Close

Benarkah Homeopathy haramkan vaksin?

vaksin polio yang tidak diberi

Vaksin polio yang tidak diberi menyebabkan poliomyelitis.

Sebenarnya, JANGAN TUNGGU. Malah, penulis dan badan-badan homeopathy seperti British Homeopathic Association, Central Council of Homeopathy and the Australian Register of Homeopaths syorkan.

Jangan tunggu anak-anak tanya soalan “Kenapa mak ayah tidak vaksin saya?”.

Setakat ini, vaksin adalah kaedah yang paling berkesan untuk mengelak penyakit seperti polio, measles, tetanus dan sebagainya.

The World Health Organization (WHO) melaporkan vaksin yang dibenarkan atau diberi lesen wujud untuk mengelak atau menyumbang kepada pencegahan dan pengawalan 25 jenis penyakit.

Keberkesanan beberapa vaksin telah dikaji dan disahkan; vaksin influenza, vaksin HPV, vaksin demam cacar atau chicken pox. – Boleh mengelak daripada bahaya mudarat infeksi yang boleh membawa maut!

4 Kelebihan memberi suntikan imunisasi kepada anak-anak.

WHO sudah menetapkan garis-garis panduan antarabangsa dan sangat penting untuk ibu bapa untuk mematuhinya. Kerana vaksin secara dasarnya…

  1. Menyelamatkan nyawa.
  2. Selamat dan efektif. Kes reaksi allergik kepada vaksin adalah perkara yang jarang berlaku namun boleh dirawat.
  3. Boleh melindungi keluarga dan generasi masa hadapan.
  4. Menjimatkan masa dan wang ringgit.

Jika tidak vaksin, anak-anak akan lebih banyak terdedah dengan banyak risiko penyakit.

Sebagai contoh, vaksin polio jika tidak diberi pada masa yang sepatutnya, dan tiba-tiba anak-anak terdedah dengan jangkitan polio, mereka akan crippled (poliomyelitis) seumur hidup! Lihatlah gambar di bawah!

vaksin polio yang tidak diberi
Vaksin polio yang tidak diberi menyebabkan poliomyelitis.

Apabila itu berlaku, maka kanak-kanak tadi sudah dewasa, dia akan tanya balik kepada ibu bapa dia, “Kenapa tidak vaksin saya?”

Ada jawapan?

Kami hardcore anti-vaksin percaya vaksin boleh menyebabkan autism!

1 dalam 4 ibu bapa percaya vaksin ‘mess the gene’ and menyebabkan autism. 1 dalam 4!

Anti-vaksin percaya penyakit-penyakit dahulu kala sudah tidak wujud kerana amalan imunisasi. Sebenarnya, ini tidak benar kerana penyakit-penyakit boleh menular kembali dengan mudah dan boleh juga menjangkiti mereka yang sudah mendapat vaksin kerana penyakit ini boleh adjust apabila mereka dapat hos (tubuh manusia) yang membolehkan mereka duduk dan hidup!

Contoh paling jelas kita dapat lihat pada tahun 2010, wabak batuk kokol atau pertussis atau whooping cough merebak di California yang merupakan wabak paling teruk berlaku selepas 50 tahun. Punca utama adalah golongan dewasa menganggap penyakit ini tidak akan kembali dan kanak-kanak di kawasan itu tidak mendapat vaksin.

Sebuah kes di Texas pada tahun 2012, 21 orang ahli gereja mendapat penyakit demam campak kerana ahli-ahli memilih untuk suci daripada imunisasi.

Di Malaysia sendiri telah berlaku beberapa kematian daripada penyakit pertussis kerana tidak mendapat vaksin pertussis.

Nabi Muhammad SAW juga suruh ikat unta dulu dengan tali, baru bertawakal!

Dalam riwayat Imam Al-Qudha’i disebutkan…

قَالَ عَمْرُو بْنِ أُمَيَّةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ : قُلْتُ : يَا رَسُوْلَّ اللَّةِ ! أُقَيّدُ رَاحِلَتِيْ وَأَتَوَكَّلُ عَلَى اللَّهِ، أَوْأُرْسِلُهَا وَأَتَوَكَّلُ؟ قَالَ : قَيِّدْهَا وَتَوَكَّلْ

“Amr bin Umayah Radhiyallahu ‘anhu berkata, ‘Aku bertanya, ‘Wahai Rasulullah! Apakah aku ikat dulu unta tunggangan-ku lalu aku bertawakkal kepada Allah, atau aku lepaskan begitu saja lalu aku bertawakkal? ‘Baginda menjawab, ‘Ikatlah kenderaan (unta)-mu lalu bertawakkallah”.

