Wabak kes influenza semakin menjadi-jadi. Malaysia juga tidak terkecuali. Bagaimana nak mengenali influenza ini? Jom kita belajar.

Influenza ada 4 jenis – iaitu Influenza A, B, C, D.

Influenza adalah flu. Apabila terkena selsema Influenza, kedatangan dia bersifat tiba-tiba dan teruk.

Semua jenis Influenza ini berpunca daripada virus. Apabila punca adalah virus, anda nak ambil antibiotik ke antiviral? Teruskan pembacaan.

Influenza A.

Ini adalah jenis yang paling biasa dan selalunya diikuti dengan influenza jenis B. Kedua-duanya paling mudah berjangkit dan gejala-gejala pun hampir serupa. Boleh menjangkiti manusia dan haiwan seperti burung, babi dan kuda.

Jenis ini yang menyebabkan pandemik (serangan secara global). Contohnya, seperti selsema burung, selsema babi adalah serangan pandemik yang berpunca daripada virus influenza A.

Bagaimana doktor boleh mengesan influenza jenis A ini? Jawapannya, melalui pengesanan protein di permukaan virus iaitu protein hemagglutinin dan neuraminidase. Inilah cara doktor klasifikasi.

Influenza B – Bagaimana pula? Bahaya tak?

Virus influenza B akan bersifat pencetus epidemik yang secara tipikalnya hanya menyerang manusia. Ada dua evolusi dalam influenza B iaitu B/Victoria dan B/Yamagata. Mutasi virus ini lebih perlahan daripada virus influenza A.

Namun, orang ingat, influenza A lebih berbahaya daripada influenza B, tetapi tidak semestinya. Kedua-duanya boleh meyebabkan kita terlantar di hospital lama. Kadar pesakit yang kena admit ICU dan meninggal dunia adalah sama.

Influenza B sebenarnya lebih cenderung untuk menyebabkan kematian dalam kalangan kanak-kanak berusia 16 tahun ke bawah yang masuk hospital.

Influenza C.

Virus ini tak mencetus skala epidemik. Ia hanya menyebabkan sakit-sakit biasa atau mungkin tidak mempamerkan simptom.

Influenza C tidak kerap berlaku seperti Influenza A dan B dan tidak memberi impak kepada kesihatan awam. Ia juga tidak juga dikategorikan sebagai bermusim.

Influenza D.

Virus yang hanya jangkit pada lembu atau haiwan. Tidak berjangkit kepada manusia. Mudah kunjung pada musim sejuk dan musim luruh.

Secara umum, virus Influenza ini mudah sangat nak merebak apabila pesakit yang dijangkiti Influenza, terbersin dan batuk (lupa nak tutup mulut). Dan partikel-partikel virus ini bergerak dalam udara dan masuk ke rongga hidung atau mulut orang lain pula. Begitulah mudahnya penyakit ini menjadi wabak.

Awas Influenza kepada Pesakit Kronik!

Mereka yang mempunyai sakit sistem pernafasan yang kronik mesti digandakan jagaan dan kawalannya. Selsema Influenza ini dia lain macam sikit. Ia bukan seperti selsema biasa. Ikut jenis-jenis tadi. Mereka yang ada penyakit kronik seperti asma, sakit jantung, diabetes boleh jadi bertambah teruk. Dalam sesetengah kes, boleh membawa maut.

Gejala Influenza berbeza mengikut sistem imun individu.

Gejala influenza ini kedatangannya adalah secara tiba-tiba dan teruk dan boleh mengambil tempoh masa 1 hingga 2 minggu.

Simptom berbeza tahap daripada sederhana kepada teruk dan individu boleh mempamerkan gejala yang berbeza dengan individu yang lain.

Gejala biasa:

  1. Asyik terbersin
  2. Hidung panas, berair, tersumbat
  3. Mata panas
  4. Kelesuan
  5. Batuk
  6. Pening kepala
  7. Sakit tekak
  8. Sakit badan
  9. Kesejukan
  10. Demam
  11. Muntah atau cirit-birit; biasa dalam kanak-kanak.

