Paru-paru yang ada Pneumonia.

Pneumonia adalah salah satu daripada jenis-jenis jangkitan di paru-paru. Pneumonia adalah sejenis jangkitan yang diakibatkan oleh berbagai organisma seperti kuman bakteria, virus dan fungi. Apabila organisma ini masuk dalam paru-paru, ia akan meradang air sacs dalam satu atau kedua-dua paru-paru.

Jangkitan jenis lain ada yang diberi nama bronchitis, bronchiolitis dan sebagainya. Hari ni kita cerita pasal pneumonia.

Penyebab.

Bakteria dan virus dalam udara yang kita hirup dan sumber makan minum yang tidak bersih. Sebenarnya, tubuh badan kita boleh sahaja menghalang germs ini daripada menjangkiti paru-paru kita. Kadang-kala, partikel ini boleh ganggu jugak sistem imun, walaupun secara umumnya, kita sihat.

Jenis-jenis pneumonia.

Pneumonia mempunyai perbezaan tahap keseriusan. Ada tahap sederhana hingga ke tahap yang mengancam nyawa. Jenis-jenis bergantung kepada punca atau penyebab:

1. Pneumonia daripada dapatan komuniti.

Jenis ini kita boleh dapati di luar hospital dan pusat-pusat kesihatan. Atau bahasa Inggerisnya dipanggil sebagai, “community-acquired pneumonia”.

2. Bakteria.

Strain yang selalu dijumpai adalah streptococcus pneumoniae. Ia boleh affect satu bahagian lung yang dipanggil lobe. Jadi, jika kena, kita panggil lobar pneumonia.

3. Organism macam bakteria.

Contohnya, mycoplasma pneumoniae. Organisma ini boleh mengakibatkan simptoms yang kurang teruk daripada peneumonia yang lain. Kurang teruk itu maknanya tak sampai masuk wad.

4. Fungi.

Pneumonia jenis ini cenderung untuk menjangkiti pesakit yang dah ada sakit kronik atau lemah imun sistem. Mereka ini cenderung untuk terdedah dengan organisma ini tatkala menghela nafas. Fungi boleh dijumpai dalam tanah, tahi/pembawaan burung-burung. Jadi, ikut lokasi geografi juga.

5. Virus.

Ada virus yang menghasilkan simptom selesema dan demam. Virus biasa menyerang kanak-kanak bawah umur 5 tahun. Viral pneumonia kadang-kadang boleh jadi sederhana atau mild, sehingga ke tahap serius.

6. Dapatan daripada hospital

Lawatan ke hospital boleh terdedah kepada jangkitan ini. Perlu diingatkan bakteria yang menyebabkan pneumonia yang diperoleh dari hospital telah mempunyai daya tahan untuk melawan antibiotik dan orang yang mendapatkan antibiotik dah memang sedia sakit. Pesakit yang sedang menggunakan mesin pernafasan (ventilator), selalu berada dalam unit rawatan intensif, mempunyai risiko yang lebih besar untuk dijangkiti pneumonia ini.

7. Dapatan daripada Rawatan Kesihatan

Pesakit luar atau pesakit yang menerima kemudahan rawatan jangka masa panjang boleh terjangkit. Hal ini termasuklah pusat rawatan dialisis. Sama seperti No. 6, bakteria ini juga susah mati oleh antibiotik.

8. Aspirasi pneumonia

Aspirasi pneumonia berlaku apabila kita menghela nafas pada makanan, minuman, muntah, air liur dan masuk ke dalam paru-paru. Keadaan aspirasi pneumonia ialah seperti refleks muntah atau reflex gag yang normal berlaku, kesusahan untuk menelan, kecederaan otak, atau terlebih mengambil minuman alkohol dan dadah.

Tanda-tanda Pneumonia.

Chest X-Ray: Keadaan paru-paru sihat vs sakit

Chest X-Ray: Keadaan paru-paru sihat vs sakit

Tanda-tandanya hampir sama dengan sakit selesema tetapi pneumonia, sakitnya itu lebih lama. Terdiri daripada:

  1. Sakit dada apabila bernafas dan batuk.
  2. Kekeliruan mental atau perubahan tahap kesedaran mental (untuk berumur 65 tahun ke atas).
  3. Batuk yang berkemungkinan mengeluarkan kahak.
  4. Letih sehingga tampak sangat lesu.
  5. Demam berpeluh dan menggigil-gigil.
  6. Rendah daripada suhu normal badan. (lebih dari umur 65 tahun dan lemah sistem imun)
  7. Rasa hendak muntah.
  8. Muntah.
  9. Cirit-birit.
  10. Kesukaran untuk bernafas.

