Close

Selesema Babi Virus H1N1: Definisi, Punca dan Langkah Penjagaan di Rumah

meat cutter pig swine flu

Selesema babi H1N1 merujuk kepada virus influenza yang secara originalnya terdapat dalam binatang babi. Tidak haiwan lain.

Binatang ini akan memindahkan virus influenza tersebut kepada manusia. Virus ini boleh merebak melalui manusia ke manusia yang lain.

Sejarah Selesema Babi H1N1.

Virus H1N1 ini mula tercetus pada musim bunga tahun 2009. Seorang ahli saintis menemui satu strain virus yang dikenali sebagai H1N1. Virus ini adalah kombinasi virus yang datangnya daripada babi, burung dan manusia.

Pada musim selesema 2009-2010, H1N1 telah menyebabkan sakit pernafasan yang dikenali sebagai selesema babi. Oleh kerana terlalu ramai orang terkena sakit pada tahun itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) membuat deklarasi selesema yang berpunca daripada H1N1 ini sebagai serangan pandemik global.

Pada tahun Ogos 2010, WHO mengumumkan pandemik sudah berakhir. Sejak daripada itu, para saintis tukar cara menamakan jenis-jenis virus.

Kini, virus H1N1 dikenali sebagai H1N1v. V bermaksud variasi dan menandakan virus ada dalam binatang tetapi dapat dikesan dalam manusia.

Pada 2011, satu strain baru keluar yang diberi nama H3N2v yang di mana menjangkiti manusia dan juga menyebabkan selesema. Kedua-dua strain ini dijadikan sumber shot vaksin selesema untuk tahun 2018-2019.

Definisi Virus H1N1.

H1N1 ini sangat berbahaya. Ia amat mudah merebak daripada seorang manusia ke manusia yang lain. Satu bersin boleh menyebar banyak kuman dalam udara.

Virus ini senang di dapati pada kawasan-kawasan capaian manusia seperti tombol pintu, keyboard, punat butang, meja, gelas, sudu garfu, handphone, remote control, kepala paip, peralatan gym dan lain-lain lagi.

3 Golongan Paling Mudah Nak Dapat Selesema Virus H1N1.

Ingat, virus H1N1 sangat cepat kadar penyebarannya. Jadi, ada 3 golongan yang tak lari dari terkena:

Pertama, yang amat paling berisiko adalah penternak babi dan petugas-petugas veterinarian adalah yang paling mudah untuk dijangkiti the TRUE swine flu kerana mereka bekerja dan hampir dengan binatang babi.

Image result for swine flu veterinar

Kedua, adalah pemakan binatang yang dijangkiti virus ini. Sekiranya produk makanan yang bersumberkan babi tidak dimasak dengan betul, memang akan mudah kena.

Image result for swine flu

Ketiga, mereka yang terdedah dengan rebakan virus ini di sesuatu kawasan. Mudah mendapat virus H1N1.

Siapa yang Berisiko Tinggi apabila Terkena?

Ada orang, apabila terkena tak sakit sangat. Ada orang sakitnya boleh jadi sangat serius. Mereka adalah:

  • Orang tua berumur lebih 65 tahun
  • Kanak-kanak bawah 5 tahun
  • Remaja bawah umur 19 tahun yang sedang berada dalam terapi Bufferin (aspirin yang berjangka masa panjang)
  • Mereka yang rendah sistem imun atau sistem imun yang telah kompromisi kerana penyakit seperti AIDS.
  • Wanita yang mengandung
  • Mereka yang ada sakit kronik seperti asma, sakit jantung, kencing manis atau penyakit neuromuscular.

Siapa lagi yang mudah terkena tetapi tak berisiko tinggi untuk mendapat komplikasi teruk?

  • Jururawat, doktor dan petugas-petugas kesihatan.
  • Mereka yang melawati rumah sakit atau kemudahan long-term care.

Gejala Selesema Babi Virus H1N1.

Gejala dan simptom selesema babi ini sebenarnya sama sahaja dengan selsema yang diakibatkan oleh flu strain atau jenis Influenza yang lain.

Gejala ini akan mula nampak selepas 3 hari dijangkiti serangan virus ini. Gejala adalah seperti:

  • Demam (tak selalu)
  • Badan berasa sejuk
  • Batuk
  • Sakit tekak
  • Hidung tersumbat
  • Mata berair atau mata gatal kemerah-merahan
  • Sakit badan
  • Pening kepala
  • Kelesuan
  • Cirit-birit
  • Loya
  • Muntah

3 cara virus H1N1 ini boleh berpindah kepada manusia.

