Close

Tanda Tanda Darah Tinggi. Kena Check Dan Cepat Jumpa Doktor

tanda tanda darah tinggi
Darah tinggi adalah antara penyakit yang kerap di hadapi oleh rakyat Malaysia. Darah tinggi atau hypertensi berlaku apabila tekanan darah meningkat pada tahap yang membahayakan kesihatan. Jadi apa kah tanda tanda darah tinggi?
Tekanan darah dikira melalui berapa banyak darah yang melalui salur darah dan berapakah rintangan darah tersebut ketika jantung mengepamnya. Arteri yang sempit meningkatkan rintangan maka semakin sempit arteri, semakin tinggi lah tekanan darah. Dalam tempoh jangka masa yang lama, tekanan darah tinggi akan menyebabkan penyakit lain terutamanya penyakit jantung yang menjadi pembunuh utama rakyat Malaysia.

 Penyakit darah tinggi ni sebenarnya adalah biasa di kalangan masyarakat. Ia terjadi dalam tempoh masa yang panjang dan kebiasaannya kita tidak perasan tanda tanda darah tinggi tersebut. Walaupun begitu, tanpa tanda tanda darah tinggi pun ia boleh menyebabkan kerosakan kepada salur darah dan organ terutama otak, jantung, mata dan buah pinggang.

Amatlah penting untuk kita membuat pemeriksaan tekanan darah secara kerap kerana ini lah cara untuk melihat jika kita menghidap darah tinggi atau tidak.

Jenis-Jenis Darah Tinggi.

Terdapat 2 jenis darah tinggi atau hypertensi dan kedua-dua nya disebabkan oleh punca berbeza. There are two

Primary hypertensi

Primary hypertensi terbentuk dalam masa yang lama dan tanpa sebab yang dapat dikenalpasti. Kebanyakan dari kita mengalami hypertensi jenis ini. Pengkaji masih tak menjumpai mekanisma yang menyebabkan tekanan darah meningkat secara perlahan-lahan. Walaupun begitu, kombinasi beberapa faktor mungkin menyebabkan perkara ini berlaku.

  1. Genetik – Sebahagian pesakit mengalami darah tinggi kerana genetik yang diwarisi dari ibu bapa.
  2. Perubahan Fizikal – Sebagai contoh, fungsi buah pinggang yang berkurangan disebabkan umur mungkin menjadi sebab tekanan darah meningkat.
  3. Gaya hidup – gaya hidup yang tak sihat seperti kurang nya aktivit fizikal dan gaya pemakanan yang tak sihat boleh menyebabkan obesiti dan obesiti ini boleh menyebabkan hipertensi.

 

Secondary hypertensi

Secondary hypertensi pula terjadi secara drastik dan tiba-tiba dan boleh menjadi lebih teruk berbanding primary hypertensi. Antara penyebab yang menyebabkan secondary hypertensi adalah :

  • Penyakit buah pinggang
  • obstructive sleep apnea
  • congenital heart defects
  • masalah tiroid
  • kesan sampingan ubat
  • pengambilan dadah
  • masalah ketagihan arak
  • endocrine tumors

Apakah Tanda Tanda Darah Tinggi Atau Hypertensi Ni?

Hypertensi biasanya adalah penyakit berlaku secara diam-diam. Kebanyakan orang tak mengalami tanda tanda darah tinggi sehingga terlambat. Ada yang bertahun barulah tahap darah tinggi nya berada pada tahap teruk dan disedari.

tanda tanda darah tinggi

Walaupun begitu, tanda tanda penyakit darah tinggi yang kita boleh amati adalah :

  • sakit kepala
  • sesak nafas
  • pendarahan hidung
  • pening kepala
  • sakit dada
  • masalah penglihatan
  • darah dalam air kencing

Jika anda mengalami tanda tanda darah tinggi ini, anda perlu segera mendapatkan pengesahan doktor dan mendapatkan rawatan. Dan cara terbaik untuk mengetahui jika anda mengalami darah tinggi adalah melalui pemeriksaan tekanan darah secara berkala.

Diagnosis  Hypertensi.