Gejala boleh menjadi semakin teruk:

  1. Sakit dada
  2. Sukar bernafas
  3. Badan tidak bermaya
  4. Sakit otot
  5. Demam panas
  6. Sawan
  7. Sangat sakit kepala
  8. Tidak sedarkan diri.

Tetapi, kalau manusia sihat, tiba-tiba terkena influenza, selalunya tak jadi merbahaya. Tetapi, sesetengah kumpulan boleh terkena sakit-sakit ini, ia jadi radang kepada mereka. Jadi, kena cepat berjumpa dengan pengamal perubatan berdaftar.

Individu ini harus lebih mengambil perhatian:

  1. Wanita mengandung
  2. Mereka yang mempunyai penyakit kronik seperti pesakit asma, congestive heart failure dan diabetes.
  3. Kanak-kanak bawah usia 5 tahun
  4. Orang dewasa berusia 65 tahun dan k e atas.

Komplikasi influenza jika tidak berjaga-jaga:

Boleh mengundang kepada sakit pneumonia, dehidrasi dan pesakit-pesakit kronik akan menjadi lebih teruk daripada biasa.

Tindakan Ibu Bapa dan Penjaga di Rumah:

  1. Lakukan ini jika demam.
  2. Tingkatkan pengambilan vitamin C. Ambil yang 100% natural.
  3. Minum banyak air bagi mengeluarkan toksik dalam badan. Air putih suam terbaik.
  4. Ambil ubat antiviral, bukan antibiotik!
  5. Kalau nak pergi farmasi, boleh dapatkan ibuprofen atau acetaminophen untuk legakan sakit. Wanita mengandung, kanak-kanak, orang berusia dan pesakit kronik boleh ambil ini.
  6. Tidak bergerak aktif. Rehat banyak-banyak di atas katil.

Kalau tidak mengambil langkah-langkah ini, lambatlah sembuhnya dan memberi kesan tidak bagus kepada kualiti kerja sehari-harian.

Setiap ubat antiviral di farmasi itu berbeza taw.

  1. Oseltamivir
  2. Zanamivir
  3. Peramivir
  4. Baloxavir marboxil
  5. Ada yang dalam pil, cecair, serbuk yang disedut atau intravenous.

Sila dapatkan nasihat dulu daripada ahli perubatan dan ahli farmasi berdaftar.

Langkah-langkah Pencegahan Influenza.

Berikut adalah cara-cara bagi mengelak daripada terkena sakit ini:

  1. Jauhi jarak daripada si sakit.
  2. Kuarantinkan diri sendiri di rumah jika sakit, supaya tidak tersebar kepada orang lain.
  3. Tutup hidung dan mulut apabila terbersin dan batuk.
  4. Basuh tangan dengan kerap. Boleh jadi virus itu ada di tombol pintu ke, kaunter, stereng kereta.
  5. Elakkan menyentuh kontak mata, hidung dan mulut jika tangan tak bersih.
  6. Pakai topeng muka jika hendak keluar rumah.

Saya nak ambil vaksin influenza boleh?

Boleh ambil vaksin flu setiap tahun. Vaksin influenza datang dalam bentuk injeksi atau nasal spray.

Vaksin boleh kurangkan kemasukkan ke dalam ICU dan kurangkan tempoh terlantar di hospital.

Kesimpulan

Kami, dari Majalah Kesihatan mengucapkan takziah kepada kanak-kanak dari pasangan kembar dari Pahang ini.

Malang tidak berbau, H1N1 kembali menyerang di Malaysia. Setakat ini, sudah lebih 90+ kes Influenza B di Johor, 9 kes di Negeri Sembilan, 60+ kes di Penang dan 20 kes di Klang Valley dan Cyberjaya.

Walaupun masih belum mencapai magnitude yang kerajaan kita boleh wartakan sebagai “outbreak” tetapi, marilah kita ambil langkah berjaga-jaga dan educate diri kita macam mana nak tangani isu ini bersama-sama.

Jangan lupa kongsikan informasi ini kepada keluarga dan rakan-rakan.

Sekian terima kasih.