Close

Tanda Tanda Autism Pada Kanak Kanak Dan Bayi Untuk Kita Check

tanda tanda autism pada kanak kanak

tanda tanda autism pada kanak kanak

Autism adalah antara perkara yang ditakuti oleh ibu bapa. Malangnya zaman ini macam ramai sahaja anak-anak yang menghidap Autism. Tetapi, apa autism ini dan  tanda-tanda autism pada bayi dan kanak-kanak yang kita boleh check?

Apa itu Autism?

Autism adalah sekumpulan kecacatan perkembangan yang mengahalang seseorang untuk bersosial dan berkomunikasi.

Kecacatan saraf ini kadangkala boleh dikesan seawal masih bayi sebelum umur setahun tapi kebiasaannya terlepas dari penglihatan ibu bapa.

Kebanyakan kanak-kanak yang menghidapi autism didiagnos selepas berumur 3 tahun. Sebenarnya intervensi awal adalah rawatan paling berkesan. Oleh yang demikian, jika anda berpendapat anak anda menghidap autism, segeralah ke pakar.

Tanda-tanda Autism berbeza dari seorang ke seorang yang lain dan tahap keterukan nya berbeza mengikut “spektrum”. Kanak-kanak penghidap Autism berinteraksi dan berkomunikasi secara berbeza dengan kanak-kanak lain yang normal. Mereka juga belajar dan berfikir berbeza dari kanak-kanak lain.

Sebahagian kanak-kanak penghidap autism berada pada spektrum yang teruk terjejas dan perlukan bantuan tetapi ada sebahagian yang lain boleh hidup seperti kanak-kanak normal lain dan berfungsi dengan baik.

Tanda Tanda Autism Pada Kanak Kanak 3 Tahun

Kadang-kadang ibu bapa terlepas pandang tanda-tanda autism. Mereka fikir anak-anak mereka malu, namun hakikat sebenar menghidap autism.
Tanda-tanda autism jelas ketika awal-awal bulan kelahiran manakala sebahagian lain tidak menunjukkan tanda sehingga berumur 2 tahun.

Skil Sosial.

  • Tidak memberi respon apabila nama dipanggil.
  • Mengelak pandangan mata.
  • Suka bermain sendiri berbanding dengan kanak-kanak lain.
  • Tidak berkongsi walaupun di ajar.
  • Tidak faham tentang giliran.
  • Tidak berminat untuk berinteraksi.
  • Mengelak berhubung secara fizikal dengan kanak-kanak lain.
  • Tidak berminat dan mahu berkawan.
  • Tidak mempunyai reaksi muka.
  • Tidak mudah dipujuk jika menangis.
  • Sukar bercerita tentang perasaan yang di alami.
  • Sukar memahami perasaan orang lain.

Skill Bahasa Dan Komunikasi

  • Lewat bercakap.
  • Mengulang ayat yang sama berulang ulang.
  • Tidak menjawab soalan di tanya dengan betul.
  • Mengulang sahaja ayat orang lain.
  • Tidak menunjuk tangan ke arah orang lain atau objek lain.
  • Jarang menggunakan “nody language”.
  • Tona suara flat atau berlagu-lagu (tidak normal).
  • Tidak memahami jenaka, perli atau usikan.

Tingkah Laku Pelik

  • Mengulang-ulang satu-satu tindakan berulang-ulang (menggoyang tangan, bergerak ke depan belakang).
  • Menyusun mainan atau object lain secara tersusun.
  • Merasa marah atau geram jika terjadi perubahan kecil dalam rutin harian.
  • Bermain dengan mainan dengan cara yang sama.
  • Mempunyai rutin yang pelik dan akan meragam jika tidak boleh melakukan rutin tersebut.
  • Suka pada sesetengah bahagian sesuatu objek (tayar misalnya).
  • Obses terhadap minat tertentu.
  • Mempunyai fokus yang singkat.

Tanda-Tanda Autism Pada Kanak-Kanak Yang Lain.

  • impulsif.
  • bertindak ganas.
  • mencederakan diri sendiri.
  • mempunyai tantrum yang teruk.
  • mempunyai reaksi berlebihan terhadap bunyi, bau dan rasa.
  • tidak berasa takut atau mempunyai rasa takut yang berlebihan.
  • Mempunyai habit makan dan tidur yang tidak normal.

Mempunyai satu atau dua tanda-tanda autism pada kanak-kanak ini mungkin adalah biasa dan normal tetapi jika anak anda mempunyai beberapa tanda-tanda autism termasuk lambat bercakap, anda wajar untuk berjumpa dengan pakar.