Bayi yang baru lahir dan berumur bawah 2 tahun, mungkin tidak menunjukkan apa-apa tanda-tanda kejadian pneumonia. Tetapi, mereka boleh menunjukkan gejala muntah-muntah, demam, batuk, nampak kelesuan, keletihan atau sukar sekali untuk mengambil nafas dan makan.

Bila nak jumpa doktor?

Jika demam panas berterusan pada suhu 39 atau lebih, atau batuk tidak berhenti, jumpalah dengan doktor.

Kumpulan mana high risk?

  1. Kanak-kanak bawah 2 tahun dengan tanda-tanda di atas.
  2. Lemah imun sistem
  3. Pesakit yang menerima rawatan kimoterapi
  4. Kumpulan yang mengalami kegagalan fungsi jantung, masalah kronik paru-paru, pneumonia boleh mengakibatkan masalah yang dikira mengancam nyawa.

Komplikasi Pneumonia.

a. Bakteria dalam darah (bacterimia).

Bakteria yang masuk dalam darah melalui paru-paru boleh tersebar kepada organ-organ yang lain menyebabkan kegagalan fungsi sesebuah organ.

b. Kesukaran bernafas.

Jika pneumonia ini lebih teruk dan pesakit pula ada mengalami penyakit kronik yang melibatkan paru-paru, jadi akan ada kesukaran untuk dapat cukup oksigen.

Kiraan oksigen yang normal dalam orang sihat adalah 95-100%. Doktor akan beritahu apa yang normal untuk kondisi unik masing-masing.

c. Pengumpulan cecair dalam paru-paru.

Pneumonia akan menyebabkan tumbuh cecair yang build up daripada tisu paru-paru dan rongga dada atau chest cavity. Jika cecair ini terjangkiti, jadi cecair ini mesti dibuang keluar melalui tube dada atau melalui pembedahan.

d. Paru-paru bernanah (Lung abscess).

Paru-paru boleh bernanah jika nanah dah membentuk satu cavity dalam paru-paru. Selalunya dirawat dengan antibiotik. Kadang-kala, rawatan membabitkan pembedahan atau melongkang keluar (drainage) dengan menggunakan jarum tube panjang untuk buang nanah tu.

Doktor membuat pengesanan melalui:

  1. Chest X-Ray
  2. Ujian darah
  3. Ambil sampel kahak

Cara untuk Mencegah Pneumonia:

  1. Pastikan anda berada dalam kawasan udara yang tip-top dan berkualiti.
  2. Praktis kebersihan dimana-mana sahaja anda berada, baik di rumah, di ofis, di taman permainan, di stesen bas, dalam bas/Grab car, tandas awam dan sebagainya.
  3. Praktis hand sanitizer.
  4. Dapatkan vaksin untuk mengelak pneumonia dan influenza. Budak-budak boleh dapatkan vaksin. Doktor mungkin akan rekemen vaksin pneumonia untuk kanak-kanak bawah umur 2 tahun dan kanak umur 2-5 tahun jika terdedah kepada risiko penyakit viral, iaitu pneumococcal. Budak-budak dalam pusat penjagaan kanak-kanak boleh dapatkan vaksin ini. Doktor juga mungkin akan rekemen ambil flu shots untuk yang berumur 6 bulan ke atas.
  5. Tidak merokok. Merokok boleh rosakkan tisu paru-paru dan meningkatkan risiko untuk kemasukan bakteria ini ke dalam paru-paru, seterusnya, boleh jadi komplikasi (a) di atas.
  6. Tingkatkan sistem imun. Dapatkan tidur yang cukup, pilih makanan yang sihat dan bersenam 2-3 kali seminggu.
  7. Dapatkan vitamin C 1000mg dan probiotik setiap hari bagi melawan bakteria jahat.
  8. Tak lain, tak bukan, perlu minum banyak air putih sebanyak 8 gelas sehari.