Close

Rawat masalah keguguran rambut, kepala botak dengan Homeopathy

Homeopati boleh merawat masalah keguguran rambut, kepala botak, lebat bulu jambang yang patchy

Homeopati boleh merawat masalah keguguran rambut, kepala botak, lebatkan bulu jambang yang patchy.

Masalah keguguran rambut tak ikut umur.

Rambut gugur sebenarnya adalah satu gejala yang biasa temui. Kadang-kadang, ia disebabkan oleh penyakit yang dihidapinya atau gejala yang associated dengan gejala penyakit lain.

Masalah ini tidak mengira umur. Dan yang paling sedih sekali is age limit semakin menurun dari sehari ke sehari. Selalunya, masalah rambut gugur ini dihadapi oleh golongan umur 30-an. Tetapi hari ini, golongan remaja tak kira lelaki atau perempuan juga ada dan tak lari daripada masalah-masalah rambut yang lain.

Aduan banyak yang kita terima adalah seperti keguguran rambut, kelumumur, alopecia aerata, rambut beruban pramatang, rambut rapuh, rambut bercabang, kulit kepala kering dan bersisik dan sebagainya.

“Apa minyak atau shampoo yang patut saya guna untuk mendapatkan rambut sihat hitam kilat bersinar?” – Antara soalan yang banyak ditanya.

Persoalannya, adakah minyak-minyak atau shampoo ini benar-benar membantu? Mungkin, sekurangnya-kurangnya membantu dari segi luaran namun tidaklah membantu memberi nutrisi kepada rambut dengan lebih mendalam. Tak hairan lah kelumumur boleh datang kembali selepas 2-3 hari penggunaan shampoo anti-kelumumur. Jadi, adalah penting untuk membaiki permasalahan ini dari dalam.

Punca masalah rambut/bulu gugur.

Boleh jadi…

  1. Stress, depresi dan perubahan emosi.
  2. Pencemaran udara.
  3. Ketidakesimbangan hormon.
  4. Faktor genetik.
  5. Jangkitan kuman – Jangkitan fungal seperti ringworm di kawasan jambang menyebabkan patch pada kawasan itu lalu mengakibatkan gugur bulu.
  6. Makan makanan kurang berzat seperti makanan tinggi minyak, tinggi karbohidrat, kurang atau tidak makan sayur dan buah-buahan,
  7. Sistem penghadaman yang lemah. – Sistem penghadaman yang lemah boleh menyebabkan sistem imun tidak kuat lalu menyebabkan banyak sakit. Perlu dirawat untuk meningkatkan penyerapan nutrisi daripada makanan bergizi tinggi.
  8. Kekurangan biotin. Biotin merupakan suatu jenis vitamin B-kompleks yang larut dalam air berfungsi untuk membantu tubuh dalam mencerna protein dan glukosa. Ia dikenali sebagai vitamin B7 atau vitamin H atau coenzyme R. Boleh didapati dalam hati lembu (30.6mkg), telur kuning yang dimasak (10 mkg), sayur-sayuran hijau (7mkg), salmon (hidangan 85g boleh memberi 5mkg), avocado (2-6mkg), lobak merah (satu cawan 6 mkg), cauliflower (4 mkg), kekacang seperti almond, walnut, kacang pea (<1 mkg setiap 28g hidangan). Pengambilan biotin perlulah sekurang-kurangnya 30 mikrogram (mkg) ke atas setiap hari.

Bagaimanakah rawatan homeopati boleh membantu?

