Close

Rawatan Akupuntur. Berkesankah Rawatan Akupuntur Ni?

berkesankah rawatan akupuntur

berkesankah rawatan akupuntur

Rawatan akupuntur adalah sejenis rawatan alternatif tradisional yang mana jarum-jarum akan ditusuk ke permukaan kulit di poin-poin yang tepat. Ramai dah guna rawatan akupuntur, tapi persoalannya berkesankah rawatan akupuntur ni?
Kajian tentang rawatan akupuntur mendapati bahawa ia boleh membantu mengurangkan kesakitan. Walaupun begitu menurut National Center for Complementary and Integrative Health (NCCIH), tidak banyak bukti sama ada rawatan akupuntur ini berkesan.

Bagaimana akupuntur berfungsi tidak lah diketahui secara saintifik. Pengamal akupuntur mengatakan bahawa akupuntur berfungsi dengan menyeimbangkan tenaga dalam badan manakala yang lain percaya ia adalah kesan daripada pembaikan pada sistem saraf.

Bagaimana Akupuntur Di Lakukan

Pengamal akupuntur akan menusuk jarum ke badan pesakit. Jarum yang ditusuk adalah pada poin-poin yang dikatakan berkaitan dengan masalah pesakit. Tujuannya adalah untuk menyeimbangkan tenaga badan. Bagi pengamal akupuntur, kebanyakan penyakit adalah disebabkan ketidakseimbangan tenaga dalam badan di sebabkan banyak perkara. Dengan bantuan tusukan jarum di poin-poin yang khusus, ia boleh meleraikan tenaga tersebut.

Pengamal akupuntur berpendapat bahawa akupuntur boleh membantu dalam sakit pening kepala, masalah tekanan darah, migrain, batuk dan lain-lain. Berkesankah rawatan akupuntur atau tidak, tiada kajian yang lengkap di lakukan bahkan persoalan ini masih lagi kontroversi di kalangan pengamal perubatan.

rawatan akupuntur cina
berkesankah rawatan akupuntur

Rawatan akupuntur ini yang dikenali di kalangan pengamal perubatan tradisional cina. Menurut perubatan cina, poin akupuntur terletak di meridian iaitu di mana tenaga badan atau “chi” bergerak. Pengamal akupuntur akan¬† menilai masalah pesakit dan kemudian akan menusuk poin tersebut dengan jarum halus yang disteril. Biasanya tabib cina ini akan menyarankan supaya mengambil rawatan tambahan lain serta mengamalkan herba tradisional Cina.

Kadangkala jarum tersebut akan dibakar terlebih dahulu atau di alirkan dengan arus elektrik. Jarum tersebut juga akan ditusuk selama 5-30 minit dalam satu sesi. Dan setiap pesakit akan memerlukan sesi secara berbeza mengikut keperluan nya.

titik meridian akupuntur
titik meridian akupuntur

Rawatan akupuntur jika dilakukan dengan betul adalah selamat untuk di lakukan. Walaupun begitu ada beberapa kesan sampingan boleh dijangka seperti kerengsaan pada badan.

Berkesankah rawatan akupuntur tidak dapat dipastikan secara saintifik tetapi mereka yang mengamalkannya menyatakan bahawa ia dapat membantu mereka dalam mengatasi kesakitan terutama masalah migrain, keletihan badan dan lain-lain.

Risiko Mengamalkan Akupuntur

Setiap terapi mempunyai risiko tersendiri. Tak ada terapi yang tanpa risiko. Antara risiko yang mungkin terjadi akibat rawatan akupuntur ini adalah:

  • Ia amat berbahaya jika pesakit mempunyai masalah pendarahan atau mengambil ubat penipisan darah
  • pendarahan, lebam dan sakit mungkin terjadi di kawasan yang ditusuk oleh jarum
  • Jarum yang tak disteril kan mungkin menyebabkan jangkitan.
  • Ia jarang berlaku, tetapi jarum mungkin boleh patah dan merosakkan organ dalaman.
  • It is dangerous if a patient has a bleeding disorder or takes blood thinners.
  • Jika ditusuk terlalu dalam di bahagian dada, atau belakang badan, kemungkinan jarum tertusuk ke paru-paru dan ia boleh menyebabkannya runtuh. Tetapi ini jarang-jarang berlaku.

Di Malaysia, rawatan akupuntur belum lagi di regulasi seperti perubatan moden yang lain. Di Amerika umpamanya, The United States (U.S.) Food and Drug Administration (FDA) amat menitikberatkan hal regulasi ini dan menetapkan jarum akupuntur sebagai salah satu peralatan perubatan. Oleh yang demikian, pengeluar jarum akupuntur mesti mematuhi peraturan ditetapkan iaitu ia mesti disteril, tidak toksik dan mesti dilabel untuk sekali penggunaan sahaja.

Adakah Rawatan Akupuntur Ini Untuk Saya?

Pasti kita akan bertanya, berkesankah rawatan akupuntur ini untuk kita sendiri? Untuk segala jenis rawatan alternatif sama ada akupuntur, bekam dan lain-lain, kami amat menyarankan untuk anda mendapat kan rawatan dari doktor dan hospital terlebih dahulu serta mendapatkan nasihat doktor.

Ini amat penting kerana jika anda mempunyai masalah kesihatan yang lain seperti masalah darah jika luka anda tak berhenti, ini boleh menyebabkan bahaya pada nyawa anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 Comments
scroll to top