Close

Kes maut pertama selepas vaping.

Kes maut pertama punca dari vape.

Kes maut pertama punca dari vape.

Kongsikan artikel dengan rakan anda!

Mati selepas hisap vape.

Pada 23 Ogos 2019, dunia digemparkan oleh kes maut pertama selepas vaping. Jabatan Kesihatan Awam Illinois (IDPH) telah mengesahkan individu tersebut telah vaping sebelum dikejarkan dan terlantar di hospital atas aduan sakit pernafasan kronik.

Gejala-gejala yang ditunjukkan.

IDPH juga mendapati angka kes yang melibatkan sakit sistem pernafasan yang berpunca daripada e-rokok atau vape telah meningkat naik sebanyak dua kali ganda sejak seminggu. 22 orang individu, dari umur 17 hingga 28 tahun telah mengadu sakit batuk, sesak nafas (dyspnea) dan kelesuan. Tidak ketinggalan, ada yang mengadu muntah-muntah dan cirit-birit. Gejala dan semboyan bertambah teruk selepas beberpa hari atau minggu sebelum diadmit masuk ke hospital.

“Kami telah memohon tim dari Pusat Pengawalan Penyakit dan Pencegahan (CDC) bagi menyiasat kes ini dengan lebih lanjut. Kami ingin memberi amaran kepada orang ramai bahawa vape dan e-rokok boleh jadi sangat bahaya kepada kesihatan,” kata pengarah jabatan IDPH, Dr. Ngozi Ezike.

Siasatan lanjut belum jumpa korelasi.

IDPH turut bekerjasama dengan jabatan kesihatan tempatan yang lain dan Food and Drug Administration (FDA) untuk menyiasat nama-nama dan jenis-jenis e-rokok, produk vape, dan peranti-peranti dan platform-platform penjualan.

Menurut CDC, pesakit telah pun mempunyai kesedaran akan bahan tetrahydrocannabinol (THC). Akan tetapi, tiada produk yang spesifik telah diidentifikasikan mempunyai hubungan dengan sebarang penyakit. Walaupun kes-kes nampak seperti sama, kes-kes ini masih tidak jelas punca atau pesakit telah pun mempunyai sebarang penyakit dengan gejala dan semboyan yang sama.

Kenapa baru sekarang wujud?

Dalam sebuah bicara tele-hebahan, Penasihat Saintifik Senior, Ileana Arias, berkata, ada 193 kes yang berpotensi tinggi berpunca daripada vaping dalam 22 buah negeri sejak 28 Jun tahun ini. Namun begitu, tim penyiasat tidak menjumpai sebarang peranti vaping atau produk yang boleh menghubungkan dengan kes-kes ini. Sebagai contoh, produk vape ialah seperti nikotin atau tetrahydrocannabinol (THC).

Sekiranya vaping adalah praktis baharu, sepatutnya telah wujud banyak kes-kes begini sejak lalu. Tetapi vape dan e-rokok ini telah wujud bertahun-tahun. Jadi, persoalannya, kenapa baru sekarang kita ada isu kesihatan post-vaping, selepas beberapa bulan penggunaan, termasuklah mengakibatkan maut?

Menjadi misteri.

Kes misteri ini memerlukan konotasi segera.

Kes ini tidak mendedahkan butiran mengenai individu yang maut itu. Siasatan masih berjalan dan segala informasi akan dimuat naik sekiranya ada.

Orang ramai yang mempunyai gejala atau simptom sakit dada, sesak nafas selepas penggunaan e-rokok atau vape sejak beberapa minggu atau beberapa bulan lepas, dinasihati agar berjumpa dengan pengamal kesihatan berdaftar dengan kadar yang segera. Pengamal kesihatan berdaftar pula perlu menyiasat latar belakang pesakit yang mempunyai sejarah penggunaan vape atau e-rokok.

 

Sumber

Kongsikan artikel dengan rakan anda!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 Comments
scroll to top