Close

Doktor Pun Tak Sempurna. 4 Kes Kecuaian Di Malaysia. Yang ke-3 Tu Sampai RM2.78 Juta Kena Saman!

Dalam bahasa Inggeris, kecuaian perubatan ini dinamakan sebagai medical negligence. Di Malaysia, kita jarang berborak dan berbincang tentang kecuaian doktor kerana kebanyakan kita terutama orang Melayu mudah untuk redha dan percaya pada takdir. Maka jika berlaku sesuatu perkara, kita sandarkan pada takdir.

Tetapi tahu tak sebenarnya di Malaysia banyak juga kes medical negligence atau kecuaian perubatan terjadi. Ada yang disaman dan diarahkan mahkamah membayar hingga jutaan ringgit. Pesakitnya pula ada yang mengalami kecacatan fizikal dan ada yang terlantar sepanjang hayat kerana kecacatan otak kekal.

Di sini kita bawakan 4 kes medical negligence di Malaysia yang terjadi.

1# Hospital Swasta & Doktor Pakar Disaman RM 300, 000 kerana Menyebabkan Kematian.

Seorang peniaga barangan kenderaan menyaman sebuah hospital swasta dan seorang doktor pakar kerana kecuaian yang menyebabkan kematian isterinya pada tahun 2014.

Isteri beliau dimasukkan ke hospital akibat demam denggi. Dan akibat dari kecuaian doktor dan hospital tersebut, isterinya meninggal dunia tidak lama selepas itu.

Mahkamah mengarahkan hospital untuk membayar sebanyak RM 288, 494 dalam bentuk pampasan kepada keluarga mendiang. Pampasan ini termasuk kos pengkebumian, kos perjalanan, kos perubatan dan kos-kos lain.

Selain itu, mahkamah juga mengarahkan tertuduh membayar tambahan sebanyak RM30,000 sebagai pampasan terhadap kesakitan yang dialami mendiang selama 3 hari mendiang dimasukkan ke dalam wad di hospital berkenaan.

Sumber

2# Kecuaian Doktor Pakar Ob/Gyn Ketika Melakukan Prosedur Cesarean Disaman RM 165, 000.

Seorang peguam menyaman sebuah hospital swasta dan seorang doktor pakar sakit puan kerana kecuaian hospital dan doktor tersebut merawatnya dan melakukan prosedur Ceasarean section. Peguam tersebut, Noorziana, dimasukkan ke hospital Kelana Jaya Medical Centre untuk melahirkan anak ke-4 nya melalui prosedur C-Section yang dikendalikan oleh Dr Fatima Najla.

Hakim mendapati bahawa, Noorziana berjaya membuktikan kecuaian Dr Fatima Najla ketika pembedahan yang menyebabkan kesakitan, komplikasi dan kecederaan kepadanya.

Noorziana mengalami “vaginal & urine leakage” selepas pembedahan tersebut dan pemeriksaan Cystogram mendapati beliau mengalami ‘Vesico-Uterine Fistula’ iaitu kecederaan pada saluran kencing.

Dalam kes ini, defendan pertama iaitu Dr Fatima Najla mengaku bertanggungjawab terhadap kecederaan dan komplikasi kepada plaintif.

Mahkamah mengarahkan Dr Fatima untuk membayar pampasan sebanyak RM165,000 merangkumi pampasan kesakitan, pampasan am, pampasan khas, kos perjalanan dan lain-lain.

Sumber

3# Kes Saman RM2.78 juta Gelap Masa Depan Kanak-Kanak 9 Tahun ini kerana Kecuaian Doktor.

Seorang kanak-kanak perempuan menerima RM 2.78 juta sebagai pampasan dalam kes saman terhadap kerajaan, sebuah hospital dan 28 lagi kakitangan hospital tersebut berkaitan kecuaian perubatan yang menyebabkan kanak-kanak itu mengalami kecacatan otak.

Kanak-kanak itu, Nurul Husna, dilahirkan ibunya Nor Azalina di Hospital Selayang pada 22 July 2005. Dalam saman tersebut, plaintif menamakan kerajaan, 21 orang doktor dan 8 orang kakitangan perubatan termasuk jururawat sebagai defendan kerana kecuaian mereka merawat anaknya ketika berada dalam jagaan perubatan hospital tersebut.

Akibat kecuaian itu, Nurul Husna tidak boleh berdikari dan terpaksa bergantung harap kepada orang lain sepanjang hidupnya.

Pada 3 September 2014, kesemua defendan mengaku bertanggungjawab terhadap pertuduhan tersebut.

Sumber

4# Bekas Atlet Remaja Kebangsaan Lumpuh, Saman Doktor RM 3 juta kerana Cuai.

Bekas atlet remaja kebangsaan Nor Azleen Mustafa menang kes saman terhadap Dr Omar Md Isa daripada Jabatan Ortopedik Fakulti Perubatan Universiti Malaya dan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Dr Omar adalah doktor pakar yang bertanggungjawab dalam melakukan pembedahan membetulkan tulang belakang Nor Azleen yang merupakan atlet pecut 100m.

Nor Azleen menyaman Dr Omar dan PPUM kerana mereka bertanggungjawab secara profesional dan menyebabkan kecuaian yang mengakibatkannya lumpuh dari pinggang ke bawah dan terpaksa menjalani rawatan fisioterapi untuk tempoh yang lama berikutan pembedahan tulang belakang pada 3 Sept, 2005.

Selain itu, Nor Azleen juga mengalami masalah untuk mengawal sistem pembuangan air kecil dan besar serta mengalami lemah pada anggota badan sebelah kiri.

Nor Azleen memohon ganti rugi sebanyak RM3 juta, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Sumber

Kerja Doktor Juga Semacam Kerjaya Lain Juga. Tidak Lari Dari Kecuaian.

Kita cuma bawakan 4 sahaja kes dari sekian kes yang lain. Ini adalah sebagai peringatan kepada para petugas perubatan bagi menjalankan tugas dengan lebih berhati-hati.

Dan ia juga memberikan peringatan kepada kita sebagai pesakit untuk menjaga hak kita dan jika betul terjadinya kecuaian, undang-undang wujud untuk memberikan pembelaan sewajarnya kepada pesakit.

Sebagai pesakit, ambillah tindakan yang sewajarnya.

Jika ini terjadi kepada anda, jangan putus asa. Anda ada ruang untuk mendapatkan keadilan yang sewajarnya.

Betul. Duit berjuta mana pun dapat, tidak dapat nak kembalikan kesempurnaan anggota, nyawa yang hilang atau menghilangkan kesakitan yang dialami, tetapi duit itu sedikit sebanyak boleh menampung kesusahan dan mengajar sikap sambil lewa.

Ini bukan sekadar boleh meletakkan pada takdir terhadap apa terjadi bila sehingga boleh menyebabkan kematian seperti kes denggi di atas, atau kehilangan peluang melihat anak membesar dengan normal seperti Nurul Husna yang mengalami kecacatan otak atau menyebabkan lumpuh bagi seorang atlet yang bergantung harap hidupnya dalam bersukan akibat kecuaian para doktor yang merawatnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Leave a comment
scroll to top