Diet atkins ni adalah salah satu kaedah diet yang popular. Ramai yang cuba amalkan diet atkins untuk kurus sebab banyak yang menjadi dan kurang berat badan.

Mereka yang menganjurkan diet ini mengatakan bahawa kita boleh mengurangkan berat badan dengan banyak dengan mengambil makanan berasaskan protein dan lemak asalkan tidak mengambil makanan berasaskan karbohidrat. Nampak senang, tapi macam mana nak buat? Jadi ini ada panduan diet atkins yang kami kongsikan untuk anda buat.

Sebelum kita pergi lanjut, jom tengok lebih lanjut tentang diet atkins ni.

Apakah itu diet atkins?

Diet atkins adalah diet rendah karbohidrat. Diet ini dicipta dan diasaskan oleh ahli perubatan bernama Dr Robert C Atkins pada tahun 1972. Selama 12 tahun kebelakangan ini. terdapat lebih 20 kajian  yang menerangkan diet rendah karbohidrat ini sangat efektif dalam membantu mengurangkan berat badan serta memberi kan kebaikan kepada kesihatan diri.

Pada awalnya diet ini dianggap tak sihat oleh kerana ia membenarkan pengamalnya mengambil lemak dalam makanan. Tetapi lemak yang di ambil adalah sejenis saturated fat  yang sekarang diketahui tidak berbahaya. Dan kajian lain juga mendapati bahawa diet atkins bagus untuk menjaga kandungan gula dalam darah, menjaga kolestrol HDL dan lain-lain kebaikan lagi.

Bagaimana Atkins Berfungsi?

Dengan mengambil makanan kurang karbohidrat dan megelakkan mengambil gula, badan di ajar untuk menggunakan kandungan lemak sedia ada dalam badan untuk di bakar menjadi tenaga. Karbohidrat berfungsi sebagai memberi tenaga dalam badan. Gula juga bertindak sebagai tenaga dalam badan.

Dengan ketiadaan karbohidrat dan gula, badan di ajar untuk menggunakan tenaga dari pembakaran lemak yang ada. Oleh itu lemak akan dibakar sebagai tenaga, maka berat pun berkurang. Tetapi dengan atkins kita tak akan rasa lapar sebab kita masih boleh makan dengan banyak makanan dalam bentuk sayur, protein dan lemak.

Senang kata, nak makan kambing bakar banyak mana pun Ok je. Yang penting jangan makan nasi dan bersulam air sirap bandung soda.

Diet Atkins Tak Sampai Kena Berlapar Dan Masih Boleh Makan Sedap.

Pokok pangkal dia jangan makan karbohidrat dan gula. Nak makan lamb chop ke, ayam goreng ke apa ke, masih boleh tak ada masalah. Dan boleh makan banyak tapi berpada-pada lah. Nanti kurus tapi penyakit lain datang. Yang penting senang kata diet atkins ni kita masih boleh makan.

Panduan Diet Atkins. Ada 4 Fasa!

Untuk yang belum berdiet, mungkin boleh menggunakan panduan diet atkins ni. Diet atkins sebenarnya mempunyai 4 fasa iaitu :

Fasa 1 (Induction)

Waktu fasa 1, pengamal diet atkins akan mengambil makanan berasaskan karbohidrat bawah dari 20grams sahaja untuk tempoh 2 minggu dan akan mengambil makanan tinggi lemak, tinggi protein dan sayuran hijau. Ini akan memulakan proses penurunan berat badan. Waktu ini gula dilarang sama sekali. Bahkan buah-buahan juga perlu dielakkan.

Waktu ini juga, garam cuba untuk di elakkan selain minum air sebanyak 3 litre untuk menggalakkan lagi penurunan berat badan akibat air yang di simpan dalam badan dengan banyak. Amalkan mengambil teh hijau juga bagus untuk diet atkins ini.

Fasa 2 (Balancing)

Waktu ini, kekacang mula ditambah dalam makanan. Pengamal akan memakan banyak sayur yang rendah karbohidrat dan mula mengambil buah-buahan dalam makanan.

