Close

Kajian Tingkah Laku: Kenapa wanita bujang bercinta dengan suami orang?

Faktor-faktor wanita bujang berpacaran dengan lelaki orang

Faktor-faktor wanita bujang berpacaran dengan lelaki orang

Kongsikan artikel dengan rakan anda!


Kisah benar: Diana adalah seorang wanita berkerjaya, memiliki 4 buah studio mewah di ibu kota. Dia adalah seorang wanita yang jelita, bijaksana dan berkeyakinan tinggi.

Namun, di sebalik kualiti yang membolehkan dia mungkin menjalinkan dengan lelaki bujang, akan tetapi dia memilih untuk menjalinkan hubungan dengan lelaki yang sudah berkahwin. Ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat sudah puas menasihati Diana agar meninggalkan hubungan ini.

Persoalannya, apakah yang membuatkan Diana yang memiliki rupa paras yang begitu cantik, yang berjaya di dalam karier, tetap memilih untuk bercinta dengan suami orang selama 3 tahun?

Bermula dengan keghairahan.

Lelaki yang sudah berkahwin, apabila dia ingin mendampingi seorang wanita, lelaki berkenaan sebenarnya sangat sedar yang dia sedang mengambil risiko tinggi.

Ini bermakna lelaki itu amat ingin bersama dengan wanita itu dalam melakukan apa jua perkara daripada perkara-perkara kecil seperti bertukar-tukar mesej, menonton wayang kepada sebesar-besar perkara iaitu menemaninya di kamar tidur.

Lelaki itu telah menyatakan ketersediaan untuk memberi komitmen yang lebih tinggi dengan lebih berani daripada apa yang lelaki-lelaki bujang tawarkan.

Lelaki bujang pula hanya sekadar ‘date‘; tidak berani untuk menaruh lebih risiko. Mereka lebih kepada bertindak secara berhati-hati atau ‘play it cool’ agar tidak nampak terlalu berminat pada seseorang. Jadi, mereka tidak memberikan komitmen atau menunjukkan signal-signal yang kurang jelas.

Jatuh cinta dengan komitmen yang diberi.

Sekiranya sang lelaki itu tidak menyatakan minat, walaupun sekadar melalui pandangan mata, nada suara, lalu bagaimana si wanita itu boleh tahu lelaki itu sukakannya? Dan kenapa si wanita itu tetap pilih untuk bersama dengan lelaki itu, walaupun satu hari nanti, dia tahu si lelaki tersebut tidak mampu untuk buat semua perasaan magis itu lagi?

Hal ini kerana pasangan ini telah berkongsi satu ilusi pengalaman yang sangat intim lagi magis. Lalu si wanita tersebut menerimanya sebagai satu komitmen, pelaburan dalam hubungan ini. Ia berharga buat seseorang wanita – suatu yang perlu dilindungi.

Jangan kacau rumahtangga orang.

Maka, seorang rakan rapat Diana tadi menepuk bahu Diana supaya bangun dari buaian mimpi,

“Woi, si dia sudah berkahwin. Dengar amaran aku. Jangan kacau rumahtangga orang.” kata rakan Diana.

Akhirnya, Diana tersedar dan bangun dari mimpi.

Diana mempunyai 2 pilihan.

  1. Pertama, tinggalkan lelaki yang berkahwin itu serta-merta.
  2. Kedua, let’s play this game.

Sekiranya Diana memilih pilihan kedua, adalah disebabkan pendapat-pendapat seperti ini:

  1. Apabila si kumbang merayau-rayau, mungkin dia tidak gembira berada di rumah.
  2. “50-50 ni. Perkahwinan bakal berakhir dan tentunya dia sedang mencari ganti”, fikir Diana.
  3. Faktor curang memainkan 50% peranan kerana tidak lagi suka idea monogami.

Diana perlu bersedia akan kemungkinan tinggi ini.

