Close

Jerebu: Bahan pencemar udara, punca dan langkah-langkah preventif.

loji penjana kuasa malaysia

Loji penjana kuasa di negara.

Kongsikan artikel dengan rakan anda!

Senarai bahan pencemar udara utama yang perlu kita bimbang.

Berikut adalah jisim-jisim pencemar udara utama yang terkandung dalam udara jerebu kita:

  1. Perkara Bahaya (PB)
  2. Sulfur dioksida (SO2)
  3. Ozon (O3)
  4. Nitrogen dioksida (NO2)
  5. Karbon monoksida (CO)

Bahan pengganggu utama kita adalah “Perkara Bahaya” adalah sangat halus, sangat toksik dan merupakan prekursor kepada ozon yang telah hadir dengan beberapa fotokimia oksidan yang lain. NO2 pula adalah bahan yang senang diukur dan selalu menjadi ‘kambing hitam’ apabila bahan-bahan pencemar ini bercampur dan dikatakan sebagai ‘mengetuai’ semua bahan pencemar.

Seterusnya, ozon di atmosfera dibentuk oleh reaksi fotokimia yang berlaku dengan kehadiran cahaya matahari dan beberapa bahan pencemar lain sebagai prekursor, seperti nitrogen (NOx) dan kompaun organik yang tidak menentu. Ia boleh musnah oleh interaksi-interaksi dengan NO2 lalu larut ke bumi dan menjadi toksik kepada tanah.

Punca utama: Proses pembakaran.

Sebahagian besar partikel-partikel ini adalah produk proses pembakaran di sekeliling kita. Pembakaran belukar yang berleluasa adalah punca utama.

Sumber pencemaran udara juga boleh menjadi jalan raya, loji penjana kuasa dan lain-lain sumber statik yang besar.

Image result for power plant malaysia
Loji jana kuasa di Malaysia.

Jadi, langkah-langkah perlindungan untuk orang awam yang tinggal di kawasan berhampiran akan memerlukan satu ukuran yang berbeza untuk menurunkan kadar pencemaran ke paras normal atau sihat.

Faktor Musim Peralihan Angin Monsun.

Jerebu menjadi lebih teruk pada iklim panas, perubahan arah angin dan kurang taburan hujan.

Malaysia tidaklah dilanda jerebu sepanjang tahun. Bulan 9 adalah musim peralihan angin monsun. Cuaca di Malaysia dicirikan oleh dua rejim monsun iaitu Monsun Barat Daya yang bermula dari akhir bulan Mei ke September, dan Monsun Timur Laut dari bulan November ke Mac. Musim Monsun Timur Laut merupakan musim hujan utama negara kita.

Monsun Timur Laut membawa hujan lebat terutamanya kepada negeri-negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia dan barat Sarawak, manakala Monsun Barat Daya secara relatifnya menghasilkan cuaca yang lebih kering kecuali negeri Sabah di Malaysia Timur.

Tempoh peralihan di antara dua monsun ini dikenali sebagai musim perantaraan monsun. Pada musim ini, kebanyakan negeri mengalami hujan bulanan minimum, biasanya di antara 100 – 150mm. Keadaan ini menunjukkan keadaan atmosfera yang stabil di kawasan khatulistiwa. Keadaan kering di Semenanjung Malaysia terutamanya disebabkan oleh kesan lindung hujan oleh banjaran gunung di Sumatera.

Apakah kesan jangka masa pendek jerebu ke atas kesihatan saya?

Image result for haze psi

Dalam jangka masa pendek, pendedahan yang berterusan terhadap “Perkara Bahaya” di udara ini iaitu pada paras purata Index Pencemaran Udara (IPU) julat 101 ke atas boleh mengakibatkan masalah kesihatan pada sistem pernafasan.

Malah, jika ada yang mempunyai masalah sakit jantung atau sakit paru-paru seperti asma, chronic obstructive pulmonary disease (COPD) atau kegagalan jantung boleh menjadi lebih teruk. Hal ini kerana partikel utama seperti SO2 boleh meningkat marker inflamasi pada mata, hidung, dan tekak pada individu yang sihat.

Dalam masa 1 hingga 3 hari, gejala-gejala penyakit boleh dilihat.

Apakah kesan jerebu yang berpanjangan?

Data daripada kajian-kajian antarabangsa agak kuat menunjukkan pendedahan yang berterusan dengan corak jerebu di Malaysia ini pada “Perkara Bahaya” (PB2.5) yang bererti saiz perkara lebih kecil daripada 2.5 mikrometer boleh mengakibatkan penyakit jantung seperti serangan sakit jantung, fungsi paru-paru berkurang dan ketiga, sakit sistem pernafasan yang kronik seperti asma dalam kalangan kanak-kanak.

Apakah kelompok manusia yang sensitif dengan jerebu?

Secara umumnya adalah kanak-kanak, orang tua dan pesakit paru-paru dan pesakit jantung yang kronik.

