Close

Kekurangan Vitamin D membawa penyakit psikiatri

kurang vitamin D schizophrenia

Kekurangan vitamin D boleh mengakibatkan depresi, schizophrenia dan sebagainya penyakit mental.

Kekurangan vitamin D boleh mengakibatkan penyakit schizophrenia, obesiti, diabetes, darah tinggi, depresi, fibromyalgia, chronic fatigue syndrome, osteoporosis dan penyakit neuro-degenerative termasuklah penyakit Alzheimer.

Individu yang mempunyai masalah mental mempunyai tahap serum vitamin D yang sangat rendah iaitu pada kadar 20 ng/ml.

Apabila vitamin D diberi, simptom-simptoms penyakit ini menjadi lebih baik.

Apakah itu vitamin D?

Vitamin D sebenarnya bukan vitamin, tetapi pro-hormon yang dihasilkan oleh buah pinggang untuk kawal kepekatan kalsium dalam darah.

Juga dikenali sebagai vitamin matahari. Sejenis yang larut dalam lemak.

Ada 2 jenis:

  1. Ergocalciferol iaitu vitamin D2 yang boleh didapati daripada tumbuh-tumbuhan dan diet seperti cendawan, ikan, daging lembu, dan telur putih.
  2. Cholecalciferol iaitu vitamin D3 yang terhasil dalam kulit selepas pendedahan terhadap cahaya matahari atau cahaya UV.

Semuanya membantu penyerapan kalsium daripada diet kita ke seluruh sistem.

Kita tidak boleh hasilkan ia di dalam badan. Jadi, kita kena dapatkan dari sumber luar. Dedahkan kulit badan kita secara langsung dengan cahaya matahari selama 10 minit, 2-3 kali seminggu, kita boleh hasilkan 50-90% vitamin D.

Selebihnya, datang daripada makanan atau supplement tambahan.

Vitamin D tidak tahan lama. Kalau hidup di musim sejuk, vitamin D3 kurang terhasil.

Kelebihan vitamin D

Tidak lain, tidak bukan, vitamin D adalah sangat baik untuk…

  • kesihatan tulang dan gigi
  • tingkatkan sistem imun
  • menambah baik fungsi otak dan fungsi sistem saraf
  • membaik pulih metabolism dan sistem hormon
  • boleh kawalselia 200 ekspresi gen yang terlibat dalam pertumbuhan kanser.

Bagaimana kadar vitamin D ini boleh menjadi terlalu rendah dalam sesetengah orang?

Berbalik kepada isu kesihatan mental tadi, setiap individu mempunyai latar belakang yang berbeza iaitu dari segi:

  1. musim kelahiran
  2. tempat kelahiran (latitud)
  3. pigmentasi kulit

Sebenarnya, sinaran UV amat diperlukan untuk membuat vitamin D.

Dalam kajian daripada China ini mendapati, bayi yang lahir pada Januari dan Februari banyak hubungkait dengan risiko schizophrenia.

China adalah negara 4 musim. Musim sejuk jatuh pada bulan Disember sehingga Februari.

musim sejuk pergunungan china
Individu berkulit gelap yang tinggal di kawasan berlatitud tinggi akan kekurangan vitamin D kerana kurang ketersampaian UV, lagi-lagi pada musim sejuk.

Kedua, di kawasan berlatitud tinggi, ketersampaian UV adalah rendah.

Individu yang mempunyai kulit gelap akan memerlukan banyak vitamin D daripada individu berkulit cerah kerana kurang melanin untuk serap UV secara efektif.

Jadi, kajian ini menyimpulkan bahawa individu yang berkulit gelap yang duduk di kawasan tinggi, mudah terkena risiko penyakit schizophrenia.

Daya mental kita boleh menjadi negatif.

Satu kajian cross-sectional dilakukan ke atas 104 orang kanak-kanak sakit berumur 12-18 tahun. 72% didapati kekurangan vitamin D. Kanak-kanak ini mengalami

  1. halusinasi
  2. paranoia atau delusi

Kajian kedua pula mengkaji hubung kait vitamin D ke atas 20 orang pesakit yang menghidap episod pertama schizophrenia. Pesakit mengalami:

  1. kegagalan mengekspresi emosi
  2. skil sosial yang lemah dan bersifat pasif-apathetic (tidak ada empati)
  3. lemah fikiran abstrak
  4. kecenderungan pemikiran yang stereotype.

Kita boleh simpulkan kekurangan vitamin D boleh merudum beberapa komponen kognitif.

Berapa banyak jumlah vitamin D optimum untuk kita?

<10 ng/mLTerlalu kurang10-29 ng/mLTidak cukup30-100 ng/mLOptimum>100 ng/mLToksik (sangat jarang berlaku)

 

Sumber: MajalahKesihatan.com

Badan kita mesti sekurang-kurangnya maintain 30-100 ng/mL. Dapatkan kadar yang optimum iaitu 2000 hingga 10,000 IU setiap hari melalui supplement tambahan.

Saya selalu nasihatkan klien saya untuk melakukan apa-apa aktiviti kecergasan pada waktu pagi. Boleh cuba berbasikal, berjogging, berenang atau senaman regangan selama 10-20 minit setiap pagi. Sinaran matahari perlu direct ke kulit.

Lakukan ini dalam jangka jam 7 sehingga 10 pagi kerana sinaran dan energi pagi yang sangat baik. Semakin banyak pergerakan otot, semakin bagus penyerapan. Dengan cara ini, vitamin D akan terhasil dengan banyak iaitu 50-90% dalam badan kita.

Barulah tulang, otot dan joint kita menjadi lebih kuat, tahan lama dan tak mudah lenguh!

Kesimpulan

Akhir kata, bersyukurlah kerana kita duduk dalam sebuah negara yang menerima cahaya matahari yang seimbang iaitu 12 jam siang, 12 jam malam. Pigmen kulit kita sebagai orang Asia sangat perlukan bagi meningkatkan penyerapan kalsium dan melewatkan osteoporosis.

Diteduh pula dengan hutan hujan tropika, muka kita ditiup pula dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa dan suhu yang seragam. Jadi, gunakanlah dan hargailah nikmat-nikmat Allah S.W.T ini ke arah kebaikan sejagat.

Sebab apa kena bersyukur? Kekurangan vitamin D adalah isu epidemik dan menyerang beberapa kawasan yang tidak bernasib baik seperti wilayah Saudi Arabia, Lebanon, Iran, Jordan, Turki kerana dilanda musim yang terlalu sejuk, ada yang sejuknya sehingga ke tulang (sub-zero). Lalu kekurangan vitamin D ini menyebabkan pelbagai sakit (psikiatri).

Ingin tahu kandungan vitamin D dalam badan anda?

Kandungan serum vitamin D dalam sistem boleh dilakukan melalui ujian darah. Selang 2 bulan, boleh buat lagi, untuk check optimum ke tak optimum.

Terima kasih. 

Graduan Bachelor of Homeopathy Medical Sciences (Hons) di University of Cyberjaya (UoC) 2014-2018. Menjalani latihan industri 3 bulan di Hospital Homeopati M.L Dhawale Palghar, Mumbai. Berpengalaman dalam bidang sales di sebuah farmasi moden high-end berpusat di Bangsar. Kini, seorang Homeopath cum Pemasar di sebuah syarikat kesihatan swasta.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Leave a comment
scroll to top