Close

Serangan jantung ketika melakukan hubungan seks

pasangan berusia bercium

Semakin meningkat umur, organ dan seluruh tubuh badan juga semakin kurang daya tahan.

Lebih-lebih lagi, apabila umur dah mencapai 50-an, serangan sakit jantung akut boleh berlaku, ketika melakukan hubungan seks.

Jantung adalah otot yang perlu senaman.

Jantung adalah organ yang paling penting dalam sistem tubuh badan. Jadi, ia perlu jagaan yang baik melalui senaman kardio intensif. Contohnya seperti berlari 8 km.

Yelah. Semasa muda, kita tidak fikir sangat bab ini. Still young and happening kan? Tapi, bila kita sudah tua, barulah kita nak mula beri perhatian tentang ini.

Jadi, apa yang kita boleh buat semasa muda ini? Lakukan senaman kardio intensif seperti berjogging, berenang, bermain tenis, hiking dan sebagainya.

lelaki tua tidak memakai baju berotot
Senaman kardio boleh meningkatkan daya tahan di ranjang.

Hati-hati. Terlebih bersenam boleh datang sakit juga.

Seks juga adalah sebahagian daripada aktiviti senaman. Kajian daripada Harvard menunjukkan, hubungan seks boleh memberi intensiti kepada seseorang individu.

Para pengkaji Harvard membandingkan aktiviti di treadmill dengan aktiviti seksual yang sederhana.

Mereka mendapati, hubungan seksual yang sederhana itu boleh menyebabkan denyutan nadi naik ke 130 denyutan per minit atau bersamaan 72% kesan bersenam di treadmill.

Ini bermakna, sesiapa yang ingin be more adventurous di ranjang, anda boleh bandingkan ketahanan anda di treadmill.

Lelaki lebih mudah terkena serangan jantung ketika melakukan seks.

Kajian daripada Harvard menunjukkan lelaki yang sihat berusia 50 tahun ke atas, sekiranya melakukannya 1-2 kali seminggu, risiko serangan sakit jantung itu menjadi dua kali ganda.

Secara umumnya, serangan sakit jantung adalah jarang berlaku sebenarnya.

Tetapi ia tidak bermakna setiap kali melakukan hubungan seks selepas umur 50 tahun, anda mendedahkan diri anda kepada maut.

It simply means, jantung anda boleh idap stress atau teruja, ditambah pula dengan hubungan seks, ia boleh menambah risiko ini.

Kaum lelaki, berisiko 4 kali ganda, dan kebanyakkannya menemui ajal kerana ragu-ragu untuk mendapatkan bantuan kecemasan daripada hospital.

Sekiranya berlaku begini pada pertengahan koitus, jangan malu-malu atau jangan ragu-ragu untuk segera hubungi unit kecemasan.

Bagaimanakah pula dengan kaum wanita?

Kaum wanita tidak ada risiko serangan sakit jantung walaupun berusia 50an ke atas. Sebaliknya, risiko ini atau penyakit darah tinggi boleh menurun. Boleh disimpulkan kualiti kehidupan wanita itu akan menjadi lebih baik.

Namun, kaum wanita boleh mengalami depresi…

Cara lain bagi menjaga jantung.

  1. Tidak merokok.
  2. Tidak vape.
  3. Menjaga pemakanan (makan makanan berkualiti seperti sayur-sayuran hijau seperti brokoli, buah-buahan organik)
  4. Menjaga tidur (Dapatkan tidur yang berkualiti 6-8 jam sehari, dalam bilik gelap (tidak ada cahaya lampu menerangi/ atau pakai sleeping mask.)
  5. Mendapatkan supplimen tambahan seperti Multivitamin dan Anti-oxidant seperti CoQ10.
  6. Mengurangkan pengambilan makanan yang terlalu masin/ terlebih garam.
  7. Makan secara sederhana.
  8. Susun aktiviti senaman sekurang-kurangnya 30 minit sehari atau 2 jam 3 kali seminggu.
  9. Bijak d-stress.

Kesimpulan

Menjadi aktif secara seksual walau meningkat umur, di mata masyarakat, mungkin sebagai petanda aras keharmonian rumah tangga.

Yang sebenarnya, hubungan antara suami isteri itu adalah lebih penting daripada seks.

Oleh itu, masyarakat tidak perlu rasa “kena buat” untuk menjalani kehidupan lebih lama.

Graduan Bachelor of Homeopathy Medical Sciences (Hons) di University of Cyberjaya (UoC) 2014-2018. Menjalani latihan industri 3 bulan di Hospital Homeopati M.L Dhawale Palghar, Mumbai. Berpengalaman dalam bidang sales di sebuah farmasi natural high-end berpusat di Bangsar. Kini, seorang homeopath di sebuah klinik swasta dan juga pemasar ubat-ubatan homeopati ke seluruh Malaysia. Hubungi +60182259114 (Whatsapp sahaja) untuk info lanjut berkenaan servis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 Comments
scroll to top