Close

Rawat Masalah Kulit Dengan Homeopathy

Hampir setiap keluarga mempunyai ahli yang menghidapi masalah kulit. Ada yang berusaha untuk berubat di klinik dan ada juga merawat diri sendiri (DIY).

masalah kulit dengan homeopathy

Selesaikan masalah kulit dengan homeopathy.

Hampir setiap keluarga mempunyai ahlinya yang menghidapi masalah kulit. Ada yang berusaha untuk berubat di pusat rawatan dan ada juga yang memilih untuk merawat diri sendiri. Penting untuk kita tahu masalah kulit kita ini jenis yang berjangkit atau tidak dan bagaimana cara mengelak daripada jangkitan.

Keadaan ini boleh tercetus disebabkan daripada pencemaran alam sekitar, perubahan cuaca, hormon dan banyak lagi.

Kulit merupakan pelindung kepada tubuh kita daripada dunia luar.

Antara fungsi utama kulit ialah;

  • Melindungi daripada bakteria, virus, bahan kimia dan pelbagai perkara sekeliling kita.
  • Membantu menyeimbangkan suhu badan dengan keadaan sekitar.
  • Melindungi tubuh kita daripada sinaran UV matahari yang berbahaya.

Oleh itu, kita perlulah menghargai anugerah dan kelebihan anggota yang diberikan ini.

Tip penjagaan kulit antaranya ialah:

  • Pengambilan air yang cukup.
  • Pengambilan makanan yang seimbang.
  • Pengurusan stress yang baik.
  • Tidur yang cukup.
  • Bersenam.
  • Berhenti merokok.

Bagi masalah kulit yang berterusan dan mengganggu rutin harian, tidak kira lah di muka atau di badan, perlulah segera mendapatkan nasihat dan rawatan dari pusat-pusat rawatan.

Antara masalah kulit yang biasa dialami:

  • Bisul – bisul atau boils biasanya disebabkan jangkitan bakteria yang berlaku pada kulit terutama di bahagian muka, bahu, dan bahagian-bahagian tubuh yang berlipat.
  • Ruam – ruam atau rash boleh berlaku disebabkan oleh pelbagai perkara antaranya jangkitan dan alergi.
  • Ketuat – ketuat atau warts berbentuk seperti kobis bunga yang kadang kala mempunyai air di dalamnya.
  • Jerawat – jerawat atau acne berlaku apabila minyak terkumpul atau tersumbat di liang roma.
  • Ulser – ulser atau ulcer biasanya berlaku disebabkan aliran darah yang lemah.

Dalam rawatan homeopathy, simptom/gejala khusus pada kulit serta simptom umum seperti perubahan emosi, selera makan, pengambilan air, keadaan sistem perkumuhan akan ditanya oleh perawat dengan tujuan menganalisa simptom dan mendapatkan ubat yang tepat.

Emosi dan minda memainkan peranan penting untuk membezakan setiap individu dan merawat keseluruhan diri pesakit. Selain itu juga, simptom yang hanya boleh dirasai oleh pesakit seperti gatal, panas terbakar, menyucuk dan lain-lain juga perlu dititik beratkan.

Rawatan dan ubat perlulah diberikan oleh perawat homeopathy yang bertauliah. Sewaktu rawatan, ubat membantu penyembuhan pesakit namun penjagaan pemakanan, pengurusan stress, dan kebersihan adalah tanggungjawab kita untuk dijaga.

Apa pilihan ubat homeopathy?

  • Arnica montana – digunakan untuk luka dan kecederaan, sensitif kepada sentuhan. Kulit berasa gatal, terbakar, pedih dan merah. Jerawat-jerawat kecil, bed sores, dan pendarahan di bawah kulit.
    Arsenicum album – pesakit dalam keadaan resah gelisah, ketakutan dan menyendiri. Sakit bertambah teruk pada waktu malam, dan lega apabila dalam suasana panas. Kulit gatal, pedih, radang dan bengkak.
  • Belladonna – kulit kering, panas dan bengkak. Luka bernanah. Kelenjar membengkak. Bisul.
  • Bryonia – kulit kekuningan, pucat, membengkak, panas dan sakit. Sakit bertambah teruk dalam cuaca panas dan berasa lega bila menggunakan alatan sejuk.
  • Calc carb – kulit tidak sihat, mudah mendapat ulser, luka lambat pulih. Kelenjar bengkak. Ruam dan bisul. Sakit semakin lega dalam cuaca sejuk. Ketuat di muka dan tangan.
  • Carbo veg – kulit kebiruan dan sejuk. Gatal bertambah teruk pada waktu petang. Kulit lembap, peluh berasa panas, mudah berdarah.
  • China off – sangat sensitif pada sentuhan tetapi berasa lega apabila ditekan dengan kuat. Kulit sejuk dan selalu berpeluh. Radang dan ulser.
  • Graphites – kulit kasar, keras dan kering. Jerawat. Kulit tidak sihat, setiap luka akan bernanah. Ulser dengan cecair melekit. Kelenjar bengkak.
  • Hepar sulph – kulit tidak sihat, sangat sensitif, mudah benanah. Bisul bernanah. Ulser pedih, dan mudah berdarah. Berpeluh siang dan malam. Kulit berasa menyucuk pada tempat sakit. Sakit bertambah teruk dalam cuaca sejuk kering dan lega dalam cuaca lembap.
  • Hypericum – berpeluh di kulit kepala pada waktu pagi. Rambut gugur disebabkan kecederaan. Masalah kulit di muka dan tangan, sangat gatal. Luka bergesel.
  • Merc sol – kulit selalunya lembap. Peluh berlebihan terutama pada waktu malam. Kulit tumbuh biji-biji berair dan ada kalanya bernanah. Ulser. Jerawat. Kelenjar bengkak setiap kali dalam cuaca sejuk.
  • Natrum mur – kulit berminyak terutama pada bahagian yang mempunyai rambut. Kulit berkeping di bahagian lipatan, kulit kepala dan belakang telinga. Ketuat di tangan dan tapak tangan. Sakit bertambah teruk apabila makan garam atau di pantai.
  • Petroleum – kulit kering, kasar dan merekah. Kulit mudah bernanah. Kulit tebal, gatal, merah dan mudah berdarah. Bertambah teruk dalam musim sejuk.

Sekian terima kasih.

Anak jati Kuala Lumpur. Mempunyai ijazah sarjana muda dalam bidang homeopathy, Bachelor of Homeopathic Medical Science (Hons.) dan Master in Science di Universiti Cyberjaya. Menjalani latihan industri di National Academy of Homeopathy India, Nagpur. Berpengalaman bekerja sebagai homeopath di Light of Healing Treatment & Training Center. Kini bertugas di Pusat Rawatan Homeopathy Health Therapie (HHT) di Ayer Molek, Melaka. Hotline 018-7733739.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 Comments
scroll to top