Untuk sesetengah wanita bujang, berkerjaya dan bercita-cita tinggi seperti Diana sememangnya lebih suka didampingi oleh lelaki yang diyakini boleh membantunya mencapai atau sekurang-kurangnya menyokong cita-citanya.

Hal ini termasuklah cita-cita untuk merampas “Mr Right” daripada sang isteri, walaupun ia bererti akan memberi kesan emosi yang mendalam kepada pihak-pihak yang terlibat.

Sekiranya Diana ingin mendapatkan lelaki berkahwin itu, Diana perlu ketahui tingkah laku lelaki yang curang sebelum mereka membuat keputusan untuk meneruskan hubungan ini:

  1. Majoriti lelaki yang curang adalah disebabkan nafsu seks.
  2. Sebilangan kecil sahaja lelaki yang mengakui mencintai dengan pasangan curangnya.
  3. Sebilangan besar yang melaporkan curang, akan teruskan perbuatannya atau mengulangi perbuatan ini dengan orang lain-lain selama bertahun-tahun.

Pasangan yang curang sebenarnya masih tidak emotionally available.

Menurut kajian, jika lelaki yang sebahagian besarnya, curang hanya disebabkan nafsu seks semata-mata, pasangan curang wanitanya pula melaporkan mereka mencintai atau jatuh cinta dengan lelaki tersebut. Jadi, wanita yang mencintai lelaki curang ini, secara inteleknya, bertepuk sebelah tangan.

Jadi, ada perbezaan yang ketara terhadap sel-sel otak lelaki curang dan wanita yang membalas ‘cinta’ lelaki curang ini ya.

Sebilangan besar wanita yang memulakan perhubungan ini akan mencari pasangan yang sudah berpunya. Dari segi moral atau secara etikanya, ini tidak betul. Bergantung kepada sejauh mana dia mengorek hubungan ini. (Artikel ini tidak menilai mana-mana individu. Artikel ini hanya menerangkan tingkah laku manusia dan puncanya.)

Selamatkan Diana, kawan-kawan. — dengan menyebarkan artikel ini.

Sekiranya Diana tadi membuat sedikit kajian terhadap blog-blog infideliti dan terjumpa fakta-fakta seperti yang saya bawakan ini, mungkin Diana telah terselamat daripada hubungan yang berkemungkinan tinggi, tidak akan bertahan lama.

Menurut kajian lagi, perkara ini akan terjadi sekurang-kurangnya dalam 3 hingga 4 tahun. Selepas itu, mungkin lelaki yang curang itu tidak lagi melihatnya seperti dahulu. Diana menuntut perhatian. Lelaki tadi sudah bosan dengan Diana lalu bersedia untuk bertindak curang dengan Diana pula.

Data kajian ini menunjukkan 4 tahun sahaja kebertahanan pasangan curang. Kebanyakkannya selepas itu, drop-dead.

Kalau Diana mahu teruskan juga, Diana akan terluka… sangat.

Diana terjumpa artikel ini atau tidak, Diana tetap akan terluka. Sama ada Diana pilih untuk putuskan atau teruskan hubungan ini, pengakhirannya tidak menjaminkan keutuhan yang long term.

Diana akan lebih terluka sekiranya Diana cipta dan putuskan hubungan dengan suami orang daripada Diana putuskan jalinan cinta dengan lelaki bujang.

Kenapa jadi begitu?

Pengkaji sosiologi berpendapat:

  1. Diana akan rasa double sore loser kerana sesiapa tidak memenangi hati sesiapa, kerana salah satu tidak betul-betul available secara emosi dan intelek.
  2. Si curang yang akan terlebih dahulu menamatkan hubungan ini kerana pada dasarnya, dia bukanlah seorang yang sensitif.
  3. “You sepatutnya tahu dengan siapa you are dealing with”. Si curang mula mengeluarkan ayat drama petang-petang Samarinda menyalahkan pasangannya. Si curang merasakan pasangannya sepatutnya boleh agak perkara sebegini akan terjadi.
  4. Diana akan menjadi tertutup pintu hati kepada mana-mana lelaki yang available di luar sana kerana kekecewaan yang amat sangat.

