Tiba-tiba rasa sakit menyucuk di dada dan sesak nafas. Kita ingat tiada apa. Rupanya itu adalah tanda tanda sakit jantung. Sebenarnya ada beberapa tanda tanda sakit jantung. Walaupun begitu tak semua penghidap yang mengalami tanda tanda sakit tersebut.

Ketika serangan jantung, darah yang lalu ke jantung tersekat dan ini menyebabkan otot ini gagal berfungsi dan mati. Nama lain bagi serangan ini adalah myocardial infactions adalah antara penyakit yang biasa di hadapi dan merupakan pembunuh utama di Malaysia!

Tanda Tanda Sakit Jantung

Sebilangan pesakit ada mengalami tanda tanda sakit jantung manakala sebahagian lain tak mengalami sebarang tanda-tanda yang jelas. Berikut adalah tanda-tanda:

  • Sakit dada
  • Sakit di bahagian atas badan
  • Berpeluh-peluh
  • Rasa loya
  • Rasa lemah dan keletihan berpanjangan
  • Masalah sukar bernafas

Serangan jantung adalah masalah perubatan yang serius dan jika anda mengalami tanda tanda sakit ini, maka segeralah ke hospital untuk rawatan susulan.

Punca Sakit

Terdapat beberapa keadaan yang boleh menyebabkan serangan sakit jantung. Antara penyebab utama adalah enapan di dalam arteri yang menghalang darah mengalir melalui otot jantung. Selain itu serangan jantung juga boleh berlaku akibat gumpalan darah (blood clot) atau salur darah yang terkoyak. Antara penyebab lain serangan jantung walaupun jarang berlaku adalah disebabkan oleh kekejangan otot jantung dan juga kekejangan salur darah.

Saya Berisiko Kah Mengalami Sakit Jantung?

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan anda berisiko menghadapi sakit jantung. Ada faktor yang boleh di ubah dan ada yang tidak boleh diubah.

Faktor yang tak boleh diubah adalah:

  • Umur : Anda lebih berisiko menghidap penyakit jantung jika anda berumur 65 tahun dan ke atas.
  • Jantina : Orang lelaki lebih berisiko menghidap penyakit jantung berbanding wanita.
  • Sejarang keluarga: Jika keluarga anda mempunyai rekod penyakit jantung, penyakit darah tinggi, obesiti atau diabetes/kencing manis, anda lebih berisiko menghidap penyakit jantung.
  • Bangsa dan keturunan : Orang berketurunan afrika lebih berisiko menghidap sakit jantung.

Faktor yang boleh diubah adalah:

  • Merokok
  • Mempunyai kadar kolestrol yang tinggi
  • Obesiti
  • Tidak bersenam
  • Kuat minum arak
  • Mengamalkan diet tak sihat
  • Stress

Ini semua gaya hidup dan ramai yang kena serangan jantung adalah di sebabkan gaya hidup yang tak sihat. Dan ini bukan tak boleh nak di ubah.

Diagnosis.

Hanya doktor yang boleh mendiagnos anda jika menghidapi sakit jantung atau tidak. Doktor akan melakukan pemeriksaan fizikal dan menilai sejarah kesihatan anda. Antara yang akan di lakukan adalah pemeriksaan electrocardiogram (ECG) untuk memeriksa tindak balas elektrik jantung anda.

Rawatan.

Antara rawatan yang biasa dilakukan untuk mengubati sakit jantung adalah:

  • Angioplasty. Adalah satu prosedur menggunakan balloon khas untuk membuka arteri dan membuang enapan.
  • Stent. Stent adalah wire-mesh yang digunakan untuk mengekalkan bukaan arteri selepas prosedur angioplasty
  • Pembedahan Pintasan Jantung. Kaedah bypass surgery adalah mengalirkan darah mengikut laluan lain ke arah jantung.
  • Pembedahan Injap Jantung. Prosedur penggantian injap jantung di lakukan untuk menggantikan injap jantung yang bocor.
  • Pacemaker. Penggunaan pace maker digunakan untuk mengawal ritma jantung. Ia adalah sejenis alat elektronik yang di implan kan di jantung untuk mengawal ritma jantung.
  • Pembedahan Transplan Jantung. Prosedur transplan jantung digunakan dalam kes yang teruk. Ia menggantikan jantung yang rosak dengan yang baru.

Kaedah Atasi Penyakit Jantung.

Banyak penyakit sebenarnya hasil dari gaya hidup kita sendiri. Ya, ada jenis penyakit yang tak boleh kita atasi sebab nya, tetapi ada yang kita boleh kawal.

Dalam hal serangan jantung ini misalnya, antara penyebab utama serangan sakit jantung adalah disebabkan oleh tabiat merokok yang teruk.

Jadi berhentilah merokok, vape atau apa sahaja berkaitan. Ia tidak elok dan berbau busuk. Kalau anda mahu hidup sihat dan lama, mengamalkan gaya hidup sihat adalah satu amalan penting.