Close

Resolusi Biar Ada Solusi! 5+1 Cadangan Resolusi Tahun Baru 2020.

resolusi tahun baru

Resolusi Tahun Baru

Setiap kali tahun baru menjelma, biasalah, orang akan buat resolusi. Ada yang nak turun berat badan, ada yang nak capai 100,000 pengikut di Instagram. Macam-macam. Azam ini pun macam gol lah. Mesti spesifik, boleh diukur, boleh dicapai, realistik dan ada jangka masa.

Cadangan Resolusi Tahun Baru yang lain sikit.

  • Saya nak ajak anda untuk melihat resolusi tahun baru sebagai batu loncatan, daripada melihatnya sebagai perkara yang kena capai setiap tahun.
  • Saya nak ajak anda untuk tidak membuat transformasi drastik.
  • Saya nak ajak anda untuk lebih melabur fokus kepada memperbaiki rutin bagi mencapai impian.

Berikut adalah cadangan-cadangan resolusi 2020 daripada saya:

Resolusi ke-1: Dapatkan tidur yang cukup.

Berapa jam anda tidur dalam sehari?

Itu lah yang saya fikirkan. Dapatkan tidur yang cukup iaitu 6-8 jam sehari.

Sistem badan kena ikut putaran alam. Kena ikut matahari.

Tidur yang cukup tak bermakna 7.5 jam lebih bagus daripada tidur 5 jam. Kalau kualiti tidur tidak dijaga; anda tertidur dalam lampu buka, tidak merendahkan atau menutup terus stimulasi seperti memasang muzik yang rancak 1 jam sebelum tidur, tidak mengambil magnesium. Jadi kena tanyalah pada diri sendiri, apakah itu merangsang kualiti tidur yang baik?

Anda mesti perlu adakan rutin harian atau habit tidur yang berkualiti tinggi.

Ini bukan pasal perlu tidur tidur dan tidur. Ini adalah untuk MEET YOUR GOAL.

Kadang-kadang, kita kena bangun awal untuk meet the goal. Kalau tidur kita berkualiti tinggi, kita akan OKAY BANYAK kalau ada kerja yang memerlukan kita bangun sejam awal.

Faham ke?

Resolusi ke-2: Bersenam, Bergerak, Mobiliti.

Tahukah anda sekiranya duduk di atas kerusi sepanjang hari, ia akan memendek otot pelvik dimana menyebabkan anda rendah libido?

Itulah, kadang-kadang nature pekerjaan kita mesra-kerusi ini tak boleh dielakkan kan? Cuba bangun dari kerusi. Dah berjam-jam duduk itu, mesti rasa letih dan lembik kan?

Related image
Jika nature pekerjaan anda kerap duduk, duduklah dengan cara yang betul. Kalau tidak, akan menganggu kesihatan tulang belakang anda.

Itulah, dulu saya kerja retail, banyak berjalan sana sini, berdiri. Jarang duduk. Tetapi, sampai ke malam, ada stamina. Tetapi bila dah tukar kerja, dapat pula yang mesra-kerusi, stamina tak macam sebelum ini. Melainkan saya meluangkan 1 jam untuk melakukan senaman.

Saya rasa tubuh badan saya lebih hebat sekiranya saya sentiasa in-motion. Jadi, kita perlu cuba adakan masa untuk bermain, beraktiviti, bergerak, berlari, apa-apa sahaja. Saya tak kata kita kena pergi gym dan jadi tikus gym. Carilah apa-apa yang kita minat nak ceburi.

Ada orang tak suka ber-gym. Jadi, selepas habis sahaja kerja, dia akan pergi indoor rock-climbing atau ada yang menyertai zumba, aerial yoga atau belajar seni pertarungan MMA.

Image result for aerial yoga
Aerial yoga – Sejenis yoga berunsurkan akrobatik, yang menggabungkan seni yoga, pilates dan menari menggunakan hammock.

Kuncinya, tingkatkan kadar degupan jantung anda dengan aktiviti yang anda seronok buat. Berpeluh sangat elok bagi mengeluarkan garam dan toksik dalam badan yang menyebabkan kita berasa tidak energetik. Jadi, anda mesti cari masa untuk beriadah.

Resolusi ke-3: Rancang cashflow yang strategik.

Secara asasnya, kalau ada hutang, kita langsaikan. Tak perlu saya explain panjang-panjang. Benda macam ni boleh google aja.

Poinnya, apabila kehidupan kita ada struktur, rezeki mudah flow in kerana sifat rezeki tertarik kepada sesuatu yang berstruktur, selamat dan stabil.

Ramai orang buat resolusi tahun baru yang berkait dengan duit flow out; set gol nak melancong sana sini, berbelanja besar sebab terikut-ikut orang dan mahu menunjuk-nunjuk.

Will Smith pernah berkata, Image result for will smith quote

Kita perlu sedar keadaan ekonomi sekarang adalah real, yang boleh mempengaruhi perbelanjaan kita semua. Tahukah anda, kedudukan ekonomi kita sekarang ini adalah lebih rendah daripada negara Thailand?

Penyimpanan berskala kecil seperti 10% sahaja, buat bajet lagi dan melabur lagi, cukupkah untuk mengatasi masalah sejagat? Lebih baik diselesaikan melalui sara hidup yang baik, ekuiti sara hidup dan ekonomi gig?