Tanda-Tanda Autism Pada Kanak-Kanak Lelaki Dan Perempuan.

Sebenarnya tiada perbezaan besar tanda tanda autism pada kanak-kanak lelaki mahupun perempuan.
Walaupun begitu kita boleh melihat tingkah laku anak tersebut berdasarkan permainannya.
Contohnya, kanak-kanak lelaki mungkin mempunyai minat berlebihan terhadap mainan seperti keretapi mainan, roda pada trak atau dinasour. Kanak-kanak perempuan pula mungkin bermain dengan anak patungnya secara berbeza dari kanak-kanak lain.

Perbezaan Tahap Autism.

Ada beberapa perbezaan pada tahap autism.

Ada sebilangan anak Autism mempunyai skill pembelajaran dan penyelesaian masalah yang jauh mendahului rakan-rakannya yang normal.

Manakala ada yang terpaksa dibantu dalam menjalani aktiviti hidup.

tahap autism
Tanda tanda dan tahap autism

Tahap 1.

  • Tidak menunjukkan minat dalam interaksi sosial
  • Bermasalah dalam memulakan interaksi sosial.
  • Sukar untuk mengekalkan perbualan
  • Bermasalah dalam berkomunikasi (tone suara, body language)
  • Sukar untuk berkawan.
  • Boleh hidup berdikari.

Tahap 2.

  • Kesukaran untuk menerima perubahan rutin
  • Kekurangan besar dalam  skil komunikasi
  • Mempunyai masalah tingkah laku yang teruk
  • Mempunyai masalah tingkah laku berulang-ulang yang mengganggu hidup.
  • Mempunyai masalah untuk berinteraksi dengan orang lain.
  • Mempunyai minat yang sangat spesifik
  • Memerlukan bantuan untuk hidup secara harian.

Tahap 3.

  • Kecacatan percakapakan dan komunikasi.
  • Mempunyai kebolehan komunikasi sangat terbatas.
  • Mempunyai keinginan terbatas untuk berinteraksi secara sosial.
  • Mempunyai masalah jika berlaku perubahan pada rutin dan persekitaran.
  • Mempunyai masalah untuk menukar fokus.
  • Obsesi melampau pada satu-satu perkara.
  • Memerlukan bantuan untuk hidup

Bagaimana doktor mengesan Autism?

Tidak ada ujian darah mahupun ujian imejan yang digunakan untuk mendiagnos Autism.
Tetapi doktor akan mendiagnos pesakit autism  dengan melihat tingkah laku dan melihat perkembangan kanak-kanak tersebut.
Ketika sesi pemeriksaan, doktor akan bertanya tentang tingkah laku anak anda dan memerhatikannya adakah anak anda menepati tahap perkembangan kanak-kanak normal. Jika anda mengesyaki anak anda menghidap autism, anda boleh mencari pakar kanak-kanak berikut untuk memastikannya:
  • Pakar padeatrik perkembangan kanak-kanak.
  • Pakar neurologi kanak-kanak.
  • Psikologis kanak-kanak.
  • Pakar psikatri kanak-kanak.

Cara Merawat Autism

Tidak ada rawatan untuk autism. Walaupun begitu ada terapi dan cara rawatan alternatif  untuk menjadikan pesakit lebih selesa dan mengurangkan simptom autism. Antara terapi yang ada adalah:

  • Terapi tingkah laku.
  • Terapi cara bermain.
  • Terapi cara kerja.
  • Terapi fizikal.
  • Terapi percakapan.

Setiap pesakit menunjukkan kesan berbeza terhadap terapi yang di lakukan.

Rawatan Alternatif Autism

Terdapat beberapa alternatif rawatan untuk “menguruskan” autism. Tetapi sebelum kita pergi lanjut, kajian dan hasil dapatan terhadap rawatan ini berbeza-beza  dan ada beberapa rawatan tersebut berbahaya. Jadi, sila dapatkan nasihat pakar jika anda mahu melakukannya.

Antara rawatan tersebut adalah:

Apa Anda Perlu Buat Kalau Anak Anda Ada Tanda Tanda Autism?

Intervensi awal adalah rawatan terbaik. Jika awal lagi anda mengesyaki anak anda ada masalah, bawa dia pergi berjumpa pakar kanak-kanak segera untuk di diagnosa.

Autism adalah salah satu penyakit dari macam jenis penyakit dan jika rawatan awal di lakukan, anda boleh membantu anak anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 Comments
scroll to top