Cara untuk mendiagnosis hypertensi adalah semudah memeriksa tekanan darah di klinik. Jika tekanan darah anda meningkat, doktor akan meminta untuk memeriksa tekanan darah anda selama beberapa hari atau minggu untuk melihat jika tekanan darah tersebut kekal tinggi atau tidak. Jika tekanan darah kekal tinggi doktor akan melakukan beberapa pemeriksaan lagi seperti pemeriksaan air kencing, kolestrol, darah dan electrocardiogram.

5 kategori bacaan darah bagi orang dewasa adalah:

  • Sihat :  Bacaan darah sihat adalah kurang dari 120/80 mm Hg
  • Elevated: Jika bacaan systolic antara 120 ke 129 mm Hg dan bacaan diastolic kurang dari 80 mm Hg, anda mungkin mengalami elevated blood pressure. Kebiasaannya doktor tak akan memberikan ubat kepada pesakit tetapi menyarankan supaya gaya hidup dapat diubah.
  • Stage 1 hypertension:  Bacaan systolic antara 130 ke 139 mm Hg manakala bacaan diastolic antara 80 ke 89 mmHg.
  • Stage 2 hypertension: Bacaan melebih 140/90 mm Hg
  • Hypertensive crisis: Bacaan melebihi 180/120 mm Hg. Jika mengalami bacaan sebegini, anda perlu mendapatkan rawatan segera!

Rawatan Penyakit Hipertensi / Darah Tinggi

Primary hypertensi

Perubahan gaya hidup boleh membantu dalam mengubati penyakit darah tinggi jenis ini. Jika tidak boleh, maka doktor akan mempreskripsi ubat.

Secondary hypertensi

Jika hipertensi ini disebabkan oleh faktor lain, maka doktor akan memberikan fokus kepada faktor tersebut. Sebagai contoh, jika tekanan darah meningkat disebabkan oleh ubatan yang di ambil, maka doktor akan menyarankan mengambil ubat lain yang tidak memberi kan kesan sampingan yang menyebabkan tekanan darah meningkat.

Antara ubatan yang digunakan untuk mengubati penyakit darah tinggi adalah :

  • Beta-blockers
  • Diuretics
  • ACE inhibitors
  • Angiotensin II receptor blockers (ARBs)
  • Calcium channel blockers
  • Alpha-2 agonists.

tanda tanda darah tinggi

Gaya Hidup Mampu Merawat Darah Tinggi.

 

1# Pemakanan Sihat

Dengan mengamalkan pemakanan sihat, anda boleh mengawal tekanan darah. Kurangkan pengambilan garam dan gula dalam makanan. Selain itu banyakkan makan buah buahan, sayuran dan protein seperti ikan.

2# Aktiviti Fizikal

Tanpa aktiviti fizikal seperti bersenam, amat sukar untuk mencapai berat badan ideal. Selain itu aktiviti fizikal juga mengekalkan kesihatan tubuh dan mengawal tekanan darah.

3# Berat Ideal

Jika anda obesiti, anda lebih berpeluang untuk mendapat darah tinggi. Maka cuba capai untuk mendapat berat ideal. Antara diet yang boleh dilakukan adalah intermittent fasting, diet atkins dan lain-lain selain perlu kerap bersenam.

4# Mengawal Stress

Masalah stress boleh menyebabkan darah tinggi. Tekanan kerja dan keluarga mempengaruhi tekanan darah kita. Jadi perbanyakkan bersenam dan usaha untuk mengawal stress.

5# Gaya Hidup Sihat

Jika anda kuat merokok, meminum arak dan mengamalkan aktiviti tak sihat yang lain, berhenti!

Ini untuk masa depan dan kesihatan anda juga.

6# Kurang kan Pengambilan Daging

Selain dari protein daging merah, boleh ambil protein dalam bentuk ikan dan makanan laut yang lain.

.

Kawal Tekanan Darah Anda

Bahayanya penyakit tekanan darah tinggi ini adalah boleh menyebabkan sakit jantung dan strok iaitu dua penyakit yang amat berbahaya dan sangat memudaratkan. Oleh yang demikian, kawal pemakanan dan ikuti gaya hidup sihat. InsyaAllah tekanan darah anda boleh dikawal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 Comments
scroll to top