Menurut pakar nutrisi United Kingdom, Rob Hobson, nutrisi yang baik adalah amat penting untuk menguatkan ketahanan minda terutamanya di waktu pandemik COVID-19 ini.

Menurut penulisan Hobson dalam laman sesawang kecantikan dan kesihatan Get The Gloss, “minda kita menghadapi banyak perkara; samaada kehidupan yang terlampau sibuk, keinginan untuk berjaya, mahupun kepenatan yang melampau di pejabat. Namun, hal tersebut adalah sebelum krisis terkini iaitu COVID-19”.

Kesihatan minda adalah sama penting seperti kesihatan fizikal walaupun ketika kita dibawah arahan untuk kuarantin di rumah. Salah satu cara untuk meningkatkan kesihatan minda adalah melalui nutrisi. Nutrisi bukan sahaja dapat membantu kita untuk memperkuatkan imunisasi fizikal, malah imunisasi psikologi juga dapat ditingkatkan menurut pakar psikologi, Dr. Meg Arrol.

“Minda yang kuat adalah persis seperti sistem imunisasi yang kuat seterusnya membolehkan kita untuk mengatasi keperluan kehidupan dengan baik”, kata Arrol.

Beliau juga berkata, terdapat banyak strategi yang dapat membantu kita untuk menghasilkan imunisasi psikologi, termasuk memeriksa sumber maklumat yang boleh dipercayai, meluahkan perasaan kita secara terbuka dan menjadi seorang yang sihat secara fizikal. Malah, beliau juga menasihati untuk mengamalkan supplimen dimana telah dibuktikan dapat menyokong kesihatan minda kerana “ tekanan kronik dan pengalaman trauma boleh mengurangkan kepentingan vitamin dan mineral”.

picture of supplements taken by hand

Pengambilan suplimen yang terbaik untuk kesihatan minda anda ketika krisis coronavirus

Walaupun pemakanan yang sihat dan pemilihan makanan adalah ideal untuk kesihatan yang menyeluruh, kesihatan minda yang rendah akan menyukarkan perkara ini. Oleh itu, suplimen yang dapat meningkatkan kesihatan minda yang berikut dapat membantu anda untuk ketika krisis coronavirus ini.

Vitamins B

Vitamin B seperti vitamin B6 dan B12 kedua-duanya dapat membantu sistem saraf dan menguatkan kesihatan minda anda. Vitamin-vitamin ini dapat membantu anda untuk mengurangkan rasa kepenatan, meningkatkan daya ingatan dan membantu meringankan kepala anda.

Vitamin tersebut juga penting untuk tenaga semasa penghasilan sel, termasuk sel otak dimana ianya membantu neurotransmitter yang bertanggungjawab sebagai komunikasi otak dengan seluruh badan dan membantu pengaliran saraf yang memastikan mesej daripada otak mampu disampaikan ke seluruh badan. Apabila anda tertekan, tahap vitamin B dalam badan anda akan menyusut, seterusnya menyebabkan simptom-simptom tertekan.

Magnesium

Tidur malam yang baik dan mencukupi membantu kesihatan minda dan mood yang baik. Ini memerlukan hormon yang meransang untuk tidur yang mencukupi, iaitu hormon melatonin. Penghasilan hormon melatonin adalah dibantu oleh magnesium.

Mineral ini adalah penting untuk penghasilan tenaga, dimana ia mampu mengurangkan kepenatan dan rasa lelah dan ianya juga penting untuk sistem saraf yang normal untuk berfungsi dan psikologi yang sihat. Sepertimana vitamin B berfungsi, tahap magnesium dalam badan juga akan berkurang disebabkan oleh tertekan and rasa gelisah.

Probiotik

Probiotik amat dikenali dengan kesan yang baik terhadap penghadaman makanan dan imuniasi. Probiotik telah disarankan oleh kajian terkini yang ianya mempengaruhi kesihatan psikologikal melalui paksi usus-otak.

Walaupun kajian ini masih diperingkat awal, bakteria ini dipercayai mempunyai kesan sampingan terhadap kesihatan otak dimana ianya mengawal penghasilan hormon yang meransang mood yang baik, iaitu hormon serotonin di dalam dinding usus. Sebanyak 95% serotonin dihasilkan di dalam saluran penghadaman.

5-HTP

Hydroxytryptophan atau dikenali sebagai 5-HTP adalah dijumpai secara semula jadi di dalam badan dan dapat ditukar kepada serotonin-hormon yang dapat meningkatkan mood dan juga melatoninhormon yang mengawal tidur. Asid amino ini dipercayai dapat menambahbaik struktur tidur dengan memanjangkan masa tidur anda sewaktu REM, dimana ingatan anda dikawal oleh otak.

Tidur REM yang mencukupi adalah penting untuk merasa segar sepanjang hari dan hal ini akan menyebabkan keadaan minda dan kebolehan anda untuk melakukan tugas harian bertambah baik. 5-HTP suplimen dibuktikan oleh beberapa kajian bahawa ianya memberikan kesan yang positif terhadap mood dan lebih berkesan daripada placebo dalam merawat depresi, dengan kebaikannya selalunya berlaku dalam tempoh 2 minggu.

Omega-3 dan Vitamin D – Atasi depresi.

Minyak ikan yang berasaskan lemak asid omega-3 dan vitamin D berkerjasama dalam mengoptimisasikan tahap serotonin di dalam otak. Hal ini adalah kerana hormon yang meransang mood yang baik memerlukan asid amino tryptophan(berfungsi hampir sama seperti 5-HTP) untuk menukarkan ianya kepada sesuatu bentuk yang berguna di dalam otak. Penukaran in dirangsang oleh vitamin D. Sebaik sahaja serotonin dihasilkan, EPA(sejenis lemak asid omega-3) membantu sel otak untuk membebaskan ianya kepada sinaps untuk merangsang sel otak disekitarnya.

Setelah serotonin tiba di sel otak yang baru, DHA(sejenis omega-3 yang lain) kemudiannya membantu mesej yang disampaikan oleh serotonin untuk diterima dengan meningkatkan cecair sel membran. Dalam kata lain, tahap vitamin D dan omega-3 yang baik adalah diperlukan untuk fungsi otak yang optimum. Para pengkaji mencadangkan bahawa kekurangan vitamin D, EPA mahupun DHA adalah seolah-olah berkait rapat dengan pelbagai kecelaruan psikiatrik dan depresi.

Minyak ikan omega-3 adalah disarankan oleh percubaan klinikal untuk mengatasi depresi, depresi jangka masa panjang dan menambahbaik penyebab jangka masa pendek bagi sesuatu penyakit yang berkaitan. Untuk mendapatkan kesan baik anti-depresi daripada omega-3, amalkan EPA dan DHA sebanyak 650 miligram harian. Berbanding placebo, mengamalkan minyak ikan sebagai rawatan kepada depresi dibuktikan dapat menambahbaik simptom depresi dalam masa 2 minggu.