Apa-pun pun, lakukan perancangan kewangan yang strategik dan rajin-rajin menimba ilmu untuk tingkatkan financial quotient dari semasa ke semasa.

Resolusi ke-4: Makan sihat.

Sebenarnya, tidak ada rahsia sangat pun. Elakkan mengikuti fad diet atau fad fitness enthusiast.

Anda boleh cuba cara mudah; adopt no carb, no processed food, no fast food dan no air manis.

Saya akan lebihkan pengambilan protein, buah-buahan dan sayur-sayuran. Paling minimum, nasi berlauk seminggu sekali. Itu sayalah.

Apa-apa pun, dapatkan nasihat jurulatih kecergasan atau ahli nutrisi yang bertauliah.

Resolusi ke-5: Minum banyak air – 3L

Air. Ramai culas bab minum air sebab malas nak pergi ke tandas.

Tolong jangan biarkan sel-sel anda kering, mengecut dan mati disebabkan dehidrasi. Kekurangan air boleh menyebabkan mudahnya diserang pening kepala, demam, stress dan pernafasan berbau.

Apabila kurang minum air, toksik dalam badan tinggi dan pekat. Tambah pula dengan kurang memakan sayur-sayuran dan buah-buahan, lebih banyak makan makanan tinggi garam sodium yang menyebabkan potassium K+ keluar. 

Junk food, air tin, air soda, air manis boleh membebankan sistem. Apabila badan rendah potassium, badan akan menjadi stress dan boleh cenderung mendapat sakit kanser.

Kurangkan pengambilan garam berlebihan, dan lebihkan makanan yang tinggi potassium seperti sayur-sayuran hijau dan buah-buahan.

Sumber air ini bukan sahaja datang dari air mineral.

Related image

Sup pun sumber air.

Kalau jenis tak suka minum air, boleh minum sup. Namun, kenalah seimbangkan kuantiti air putih dan sup. Janganlah minum sup sahaja. Ada lidah yang suka masin, sup pun boleh jadi tinggi garam sodium.

Jikalau makan sup daging merah seperti sup kambing itu sangatlah tinggi proteinnya. Orang lelaki boleh berisiko tinggi untuk terkena gout.

Seeloknya nikmatilah dari sumber protein yang rendah iaitu daripada daging putih seperti sup ayam dan sup ikan, takpun lagi bagus, sup herba seperti sup ginseng atau sup burung layang-layang.

Jadi, sup-sup renehan herba + rendah protein ini sangat tinggi khasiatnya dan tinggi kandungan air. Cukup sedap dan boleh dinikmati tanpa rasa bersalah. Boleh dijadikan sumber air yang tak cukup dalam badan.

Kalau nak cuba sesuatu yang mesra-usus, boleh cuba minuman kefir yang amat tinggi kandungan probiotik hidup (sejenis bakteria yang baik untuk perut), dimana sangat elok untuk kesihatan usus, meningkatkan sistem imun lalu mencegah penyakit.

Dapatkan air sekurang-kurangnya 2.5L ke atas.

Resolusi ke-6: Berdisiplin dengan pilihan sihat selama 21 hari.

Anda inginkan result? Tidak lain, tidak bukan, berdisiplin. Tiada rahsia kejayaan lain. Namun, inilah jua nilai yang ramai terlupa dan memandang rendah.

Bagaimana? Tindakan adalah kuasa. Jadi, buat pelan tindakan rutin secara harian, patuhi jadual selama 21 hari sebelum ia menjadi suatu perkara yang automatik sebab dalam masa 21 hari itu, anda telah menyisip kemas memori gerak kerja dalam otak pada kawasan pre-frontal cortex.

Image result for prefrontal otak

Image result for prefrontal cortex

Cadangan 1-5 saya rendah-stress, boleh menyuburkan perkembangan otak. boleh menyokong gol profesional anda supaya bertahan lama.

Pada 7 hari pertama, memang susah nak menggerakkan enjin health-is-wealth ini. Sebab berat, benda baru, kita tak biasa. Jika inginkan perubahan, kena gerakkan enjin ini. Terus buat, jangan berhenti sehingga tiba hari ke-21. Pada hari ke-22, anda tidak lagi merasa susah kerana ia telah menjadi sebahagian daripada diri anda. Disiplin dan sabar adalah kunci kebebasan.

Mengatakan “TIDAK” kepada 1001 idea yang lain juga adalah sebahagian daripada kursus disiplin.

Kesimpulan – Health is Wealth!

Saya recap semula:

  1. Dapatkan tidur yang cukup.
  2. Bersenam, bergerak, mobiliti.
  3. Rancang cashflow yang strategik.
  4. Makan sihat.
  5. Minum banyak air.
  6. Berdisiplin dengan pilihan sihat selama 21 hari. 

Mudahkan cadangan saya? Ngam tak?

Selamat Tahun Baru 2020 dari saya.

Graduan Bachelor of Homeopathy Medical Sciences (Hons) di University of Cyberjaya (UoC) 2014-2018. Menjalani latihan industri 3 bulan di Hospital Homeopati M.L Dhawale Palghar, Mumbai. Berpengalaman dalam bidang sales di sebuah farmasi moden high-end berpusat di Bangsar. Kini, seorang Homeopath cum Pemasar di sebuah syarikat kesihatan swasta.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Leave a comment
scroll to top