Sebelum memulakan rawatan, homeopath akan menyelidik 3 perkara:

  1. Akar punca – Dalam kes keguguran rambut, ada yang boleh kita trace melalui maklumat atau sejarah yang dikongsi pesakit dengan homeopath. Mungkin penyebabnya masalah hormon, pengambilan dadah berlebihan, pengambilan alkohol yang berlebihan, masalah penjagaan diri yang tidak betul dan sebagainya. Faktor-faktor ini boleh menjadi sebahagian yang Homeopati kata, maintaining cause – yang sukar ditolak tepi lalu telah menjadi sebahagian gaya hidupnya. Jadi, apa-apa rawatan pun tidak boleh menjadi.
  2. Faktor dalaman – Ini adalah dipanggil sebagai faktor konstitusi di dalam kamus homeopati. Setiap manusia mempunyai karakter yang unik. Karakteristik unik ini dikenal pasti dan dirawat mengikut prinsip “likes cures likes” atau “sesuatu disembuh dengan apa yang mirip” . Homeopath juga akan mengenal pasti miasm yang menyebabkan keguguran rambut untuk pemulihan cepat.
  3. Faktor genetik – Soalan yang paling ditanya, “Ayah saya botak dan dia dah start botak pada umur 40-an. Saya takut, tak nak jadi botak macam ayah saya pada umur seawal itu. Boleh homeopati elakkan saya daripada masalah ini?” Soalan yang sangat bagus. Sudah pasti beberapa faktor genetik memainkan peranan dalam pertumbuhan rambut dan its maintenance. Kita nampak orang perempuan ni adalah rambut panjang yang cantik sebab mak dia pun memiliki rambut yang tebal dan berkilat. Dan adakalanya, kita melihat, ada part fizikal tak menurun langsung.

The rule of thumb is, sekiranya sudah ada tanda-tanda keguguran rambut atau development of baldness, cepat-cepat berjumpa dengan perawat. Bila sudah berumur 40-an, rambut still tebal dan sihat.

Remedi Homeopati yang membantu.

Di sini ada beberapa remedi untuk masalah rambut gugur. Antaranya ialah:

  1. Asid fluoricum.
    • Alopecia dan mempunyai kecenderungan untuk develop alopecia dalam keluarga.
    • Merawata alopecia aerata
    • Merawat masalah rambut rapuh
    • Keguguran rambut yang idiopatik
    • Keguguran rambut secara spot, kebotakan vertex
    • Gejala lebih baik dengan cold application, lebih teruk dengan warmth.
    • Jiwa extremely irritable dan marah.
      \
  2. Phosphoric acid.
    • Hati diselubungi sedih membawa kepada keguguran rambut.
    • Mudah stress
    • Sejak kecil, sudah start uban.
    • Rambut menipis.
    • Kesukaran memahami sesuatu
    • Ingin jus.
    • dan lain-lain lagi.
      \
  3. Phosphorus.
    • Patchy baldness, Frontal baldness.
    • Rambut kering, scalp gatal dan ada kelumumur.
    • Rambut mudah gugur bila sikat.
    • Fizikal tinggi, berjari panjang, tulang pipi tinggi.
    • Seorang yang sangat mudah bersimpati
    • Lebih baik bila berteman.
    • dan lain-lain lagi.
      \
  4. Graphites
    • Keguguran rambut pada bahagian tepi.
    • Kegatalan dan kelembapan pada scalp sehingga mengeluarkan bau yang tidak enak.
    • Mempunyai masalah sembelit yang associated dengan keguguran rambut.
    • Chilly dan berisi dengan kecenderungan untuk development of one problem atau masalah kulit yang lain.
    • Keguguran rambut disebabkan menopaus.
    • dan lain-lain lagi.
      \
  5. Mezereum
    • Rambut melekat di antara satu sama lain.
    • Keguguran dengan banyak
    • Kulit kepala yang erupsi mengeluarkan crust kuning.
    • Psoriasis yang mengakitbatkan keguguran rambut
    • dan lain-lain lagi.
      /

Sekiranya berminat untuk mendapatkan rawatan homeopati atas permasalahan rambut/bulu gugur, sila buat temu janji melalui emel ini.

Terima kasih.

 

 

Graduan Bachelor of Homeopathy Medical Sciences (Hons) di University of Cyberjaya (UoC) 2014-2018. Menjalani latihan industri 3 bulan di Hospital Homeopati M.L Dhawale Palghar, Mumbai. Berpengalaman dalam bidang sales di sebuah farmasi natural high-end berpusat di Bangsar. Kini, seorang konsultan homeopathy di sebuah syarikat swasta.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 Comments
scroll to top