Pekerja shif malam terpaksa mendapatkan tidur di siang hari. Perlu dapatkan cara tidur yang betul di siang hari.

“Tak boleh doktor. Saya kerja shif malam, saya kena tidur siang. Takkan saya nak tukar kerja kut? Come on lah. Takkan tak ada cara lain?”

Ya. Ada cara. Jika tidur cara yang betul dan baik, boleh melawan KANSER, DIABETES dan PERTAMBAHAN BERAT BADAN.

Ketiga-tiga ini BERPOTENSI TINGGI dapat DIELAKKAN dengan syarat, anda mendapatkan tidur dalam bilik gelap sepenuhnya.

KENAPA BILIK KENA GELAP SEPENUHNYA?

MARI BELAJAR HORMON MELATONIN DULU.

Melatonin — apabila dirembes, ia menjadi butang RESET jam tubuh badan.

Melatonin akan memberi impak kepada keseluruhannya daripada sel-sel kepada ketajaman otak.

Melatonin adalah antioksidan, anti-radang yang KUAT. Selain itu, juga merupakan immune modulator dan pembaiki master hormon yang bertanggungjawab membunuh sel-sel kanser.

Hormon ini dihasilkan KHAS oleh kilang kecil di otak yang bernama kalenjar pineal.

Kilang kecil ini SANGAT SENSITIF kepada cahaya. Jika ia detect cahaya, walau mata kita tutup, masih ada cahaya boleh masuk dan dikesan oleh saraf2 pada mata.

Kilang kecik kalenjar pineal ini, berkait RAPAT dengan hubungan siang dan malam, cahaya dan gelap.

Jika bilik kita GELAPkan, barulah tubuh badan kita start menghasilkan melatonin, sebagai langkah pertama untuk tidur.

BILA BILIK GELAP…

Melatonin akan meningkat sikit-sikit dan lama-lama kita jadi mengantuk.

Ada yang bekerja lebih masa atau yang bekerja dua jenis pekerjaan, mereka MELAWAN rasa mengantuk dengan pengambilan KAFFEIN, AKTVITI AKTIF pada waktu malam, atau mengambil dadah.

Saya tahu benda kadang tak boleh nak elak. Oleh itu, saya amat nak tekankan jika aktiviti diatas kita teruskan, perkara ini sama macam kita ni play Roulette dengan kesihatan kita.

How to play roulette? Everything you need to know

Roda Roulette

Jika kita masih nak Gangnyam Style natural cycle ini, kesan dia berpotensi tinggi pertambahan berat badan, sakit jantung dan kanser. Tiga ni jer dulu.

SAYA NAK QADR TIDUR HUJUNG MINGGU. BOLEH KA?

Tidur di waktu siang berlebihan untuk qadr tidur semua kat hujung minggu, tidak ada kaitan dengan penebusan (dosa) kehilangan tidur pada hari minggu sebab cahaya pada waktu tidur siang/sepanjang hari MENGHALANG pengeluaran melatonin.

Jadi, sistem tubuh badan, sel-sel badan kita tak boleh nak RESET.

Ada satu kajian menunjukkan pekerja shif malam berisiko 30% untuk mendapat kanser.

APA PERLU SAYA BUAT? PUNCA REZEKI SAYA BERADA PADA WAKTU MALAM. SAYA TAK BOLEH ELAK.

SAYA ADA CARA UNTUK ANDA SEMUA.

1. Dapatkan melatonin suplimen dengan doktor.

Anda mesti mendapatkan persetujuan daripada doktor. Suplimen melatonin ini akan membantu anda untuk melawan insomnia, jet leg sebab travel a lot dan pekerja shif malam yang mesti kena tidur pada waktu siang.

Melatonin ini selamat untuk diambil terus ke dalam mulut dalam jangka masa lama. 2 tahun adalah period yang dibenarkan untuk sesetengah kes.

Melatonin akan membantu dalam proses penghasilan hormon wanita terutamanya wanita mengandung yang mengalami kesukaran untuk tidur.

Kesan sampingan melatonin adalah pening kepala, depression yang short-term, mengantuk pada waktu tertentu, masalah penghadaman, dan gangguan pada mood.

2. Pilih makan makanan yang ada melatonin.

Ini cara natural. Pengambilan buah nenas, oren, oats, jagung, barley, tomato dapat tingkatkan kadar melatonin.

3. Gelapkan bilik tidur anda pada waktu siang.

Invest sikit pada langsir2 tebal untuk halang dan tutup cahaya dari luar (tingkap dan pintu) masuk ke bilik.

Jual Promo Fashion O41x41 Kacamata Tidur Blindfold Bondage Mask Fe ...

Belilah penutup mata tidur.

Atau lebih mudah, beli sahaja penutup mata tidur.

Mesti tidur tak lebih dari masa 6-8 jam. Jika anda tidur berlebihan dalam keadaan cahaya masuk terang-benderang, TAK JADI!

Kalau anda boleh dapatkan dua ni, tidur 7 jam dan bilik total darkness, anda akan membawa perubahan BESAR dalam hidup anda.

Jika anda ada sikit-sikit lampu kan macam lampu phone, lampu dari CPU, skrin komputer, anda akan TAHAN pengeluaran melatonin tu. Jadi, tubuh badan anda masih tak boleh RESET dengan efektif. Makanlah pisang atau nenas sebagai snek sebelum tidur.

Kesimpulan.

Apabila tiba gelapnya hari, pilihlah berehat untuk… sihat.

Berehatlah untuk jangka masa sihat yang lebih panjang, nyah kanser, perpanjangkan awet muda dan mengatasi buntu dan stress.

Kembalikan ritma yang hilang supaya sistem kita bekerja dan berfungsi dengan baik sehingga akhir hayat.

Organize balik kehidupan kita dengan jam tidur dan jam bangun yang sesuai yang dapat memberi kebaikan kepada kita.

Jangan lupa untuk sharekan artikel ini kepada rakan-rakan shif dan orang-orang yang tersayang!

Artikel berkaitan:

  1. Baca artikel ini jika anda mencari cara mengatasi masalah tak boleh nak tidur dengan cara semulajadi.
  2. Baca artikel ini untuk ketahui apa akan terjadi pada sistem badan jika anda kekurangan tidur.