Virus ini tersebar melalui air liur dan partikel mukus halus. Ada 3 cara:

  1. Bersin
  2. Batuk
  3. Menyentuh kawasan yang ada virus H1N1. Kemudian sentuh mata, hidung dan mulut.

Bila Saya Perlu Jumpa Doktor?

Kita susah nak bezakan gejala H1N1 dengan gejala selsema biasa kerana sama. Gejala H1N1 ini kita boleh kesan dengan rasa sangat sakit perut dan rasa nak muntah berbanding dengan gejala selesema biasa. Namun, hanya ujian makmal sahaja cara untuk kita ketahui.

Sekiranya menghadapi gejala-gejala tadi, sila berjumpa dengan doktor.

Wanita mengandung dan mereka yang mempunyai penyakit kronik seperti asma, emphysema, diabetes atau sakit jantung, AMAT perlu jumpa dengan pengamal perubatan.

Diagnosis.

Doktor atau jururawat akan mengambil sedikit cecair dari badan anda seperti air liur atau cecair di hidung (e.g hingus).

Kemudian, sampel ini akan dianalisis menggunakan teknik makmal untuk mengetahui jenis virus yang dijangkiti.

Ujian ini sebenarnya tak common. Ujian ini akan seringkali diuji ke atas golongan yang sangat berisiko tinggi tadi.

Rawatan Selesema Virus H1N1.

Anda yang tough dan secara umumnya sihat itu, jika dijangkiti selsema H1N1 , biasanya boleh lawan sendiri penyakit itu. Orang kata, self-healing.

Tak perlu berjumpa doktor kecuali anda mengalami komplikasi daripada jangkitan selesema H1N1.

Anda hanya fokus rehat di rumah supaya dapat stabilkan tubuh badan. Pastikan kawasan di sekeliling anda bersih.

Ada dua ubat antiviral untuk melegakan sakit ini iaitu Tamiflu dan Relenza. Sebenarnya, virus selesema ini boleh imun dengan ubat-ubatan ini. Jadi ubat antiviral ini sebenarnya lebih untuk golongan yang berisiko tinggi untuk mendapat komplikasi daripada selsema ini.

Jadi, fokus tingkatkan daya lawan penyakit atau sistem imun anda.

Langkah Penjagaan di Rumah Ketika Dilanda Musim Selesema Babi Virus H1N1.

Sama sahaja dengan selesema Influenza. Apabila musim selesema babi H1N1 ini kedengaran melanda:

  1. Minum banyak air. Tekak yang kering boleh membuatkan virus ini mudah lekat.
  2. Tak suka minum air, ambil sup atau jus buah-buahan supaya dapat gantikan nutrien yang hilang.
  3. Basuh tangan dengan kerap.
  4. Tambahkan kekerapan memakai hand santizer.
  5. Tingkatkan sistem imun anda. Jarakkan diri anda dari risiko ini.
  6. Dapatkan vitamin C 1500mg-2000mg sehari (500mg x 3 kali sehari).
  7. Jadikanlah tutup mulut ketika bersin dan batuk sebagai tabiat. Itu lebih beretika.
  8. Kanak-kanak umur bawah 5 tahun, elok rehat sahaja di rumah.
  9. Pastikan kawasan sekeliling bersih untuk anak-anak kecil bermain.
  10. Elakkan berkongsi botol air minuman atau straw atau sudu makan.
  11. Elak menyertai public gathering.

Image result for swine flu school

Kesimpulan

Sila beri tumpuan kepada golongan yang berisiko tinggi tadi. Jika terkena demam selesema babi ini, boleh membawa maut.

Majoriti mempunyai daya self-healing atau boleh sembuh sendiri daripada selesema babi H1N1 sekiranya mengamalkan metod-metod tadi.

Graduan Bachelor of Homeopathy Medical Sciences (Hons) di University of Cyberjaya (UoC) 2014-2018. Menjalani latihan industri 3 bulan di Hospital Homeopati M.L Dhawale Palghar, Mumbai. Berpengalaman dalam bidang sales di sebuah farmasi moden high-end berpusat di Bangsar. Kini, seorang Homeopath cum Pemasar di sebuah syarikat kesihatan swasta.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Leave a comment
scroll to top