Kuarantin mungkin bunyi macam stress tetapi tidak bagi dua orang pelajar Malaysia yang baru pulang dari Indonesia.

Mereka yang dihantar pulang ke Malaysia kerana perlu diasing secara mandatori, telah mendapat layanan yang memuaskan di pusat kuarantin di pusat kerajaan Malaysia.

Pelajar perubatan tahun ke-5 terakhir dari Universiti Udayana, S. Mugiillan, dihantar segera ke Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) di Bandar Enstek, Negri Sembilan, selepas pulang sahaja dari Bali pada pagi Khamis. Dia memuji kemudahan yang disediakan dan rawatan yang mereka terima.

Sebuah bilik khas lengkap dengan penghawa dingin, kipas, WiFi dan en suite tandas yang ada water heater.

“Suasana seperti duduk dalam hotel. Kami diberi makan makanan panas dan juadah snek ringan seperti biskut, kopi, air dan heater”.

“Saya sangat menghargai effort kerajaan. Sangat selesa.”

“Anda hanya perlu mematuhi satu peraturan: Tidak boleh jumpa sesiapa atau tidak boleh ada sesiapa di dalam bilik.” kata orang tempatan Port Dickson.

Kerajaan memang dah mengumumkan semua rakyat Malaysia perlu pulang dari luar negara dan akan dihantar ke pusat kuarantin selama 14 hari untuk melawan wabak COVID-19.

Mugiillan berkata, berita berkenaan kuarantin mandatori ini bermula semalam (3 April 2020) tetapi surat daripada Keduataan Malaysia di Indonesia mengumumkan dah kuatkuasa bermula pada hari Rabu (2 April).

Setelah tiba di KLIA, Mugiillan dan pelajar-pelajar Malaysia yang lain terus buat screening dan pemeriksaan kesihatan.

“Suhu badan saya mencecah 37.6 °C, jadi saya dibawa ke bilik pemeriksaan. Kemudian, selepas itu, mereka ambil sedikit cecair (swab) dari mulut dan dalam hidung saya.”

Mugiillan tidak ada gejala lain selain sedikit tinggi suhu badan sahaja.

Setelah sampai AKEPT, Mugiillan diminta untuk menukar ke pakaian hospital dan semua barang pakaian baju, beg dan bagasi dinyahkumah sebelum diberi pakai topeng muka dan kunci masuk bilik kuarantin itu.

Selama berkuarantin, pegawai kesihatan yang bertugas akan check-in dan Mugiillan berkomunikasi dengan pegawai tersebut melalui Whatsapp untuk memberitahu sebarang update mengenai kesihatannya.

Ujian Covid-19 juga telah diambil. Namun mengambil masa lebih kurang 7-10 hari untuk tahu keputusan.

Pavitha Muha, antara 166 orang pelajar baru tiba dari Indonesia, juga menghargai usaha kerajaan. Pavitha dikuarantin kan selama 14 hari di Institut Aminuddin Baki (IAB) di Nilai, 25 minit daripada KLIA.

“Setelah sampai di IAB, kami diberi makanan dan tukar pakai pakaian hospital warna hijau. ” dia tweet.

Pavitha berkata setiap orang pelajar diberi bilik, khas ada sebuah TV, penghawa dingin, water heater dan meja belajar.

“Sungguh tak menjangkakan. Kementerian Kesihatan telah membuat kerja yang bagus.”

Makanan dihantar di muka pintu, dalam bentuk sebuah kotak penyimpanan yan gberisi botol air mineral dan roti bun. Pavitha juga senang kerana ada Wi-Fi di IAB.

Untuk menyatakan rasa bersyukur dengan rawatan dan kemudahan yang diterima, Pavitha meninggalkan nota penghargaan.

“Bukan sahaja Kementerian Malaysia, tetapi keseluruhan kerajaan, penaja, dan kilang yang menghasilkan makanan adalah tulang belakang bagi memastikan semua ini terlaksana.

“Jaga diri dan berdoalah agar kita dapat menghabiskan kuarantin selama 14 hari ini dan dapat pulang ke pangkuan keluarga tanpa Covid-19 positif.” kata Pavitha.

Sumber