Wanita mengandung juga perlu kurang terdedah dengan jerebu demi kesejahteraan kandungan.

Kelompok ini wajar mendapatkan perlindungan yang dilaraskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia apabila kualiti udara menjadi semakin teruk. Walaubagaimanapun, sensitiviti individu adalah berbeza. Mungkin ada yang mengalami gejala pada IPU bawah 100.

Segala langkah berjaga-jaga perlu diambil. Individu wajar mengambil langkah-langkah preventif dan mendapatkan nasihat pengamal perubatan sekiranya mereka mengalami gejala sukar bernafas.

Bila kami boleh keluar rumah? Saya ini orang sukan, MK. Saya perlu kekal aktif! 

☝️ Hah! Semua kegiatan luar perlu dielakkan jika Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 100 bagi mengelakkan masalah-masalah kesihatan yang berkaitan dengan menyedut dan terdedah kepada udara berjerebu yang tercemar.
Selalunya, aktiviti-aktiviti fizikal lebih seronok dilakukan di luar rumah. Berikut adalah tips untuk anda melakukan aktiviti fizikal sederhana di dalam rumah walaupun dalam keadaan jerebu.
  1. Kegiatan fizikal dan sukan di dalam bangunan boleh diteruskan seperti menghadiri gimnasium, sukan futsal, skuash dan badminton.
  2. Gunakan tangga berbanding lif di tempat kerja atau di dalam mana-mana bangunan.
  3. Mop lantai dan kemas rumah anda.
  4. Menari di dalam rumah.
  5. Berjalan sambil membeli-belah di pasar raya.

Jika IPU kurang daripada 100, anda masih boleh aktif di luar rumah.

Walaubagaimanapun, jika anda menghidap asma atau sedang mengalami batuk selsema dan irritasi kulit, anda disarankan supaya mengelakkan diri dari keluar dari rumah dan bangunan sehingga IPU mencapai kurang dari 50.

Diharap tips diatas dapat membantu kita untuk kekal aktif dan sihat walaupun dalam keadaan berjerebu.

Pesanan KKM kepada orang awam.

  1. Orang awam dinasihati agar mengikuti garis panduan bahaya jerebu.
  2. Kurangkan merokok kerana jerebu can be as bad as smoking multiple cigarettes.
  3. Minum air putih secukupnya untuk kekal hidrasi.
  4. Individu yang mempunyai gejala akut seperti sesak dada, sukar bernafas atau pesakit paru-paru dan jantung yang kronik wajar bersedia dengan ubat-ubatan di tangan.
  5. Pasang alat penapis udara berkualiti tinggi.
  6. Pakai topeng muka N95.

image

Jom layan.

Bumi yang tiada rimba
Seumpama hamba
Dia dicemar manusia
Yang jahil ketawa
Bumi yang tiada udara
Bagai tiada nyawa
Pasti hilang suatu hari
Tanpa disedari
Bumi tanpa lautan
Akan kehausan
Pasti lambat laun hilang
Duniaku yang malang
Dewasa ini kita saling merayakan
Kejayaan yang akhirnya membinasakan
Apalah gunanya kematangan fikiran
Bila di jiwa kita masih lagi muda
Dan mentah
Ku lihat hijau
Oo anok-anok
Tok leh meghaso mandi laok
Bersaing main ghama-ghama
Ale lo ni tuo omornyo berjoto
Koto usoho jauh ke daghi malo petako
Ozon lo ni koho nipih nak nak aghi
Keno make asak hok biso, weh
Pasa maknusio
Seghemo bendo-bendo di dunio
Tok leh tahe
Sapa bilo-bilo
Bumiku yang kian pudar
Siapa yang melihat
Di kala kita tersedar
Mungkinkah terlewat
Dewasa ini kita saling merayakan
Kejayaan yang akhirnya membinasakan
Apalah gunanya kematangan fikiran
Bila di jiwa kita masih lagi muda
Dan mentah
Ku lihat hijau
Korupsi, opresi, obsesi diri
Polusi, depressi, di bumi, kini
Korupsi, opresi, obsesi diri
Dibumiku kini
Anok-anok tok leh
Meghaso mandi laok
Besaing main ghama ghama
Ale lo ni
Tuo umo nyo bejuto
Kito usoho jauhke daghi
Mala petako
Ozon lo ni
Koho nipih nak nak aghi
Keno make asak hok biso we
Pasa maknusio

 

Kongsikan artikel dengan rakan anda!

Graduan Bachelor of Homeopathy Medical Sciences (Hons) di Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS) 2014-2018. Menjalani latihan industri 3 bulan di hospital homeopati M.L Dhawale Palghar, Mumbai. Berpengalaman dalam bidang sales di sebuah farmasi natural high-end yang berpusat di Bangsar. Kini, seorang homeopath di sebuah syarikat klinik swasta dan pemasar ubat-ubatan homeopati ke seluruh Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 Comments
scroll to top