Diana, anda berhak kebahagiaan.

Sekiranya ada yang senasib Diana di luar sana,

  1. Keghairahan dalam proses menjalinkan hubungan curang ini excited dia ‘lain maciam‘. Jadi, siasat latar belakang pasangan lelaki itu dahulu. Sekiranya lelaki orang, berhenti pilih menjadi mangsa kepada hubungan yang secara saintifik, berpotensi tidak menjadi ini, serta-merta.
  2. Berikan ruang kemaafan kepada diri sendiri.
  3. Hadirkan diri anda kepada mereka yang hadir untuk menyokong dan membantu anda terutamanya lelaki bujang di luar sana.
  4. Dapatkan atau menerima semangat dan galakan positif daripada ahli keluarga dan rakan-rakan sekeliling.

Sekiranya Diana tidak berbuat demikian, Diana akan bertindak ingin menyendiri sahaja, menepis sokongan emosi yang sebenar-benarnya membantu Diana pulih.

“Apa yang nak dihairankan Diana, lelaki yang curang sebenarnya memiliki IQ yang rendah”.

Dr Satoshi Kanazawa, seorang psikologis evolusi daripada London School of Economics and Political Science berteori, lelaki yang kurang cerdas adalah tidak sensitif lalu terdedah kepada bertindak curang.

Manakala, wanita yang curang pula dilihat sebagai sentiasa mengambil peluang atas kerana mereka mempunyai bilangan telur ovum yang terhad. Wanita lebih kepada bertindak ke atas kualiti daripada kuantiti. Wanita yang memilih untuk curang, lebih ‘masuk akal’.

Dr Satoshi Kanazawa juga berkata, lelaki yang cerdas kurang berpotensi untuk berpoligami.

Beliau berkata, “Lelaki dalam perkahwinan poligami dijangka tidak eksklusif atau setia untuk satu orang wanita, tetapi lelaki-lelaki dalam perkahwinan monogami ya eksklusif. Berbeza dengan mereka yang berada dalam hubungan monogami atau poligami, wanita akan sentiasa diramal setia kepada satu orang lelakinya. Justeru, saya membuat konklusi, lelaki yang cerdas akan lebih eksklusif atau setia dengan temannya daripada lelaki yang kurang cerdas“.

Kecerdasan dalam kajian Kanazawa adalah diukur daripada kalangan individu yang tidak percaya akan kewujudan Tuhan atau atheis yang memiliki purata IQ sebanyak 106, manakala purata IQ bagi individu yang mengakui kewujudan Tuhan adalah 95. Hal ini kerana individu atheis dilihat lebih terbuka kepada idea-idea baru dan adalah orang-orang yang lebih berfikir. Justeru, kecerdasan diukur begitu.

Kajian ini sangat menarik dan anda boleh membaca di sini.

Kumbang bukan seekor.

Artikel ini tidak bermaksud untuk mengguriskan hati sesiapa dan diharap pembaca dapat mengikutinya dengan lapang dada. Seperti yang ditegaskan, artikel ini tidak menilai mana-mana individu. Artikel ini adalah 100% berdasarkan kajian tingkah laku manusia semata-mata. Lihat sumber.

Kepada wanita bujang di luar sana, lelaki bujang itu adalah peluang yang lebih baik, walaupun dia punya berlagak cool itu tidak boleh blah. 😀

Lelaki bujang perlu lebih berani dan perlu menyatakan isyarat dengan lebih jelas (melalui komitment, lisan, atau bahasa badan) sekiranya berminat untuk mengenali seseorang wanita itu.

Perempuan ini memang blur sotong kurita, tidak akan faham! 😛

 

Sumber kajian.

Kongsikan artikel dengan rakan anda!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 Comments
scroll to top