Close

Anda Ada Masalah Mulut Berbau? Mulut Berbau Ikan Basi? Ewww.. Jom Tengok Kenapa.

Kongsikan artikel dengan rakan anda!

“Busuk betul bau mulut Zakwan tu. Tak tahan aku!”- Anda mungkin pernah dengar tentang ini kan? Sebenarnya masalah mulut berbau ni boleh dihadapi oleh sesiapa pun dan ia nya adalah masalah biasa. Tapi tahukah anda sebab terjadinya masalah ini?

Mulut berbau atau terma perubatan nya halitosis adalah masalah biasa dihadapi 1 dari 4 orang di dunia. Ianya boleh menyebabkan tekanan psikologi kepada orang yang mengalaminya. Walaupun begitu ada cara untuk merawat masalah ini.

Sebab-Sebab Mulut Berbau

Ada beberapa sebab kenapa bau mulut boleh menjadi begitu busuk. Antaranya adalah :

Tembakau : Kebiasaan merokok boleh mengakibatkan bau busuk. Sekarang orang dah mula menggunakan vape. Kononnya untuk lebih sihat. Tetapi vape pun ada bahaya sendiri. Adalah lebih baik untuk berhenti terus merokok. Selain merokok, amalan mengunyah tembakau juga menjadi sebab mulut berbau. Walaupun begitu sekarang, dah jarang orang mengunyah tembakau. Selain itu mengunyah tembakau boleh menyebabkan penyakit gusi yang mengakibatkan bau mulut menjadi busuk.

 

Makanan : Serpihan makanan yang di kunyah boleh tersekat di celahan gigi. Dan ini boleh mengakibatkan bau. Sesetengah makanan seperti bawang juga boleh menyebabkan bau.

 

Mulut Kering : Air liur sebenarnya berfungsi membersihkan mulut. Jika mulut kering secara semulajadi atau pun disebabkan penyakit, mulut menjadi kotor dan mengakibatkan bau yang tak menyenangkan.

Kebersihan mulut : Jenis tak gosok gigi, memang mulut berbau. Selalu kan lah floss dan gosok gigi. Plaque boleh terbentuk jika tidak menggosok gigi selalu dan plaque ini akan menyebabkan inflammation pada gusi.

Diet Dan Puasa : Melakukan low-carb diet (seperti diet atkins) boleh menyebabkan mulut berbau kerana diet ini menyebabkan lemak dipecahkan dan menghasilkan bahan kimia bernama ketone yang mempunyai bau yang kuat.

Keadaan mulut, hidung dan tekak : Kadang-kadang, jangkitan pada hidung, tekak dan mulut serta masalah sinus boleh menyebabkan bau mulut menjadi busuk

Penyakit : Sebilangan penyakit kanser, kegagalan buah pinggang dan penyakit metabolic boleh menyebabkan halitosis iaitu masalah bau pada mulut. Gastroesophageal reflux disease (GERD) umpamanya boleh menyebabkan mulut ini.

 

Dah Mulut Bau, Nak Buat Macam Mana?

Pergi check dengan doctor dulu apa masalah sebenarnya. Kalau dah tahu memang jenis malas gosok gigi, belajar lah dan rajin kan lah diri untuk gosok gigi. Tengok jenis makanan yang kita makan. Selalu kan lah untuk floss gigi.

Kalau dah semua dibuat dan jaga kebersihan mulut, dan masih juga berbau, pergi lah ke klinik dan check dengan segera.

Kemungkinan mungkin ada masalah lain yang berkaitan yang menyebabkan mulut anda berbau.

Kongsikan artikel dengan rakan anda!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 Comments
scroll to top