Anggaplah vaksin ini sebagai usaha kita membasmi penyakit. Kerana vaksin ini telah melalui pelbagai kajian klinikal yang mendalam bagi mencegah penyakit jangkitan kanak-kanak yang berbahaya. Kemudian, untuk orang Islam, kita bertawakal kepadaNya agar dijauhkan sebarang penyakit.

Homeopathy bukan vaksin. Homeopathy nak ganti vaksin perlukan kajian klinikal yang mendalam.

Sejumlah pengguna di Malaysia memilih rawatan tradisional dan alternatif dan salah satunya adalah perubatan homeopathy. Perubatan berbentuk tenaga ini menggunakan ubat-ubatan yang tinggi tahap kecairan (perubatan nano), bagi merangsang sistem imun individu melawan penyakit.

Sesetengah pengguna memilih Homeopathy sebagai imunisasi daripada memilih vaksinasi konvensional. Tetapi, tidak ada mekanisma yang sama secara biologi, yang kita boleh kata, homeopathy ini sama dengan imunisasi.

Mekanisma vaksin adalah sebagai persediaan biologi bagi mencegah penyakit berjangkit kanak-kanak seperti pertussis, tetanus, diphtheria, measles, mumps dan rubella (German measles).

Namun! Desain kajian yang berkualiti tinggi mengenai homeopathy untuk berfungsi sebagai imunisasi belum ada lagi.

Sebenarnya, Homeopathy tidak akan menggantikan vaksin! Definisi vaksin itu sendiri adalah “amalan menyuntik bahan antigen yang diperoleh dari sebahagian atau keseluruhan virus atau bakteria yang dimatikan atau dilemahkan”. Jadi, tidak sama dengan definisi homeopathy.

Homeopathy juga ada menggunakan kultur bakteria sebagai remedi. Tetapi cara penyediaan Homeopathy adalah jauh berbeza.

Homeopathy masih berkesan bagi mengubati penyakit kronik dan beberapa penyakit berjangkit. Rawatan homeopati ke atas penyakit cirit-birit kanak-kanak, hay fever, penyakit kulit, penyakit allergik, penyakit auto-imun yang telah dibukti berkesan secara saintifik.

Walaubagimanapun, untuk mengatakan homeopathy boleh menggantikan vaksin misal kata, memerlukan kerja kajian klinikal yang mendalam bersertakan data epidemiologikal untuk menyokong keberkesanannya sebagai ‘persediaan biologi’ bagi mencegah penyakit berjangkit kanak-kanak.

Rawati kesan sampingan imunisasi dengan homeopathy.

Masyarakat boleh mengambil homeopathy bagi mengurangkan kesan sampingan (di mana jarang berlaku).

Kesan sampingan yang biasa dilihat selepas suntikan vaksin adalah kulit kemerah-merahan, membengkak, demam, sakit dan occasional allergik yang boleh dirawat oleh ubat homeopathy.

Masyarakat yang biasa dengan homeopathy boleh mendapatkan beberapa remedi homeopathy sebagai susulan seperti Ledum bagi mengurangkan sakit luka akibat kena cucuk, atau Arnica jika mempunyai lebam, ada tanda kebiruan atau takut dilanggar orang pada tempat terkena suntikan.

Ingat ya sekali lagi, Homeopathy tidak pernah secara langsung berkata suntikan imunisasi ini haram.

Ingin mempelajari lebih lanjut mengenai rawatan kecemasan Homeopathy?

Saya sedang menulis e-book Rawatan Kecemasan Homeopathy dalam Bahasa Melayu berharga RM30 sahaja.

Kandungan:

  • Lebam
  • Asma
  • Gigitan
  • Hidung berdarah
  • Luka
  • Melecur
  • Pengsan
  • dan sebagainya

Cara Mendapatkan Ebook ini:

Sila lakukan pembayaran online banking RM30 ke akaun Maybank 156244145277 (Suhaili bt Sahiful Bahari). Simpan resit.

Kemudian, sila isi borang ini: Borang Pre-Order Rawatan Kecemasan Homeopathy di Rumah.

Setelah e-book ini siap, harga menjadi RM40.

Terima kasih kerana membaca sehingga ke penghujung. Sekiranya bermanfaat, kongsikan artikel ini kepada keluarga dan rakan-rakan anda.

Graduan Bachelor of Homeopathy Medical Sciences (Hons) di University of Cyberjaya (UoC) 2014-2018. Menjalani latihan industri 3 bulan di Hospital Homeopati M.L Dhawale Palghar, Mumbai. Berpengalaman dalam bidang sales di sebuah farmasi natural high-end berpusat di Bangsar. Kini, seorang konsultan homeopathy di sebuah syarikat swasta.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 Comments
scroll to top