Close

Nak Ubati Stroke Bukan Dengan Cucuk Jari. Jom Tahu Apa Punca Stroke.

punca stroke

Stroke adalah satu perkara yang kita sangat-sangat takuti. Kita sendiri pernah tengok atau tahu kenalan, rakan mahupun keluarga kita sendiri yang terkena strok atau nama melayu nya angin ahmar. Punca stroke terjadi apabila salur darah di otak pecah atau terluka, atau bila salur darah tersebut tersumbat. Keadaan ini menyebabkan darah dan oksigen tidak sampai ke tisu otak. Tanpa oksigen, sel dan tisu otak akan rosak dan mati dalam hanya beberapa minit sahaja.

Symptom Stroke / Angin Ahmar

Apabila oksigen tidak sampai ke tisu otak, otak akan rosak dan mati dalam beberapa minit sahaja. Ini menyebabkan otak yang mengawal tubuh badan tidak boleh berfungsi dengan baik dan dalam kes yang teruk menyebabkan kematian.

Oleh sebab itu, jika seorang pesakit mendapat rawatan dengan cepat, pesakit berpeluang cerah untuk sembuh. Jadi, amat lah penting untuk kita tahu symptom dan tanda tanda strok atau angin ahmar ini.

FAST! – Cara kenal pasti stroke dengan cepat.
  • Lumpuh
  • Kebas, lemah di bahagian tangan, muka dan sebahagian badan.
  • Kesukaran bercakap dan sukar memahami percakapan
  • Kekeliruan
  • Masalah penglihatan.
  • Sukar berjalan
  • Hilang keseimbangan
  • Pening kepala
  • Pening kepala yang kuat secara tiba-tiba.

Serangan stroke atau angin ahmar ini memerlukan rawatan perubatan yang segera! Jika anda fikir anda mengalami serangan angin ahmar atau anda perasan kenalan atau keluarga anda mempunyai tanda-tanda serangan stroke, anda perlu cepat menelefon ambulan/hospital.

Rawatan awal adalah kunci untuk mengatasi perkara berikut daripada terjadi iaitu :

  • kerosakan otak
  • lumpuh dalam masa panjang
  • kematian

Jangan lambat dalam menelefon hospital jika anda mengesyaki diri anda atau keluarga anda mengalami serangan strok.

Jenis Jenis Strok

Terdapat 3 kategori besar stroke atau angin ahmar iaitu transient ischemic attack(TIA), ischemic stroke dan hemorrhagic stroke.

Ischemic stroke

Ischemic stroke terjadi apabila darah yang dibekalkan ke otak melalui salur darah menjadi sempit atau tersumbat. Aliran darah yang terhalang itu disebabkan oleh darah beku dan atau aliran darah yang menjadi semakin perlahan. Ianya boleh juga disebabkan oleh serpihan plak yang disebabkan oleh atherosclerosis yang pecah dalam salur darah dan kemudiannya menyekat pengaliran darah dalam salur darah tersebut.

Transient ischemic attack (TIA)

Serangan stroke jenis transient ischemic, atau dipanggil TIA atau ministroke adalah apabila saliran darah ke otak terhalang buat sementara. Symptom atau tanda-tandanya adalah sama dengan strok sebenar tetapi biasanya terjadi buat sementara waktu sahaja dan hilang selepas beberapa minit atau jam berikutnya. TIA adalah tanda-tanda besar yang anda akan diserang oleh strok dalam masa hadapan jika tidak di rawat segera.

Hemorrhagic stroke

Hemorrhagic stroke terjadi apabila arteri di dalam otak pecah atau terluka. Darah dari arteri tersebut mengakibatkan tekanan berlebihan kepada otak dan menyebabkan kerosakan kepada sel dan tisu otak.

Apa Punca Stroke Sebenarnya?

Seperti yang dikatakan punca stroke atau angin ahmar ini berpunca dari salur darah yang tersumbat di otak atau pendarahan pada bahagian otak yang menyebabkan sel dan tisu otak rosak atau mati.

Sebab kenapa ianya terjadi adalah faktor risiko berikut:

  1. Diet – Pengambilan diet yang tak sihat seperti pengambilan makanan bergaram, transfat dan lain-lain makanan tak sihat boleh meningkatkan risiko serangan strok.
  2. Kurang Bergerak- Kurang bergerak dan tidak bersenam.
  3. Pengambilan Alkohol
  4. Menghisap Rokok
  5. Latar Belakang Peribadi – Latar belakang anda juga memainkan peranan terhadap serangan strok ini. Sebagai contoh, walaupun strok di alami kedua-dua jantina lelaki dan perempuan, serangan strok lebih banyak di alami oleh kaum wanita.
  6. Sejarah Perubatan – Jika sebelum ini anda pernah mengalami sakit jantung, darah tinggi, serangan TIA atau ministrok dan kencing manis, anda lebih berpotensi untuk mendapat serangan strok.

Jumpa Doktor Segera!

Jika anda mengalami tanda-tanda strok atau angin ahmar yang kami nyatakan di atas, jangan tunggu untuk panggil ambulan waktu itu juga. Doktor akan mendiagnos sama ada anda betul-betul mendapat serangan strok atau angin ahmar dengan bertanyakan tentag ubatan yang anda gunakan, memeriksa tanda-tanda strok yang anda alami dan memeriksa tekanan darah.

Kemudian doktor akan melakukan beberapa pemeriksaan lain seperti pemeriksaan darah, MRI dan CT Scan, EKG, Cerebral angiogram, Carotid ultrasound dan Echocardiogram.

Dari situ doktor akan membuat rawatan lanjutan yang diperlukan sama ada hanya mengambil ubatan atau prosedur pembedahan.

Jaga Kesihatan!

Jika dah diserang strok atau angin ahmar ini, kehidupan kita sudah berubah. Bukan mudah untuk kembali sihat sepenuhnya. Kebanyakan pesakit strok yang kita jumpa terpaksa melalui pengalaman getir untuk kembali sembuh dan kebanyakannya terlantar akibat lumpuh dan terpaksa di bantu oleh ahli keluarga.

Memang betul ada faktor penyebab angin ahmar dan punca stroke yang tidak dapat kita ubah. Tetapi faktor faktor seperti diet, pengambilan alkohol dan tabiat merokok kita boleh ubah jika kita mahu. Tak berbaloi kehidupan sakit akibat angin ahmar kerana hanya sebatang rokok dan makanan junkfood tak sihat yang lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Leave a comment
scroll to top