Close

Perubatan Homeopati: Definisi, Falsafah dan 4 Prinsip Utama

Scanning-electron-microscope-SEM-homepati-Pulsatilla-1cH

Remedi homeopati Pulsatilla nigricans 1CH

Kongsikan artikel dengan rakan anda!

Mengenali Sistem Perubatan Homeopati dan tokoh pengasasnya.

Lebih 200 tahun dahulu, perubatan Homeopati adalah arts. Apabila ia semakin berhasil, langkah kajian saintifik dilakukan, menjadikan ianya saintifik dan seni. 

Homeopati merupakan salah satu cabang perubatan tradisional, alternatif dan komplementari (PTK). Ia diasaskan oleh seorang doktor berbangsa Jerman yang dinamakan sebagai Samuel Hahnemann (1755-1843) pada kurun ke 18. Sir Hahnemann adalah tokoh homeopati yang disegani. Beliau lahir di Meissen, Jerman dan mendapat ijazah perubatan di Erlanger pada tahun 1770 dan meninggal dunia sebagai seorang jutawan di kota Paris pada 1843.

Sepanjang 15 tahun sebagai seorang doktor perubatan, Sir Hahnemann ini sebenarnya sangat-sangat  financially struggle untuk hidup. Waktu itu, Sir Hahnemann mengambil upah menjadi sebagai penterjemah bahasa. Pada umur 24 tahun, beliau sudah boleh membaca dan menulis 7 bahasa dan telah menterjemah lebih 20 naskhah perubatan dan teks-teks saintifik tebal.

Maka, Sir Hahnemann menterjemah buku Encik William Cullen, kerana pada masa itu adalah Encik Cullen adalah seorang doktor yang terkemuka di era itu. Jadi, adalah satu point dalam buku Cullen ini bercerita mengenai kegunaan dahan Peruvian (Cinchona) untuk merawat malaria kerana memiliki properties yang pahit. Sir Hahnemann ini tulis satu kenyataan nota kaki yang berani untuk argue poin penulis buku itu.

Apa yang Sir Hahnemann tegaskan adalah kegunaan dahan Peruvian ini pasti ada ‘tujuan khususnya’ dan beliau juga menyatakan dengan tegas bahawa pasti ada campuran atau bahan lain yang lebih pahit dan lebih astringent daripada dahan ini namun tidak efektif untuk merawat malaria.

Dekat situ tuan-tuan dan puan-puan sekalian, adalah ilham pertama Allah SWT nak beri kepada Sir Hahnemann. Beliau tidak ambil remeh akan idea ini. Didorong oleh perasaan ingin tahu yang sangat kuat, beliau ligat memulakan penyelidikan.

Perjumpaan pertama!

Apa yang Sir Hahnemann lakukan adalah beliau ambil herba dahan Cinchona ini berkali-kali sehingga tubuh badannya daripada sihat, kemudian respons dengan dos tadi dengan mengeluarkan gejala-gejala seperti demam, sejuk yang menggigil, berpeluh-peluh di dahi, sejuk tangan dan sejuk kaki, antara gejala-gejala mirip malaria.

Sir Hahnemann membuat konklusi: Herba ini berjaya kerana ia telah menyebabkan gejala-gejala yang sama dengan gejala-gejala yang dikeluarkan oleh penyakit yang sedang dirawat. Akhirnya, terbitlah buku Essay on a New Principle for Ascertaining the Curative Power of Drugs pada tahun 1796 dan diikuti dengan kejayaan kedua The Organon of the Healing Art pada tahun 1810.

Dari situ, Sir Hahnemann memahatkan fokus “mengubati pesakit” melalui “mengenali pesakit, bukan penyakit.” Fokus utama sistem perubatan ini adalah bukan penyakit individu itu ada tetapi keseluruhan atau totality individu itu.

Sumber remedi homeopati. Homeopati Bukan Herbalis ❗

Ubat-ubatan homeopati yang bukan sahaja merangkumi herba, malah mineral, kultur bakteria, bahagian binatang digunakan bagi merawat, bukan pada dos toksik namun dicairkan pada skala nanometer dan melalui proses goncangan kuat atau dipanggil succusation bagi menjana tenaga.

Pengalaman sendiri.

Saya pernah saksi sakit yang dialami sendiri iaitu hip joint injury yang diakibatkan oleh kerja-kerja mencangkul dan menanam rumput. Masa buat, tidak pula rasa sakit. Selepas rehat petang hari, saya tidak boleh berjalan normal. Saya ada kecederaan dalaman, dan tidak pula saya buat scan lebih lanjut. Saya hanya bergantung kepada kaedah urutan selama 2 minggu. Masih tidak baik. Semasa tidur juga, sakit amat untuk pusing dan bangun. Saya refuse painkiller. Akhirnya, saya menemui homeopath, beliau memberi saya Bryonia.

You don’t need to believe. Just witness.

Sebelum tidur, saya selawat dan makan sebab sakit sampai wajah pucat (walaupun sudah minum air yang banyak) dan sedih in agony sebab tidak dapat berjalan dengan betul. Alhamdulillah, esok hari bangun, saya terus pulih, langsung tidak rasa sakit dan saya rasa sangat-sangat aneh dan hairan ketika itu (sebab tak ada rasa sakit langsung!), sangat-sangat bersyukur kepada Allah dan bingkas bangun menyiapkan diri. Itu antara salah satu pengalaman saya sendiri dengan homeopati.

Falsafah Homeopati.

Apabila seseorang itu sakit, semua aspek dirinya sakit; fizikal, mental dan jiwa. Walaupun fizikal memanifestasi gejala-gejala penyakit tetapi ia bukan punca sakit. Apabila seseorang itu meninggal dunia, tinggallah jasad yang tidak boleh dipulihkan.