Fasa 3 (Fine-tuning)

Bila berat semakin hampir ke berat ideal yang di ingini, pengamal bolleh menambah semula karbohidrat dalam makanan secara sedikit demi sedikit.

Fasa 4 (Maintenance)

Fasa ini adalah fasa terakhir. Pengamal diet atkins akan mengambil semula karbohidrat secara terkawal. Dah tak perlu tinggalkan lagi nasi. Tetapi kawal pengambilan nasi.

Panduan Diet Atkins Adalah Fleksibel.

Diet atkins ni agak fleksibel dan tak lah terlalu kena ikut sangat fasa di atas. Yang penting adalah kurang kan pengambilan karbohidrat dan gula dalam makanan dan boleh sahaja mengambil sebarang sayur rendah karbohidrat, protein dan lemak.

Ada pengamal diet atkins yang tak mulakan langsung Fasa 1(induction) dan ia juga turut berkesan. Ada pula yang tak buat langsung fasa 3-4 dan kekal dalam fasa induction. Diet ini dikenali sebagai keto diet.

Makanan Yang WAJIB Di Elakkan.

Selain panduan diet atkins di atas dari segi fasa pelaksanaan, berikut adalah makanan yang kena elak.

  • Gula : Kek, minuman manis, ice cream
  • Bijirin : Nasi, Gandum (roti), barley
  • Minyak sayur : Minyak jagung, minyak soya, minyak canola
  • Trans fat : Lemak yang datang dari makanan di proses.
  • Makanan rendah lemak : makanan yang dijual rendah lemak ini biasanya tinggi dengan gula
  • Sayur tinggi karbohidrat : Carrot, Lobak putih
  • Buah tinggi karbohidrat : pisang, apple, oren, buah pear
  • Sayur kekacang : Kacang panjang, kacang botol, petai.

Makanan Yang Boleh Dimakan.

Berikut adalah makanan yang boleh dimakan:

  • Daging : daging lembu, kambing dan lain-lain. Yang penting jangan makan daging saudaramu sendiri(mengumpat).
  • Ikan dan makanan laut : Ikan, ketam, kerang dan lain-lain
  • Telur : Paling mudah dan versatile
  • Sayur rendah karbohidrat : brokoli, kailan,sayur berdaun.
  • Makanan Tenusu : Butter, cheese, yogurt
  • Kekacang : kacang almond, kacang tanah, wallnut dan lain.
  • Lemak sihat : minyak zaitun, minyak kelapa dan lain-lain.

Saya Vegetarian? Boleh amalkan Atkins?

Boleh je sebenarnya walaupun susah sedikit. Boleh ambil makanan berasaskan soya seperti tauhu untuk protein dan amalkan makan kekacang.

Macam Mana Nak Amalkan Diet Atkin Kalau Makan Di Luar?

Duduk di bandar ni kita jarang masak sendiri. Tetapi sebenarnya kalau makan di luar pun boleh sahaja amalkan diet atkins. Ingat, yang penting adalah rendah karbohidrat dan gula.

Jadi kalau makan di luar, boleh sahaja order masak singgang. Atau kalau kawan-kawan makan ke KFC, boleh sahaja makan KFC tapi dibuang kulit nya kerana banyak tepung. Yang penting jangan lah minum pepsi pula dan makan french fries. Memang tak jalan.

Contoh Menu Boleh Dimakan.

Sarapan

  • Telur scramble egg
  • Telur separuh masak
  • Kepingan daging bakar / daging burger
  • Ayam goreng

Makan Tengah Hari Dan Makan Malam

  • Sup sayur
  • Sup ayam
  • Ayam goreng
  • Daging bakar
  • Ikan bakar
  • Sayur goreng
  • “Nasi atkins” yang dibuat menggunakan kubis bunga

Kudapan

  • Yogurt
  • Cheese
  • Daging burger
  • Carrot (selepas fasa induction)
  • Buah-buahan (selepas fasa induction)
  • Keropok kulit lembu

Senang Cerita Pasal Diet Atkins

Diet atkins tak lah susah sangat, yang penting jaga makan supaya kurangkan karbohidrat dan gula. Ok. Jom diet!!