas gout dalam 12-24 jam ketika serangan pertama bermula. Dan akan hilang sepenuhnya tanpa ubat dalam 2 minggu ke 1 bulan.

Cara Mengatasi Gout

Gout ini bukan boleh sembuh sepenuhnya tetapi boleh diatasi dengan cara kita menjaga diri kita. Gaya hidup tu penting. Apa yang boleh dibuat adalah :

  1. Minum air masak dengan banyak 2l-4l sehari.
  2. Elakkan alkohol
  3. Menjaga berat badan dan dapatkan berat badan ideal dan sihat.
  4. Mengelakkan makanan tinggi purine.

Kesimpulan.

 

Sampai bila nak seret kaki? Tak ramai yang tahu kesakitan kita. Jangan sampai sendi-sendi patah di makan gout dan tophi berkumpul dengan banyak sampai bengkak-bengkak dan sendi tak boleh lagi bergerak baru nak menyesal.

Jaga makan. Jangan nampak durian sedap, kambing bakar sedap, shell out sedap, kita balun habis-habis.

Ok lah. admin nak pergi makan lamb chop kejap. Jumpa lagi.

Kongsikan artikel dengan rakan anda!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 Comments
scroll to top