Jadi, apa yang meninggalkan jasad tadi yang boleh kita pulihkan? ‘Vital force’. Apabila sakit, vital force dikatakan tidak seimbang. Ketidakseimbangan ini menyebabkan mental, fizikal dan secara spiritual mengeluarkan gejala penyakit. Dengan remedi homeopati yang mirip dengan manifestasi sakit, vital force akan kembali seimbang. Gejala hilang kerana pesakit sembuh dengan sendiri.

Untuk bacaan sendiri mengenai vital force, boleh lanjutkan di enjin carian google dengan rujuk kata kunci: “Organon aphorisms 9-12”

Prinsip Homeopati.

Homeopati mempunyai 4 prinsip penting. Prinsip-prinsip ini teguh dan tidak bertukar selama 200 tahun kerana telah menempa banyak bukti kejayaan.

PRINSIP Pertama: Similia Similbus Curentur.

“Let likes cure like” atau dalam bahasa Melayunya, “Sesuatu disembuhkan oleh apa yang mirip”. Perkataan Homeopati itu sendiri diambil daripada bahasa Greek, homoeo=’sama’, and pathos=’penderitaan’. Sir Hahnemann telah mengesahkan kesembuhan dengan prinsip kemiripan. Jadi, sesuatu bahan boleh mengakibatkan penyakit dalam tubuh manusia sihat untuk ‘keluarkan’ response penyembuhan dalam tubuh badan manusia yang mempunyai sakit yang mirip.

Setiap pesakit akan ada simptom sakit fizikal/minda/rohani. Setiap orang menghasilkan karakter yang unik walaupun memiliki diagnosis sakit yang sama. Pengamal homeopati (berdaftar) akan mencari remedi homeopati yang sesuai dengan pesakit itu, dengan memberi perhatian khusus, kepada pesakit itu sahaja.

PRINSIP Ke-2 – The Single Remedy/Hanya Satu Remedi.

Ya. Hanya satu remedi yang diberi pada satu masa. Kalau diberi banyak, susah untuk memastikan keberkesanan remedi-remedi jika diberi banyak pada satu masa kerana reaksi ‘vital force’ tidak boleh dijangka. Sir Hahnemann telah cuba dan akhirnya, decide untuk meninggalkan amalan poli-remedi kerana tidak berpuas hati dengan cara ini.

PRINSIP Ke-3: The Minimum Dose/ Dos Yang Minima/Sedikit/Kecil.

Ini merujuk kepada dos 1) infinitesimal atau extremely small dan 2) pengulangan dos hanya apabila perlu.

Remedi homeopati, jika diberi KERAP, boleh memberi aggravasi/adverse effects kepada pesakit. Jadi, homeopath akan memberi dos yang sedikit, yang memberi kesan maksimum dan pada masa yang sama, minimakan aggravasi/adverse effects.

Pengulangan dos berdasarkan apa? Berdasarkan reaksi pesakit terhadap remedi. Homeopati menitikberat KUALITI daripada kuantiti.

PRINSIP Ke-4: The Potentized Remedy/Remedi Yang Diberi Potensi.

Walaupun remedi homeopati ini diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan, minerals, haiwan, kultur bakteria tetapi cara pengeluaran tidak sama dengan ubat-ubatan moden. Dengan melalui proses pencairan bersiri (menjangkaui Pemalar Avogadro), ekstrak berskala nano terhasil.

Setiap proses pencairan ini, esktrak digoncang dengan kuat. Dahulu, goncangan pakai tangan. Sekarang, sudah ada mesin goncang sendiri. Proses ini adalah dipanggil sebagai succussion yang Sir Hahneman design bagi menjana tenaga bahan natural yang dinamik ini.

Adakah Homeopati ini Perubatan Nano?

Kertas kajian dari The Materials Research Institute, The Pennsylvania State University ini menunjukkan properti ubat dalam remedi homeopati masih ada, walaupun dicairkan secara bersiri (menjangkaui Pemalar Avogadro kerana ada struktur seperti air dan bahan remedi).

Molekul kimia tidak necessary kerana struktur air sahaja berupaya membawa informasi. Otak, darah dan otot-otot kecil mengandungi lebih 70 % cecair.

Manakala, kajian kimia fizik pula mendapati partikel unik masih boleh dijumpai dalam sesuatu remedi dan masih boleh dijumpa walaupun berlainan potensi daripada remedi yang sama.

Nanomedicine: Zarah remedi homeopati pada skala 200nm.
Perubatan Nano? Zarah remedi homeopati pada skala 200nm. Rujukan.

Adakah Homeopati itu boleh sembuh segala-galanya?

Tidak. Setiap sistem perubatan itu ada skop dan had. Pengamal homeopati berdaftar perlu memahami kondisi pesakit sebelum mengurus secara klinikal dan klasikal.

Adakah Homeopati itu cepat rawat sakit?

Ya. Sekiranya serasi. Keserasian bergantung kepada seni preskripsi homeopath itu. Mana-mana sistem perubatan, case taking yang baik adalah separuh jalan penyelesaian.

Sekian perkongsian. Sekiranya ada apa-apa pertanyaan, boleh bertanya di ruangan komen di bawah. TERIMA KASIH.

Kongsikan artikel dengan rakan anda!

Graduan Bachelor of Homeopathy Medical Sciences (Hons) di Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS) 2014-2018. Menjalani latihan industri 3 bulan di hospital homeopati M.L Dhawale Palghar, Mumbai. Berpengalaman dalam bidang sales di sebuah farmasi natural high-end yang berpusat di Bangsar. Kini, seorang homeopath di sebuah syarikat klinik swasta dan pemasar ubat-ubatan homeopati ke seluruh Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 Comments
scroll to top