Close

Tanda Tanda Demam Denggi

Demam denggi adalah demam yang disebabkan oleh virus yang dibawa melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti.

Sebenarnya ada 4 jenis virus yang menyebabkan demam denggi iaitu DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4.

Jangan tersilap demam biasa dengan demam denggi, jadi perlu untuk kita tahu tanda-tanda demam denggi supaya tak lah sampai terlambat dan memakan nyawa!

Ada tak vaksin untuk cegah denggi?

Buat masa ini, tiada vaksin untuk demam denggi. Cara terbaik mengatasinya adalah dengan mengelakkan gigitan nyamuk aedes.

Rawatan boleh diberikan dengan baik jika pesakit didiagnos sebelum lebih parah.

Kalau anda nak tahu Centers for Disease Control and Prevention merekodkan bahawa 400 juta orang di jangkiti demam denggi setiap tahun!

Mengikut sejarah kajiannya, virus denggi ini berpindah dari monyet ke manusia sejak 100-800 tahun yang lampau tetapi hanya pada abad ke 20, virus denggi ini menjadi masalah besar kepada manusia.

Nyamuk aedes aegypti ini dikatakan berasal daripada Afrika tetapi kini boleh didapati di semua kawasan tropika di seluruh dunia terutama di kawasan penempatan manusia.

Adalah tidak mustahil untuk seseorang di jangkiti demam denggi 2 kali. Dan jangkitan kali ke-2 adalah lebih berbahaya kepada pesakit!

4 Fakta Tentang Demam Denggi

  1. Virus denggi di bawa oleh nyamuk Aedes aegypti dan Aedes albopictus yang didapati di serata dunia.
  2. Sebanyak 2.5 bilion manusia iaitu merangkumi 40% dari penduduk dunia tinggal di tempat berisiko menghadapi demam denggi.
  3. Demam denggi direkodkan tinggi di 100 buah negara di Asia, negara Pasifik, benua Amerika, Afrika dan Caribbean.
  4. Tanda-tanda demam denggi bermula 4-7 hari selepas gigitan dan bertahan selama 3-10 hari.

Tanda Tanda Demam Denggi.

1. Demam Denggi Biasa.

Hadir selama 7 hari setelah digigit oleh nyamuk aedes pembawa virus. Tanda-tanda adalah:

  1. sakit sendi dan otot
  2. ruam di badan yang muncul dan hillang
  3. demam yang kuat
  4. pening kepala
  5. sakit di belakang mata
  6. muntah dan rasa loya.

2. Demam Denggi Berdarah.

Demam denggi berdarah biasanya mula seperti biasa tetapi kemudian menjadi lebih teruk selepas beberapa hari. Antara tanda-tanda nya adalah:
  1.  Berdarah di mulut, gusi dan hidung
  2. kerosakan pada saraf dan salur darah
  3. pendarahan dalaman yang menyebabkan muntah darah, dan najis berdarah
  4. Platelet yang rendah dalam darah.
  5. Perut sensitif
  6. Nadi lemah

JIKA TAK DIRAWAT SEGERA, DEMAM DENGGI BERDARAH BOLEH MENGAKIBAT MAUT.

3. Sindrom Kejutan Denggi.

Dengeu Shock Syndrom adalah kesan denggi yang paling teruk. Tanda-tandanya adalah:

  • Sakit perut yang teramat sangat.
  • Hilang kawalan
  • hypotension secara tiba-tiba
  • Pendarahan yang teruk
  • Muntah-muntah

Tanpa rawatan segera, ia juga boleh menyebabkan MAUT!

Rawatan

Denggi adalah sejenis virus jadi tiada rawatan yang tepat untuk demam denggi. Walaupun begitu, rawatan intervensi boleh dilakukan bergantung kepada tahap penyakit. Antara rawatan intervensi yang dilakukan adalah :

  • Elak dehidrasi.
  • Makan ubat tahan sakit.

Jika keadaan menjadi teruk iaitu sehingga mengalami demam denggi berdarah, pesakit akan memerlukan:

  • intravenous (IV) fluid supplementation
  • blood transfusion (pemindahan darah)

Cara Mengatasi Denggi

  • Pakaian – Pakai pakaian yang menutup tubuh supaya nyamuk tidak boleh gigit. Elakkan pakai pakaian yang tak cukup kain. Lebih mudah untuk digigit oleh nyamuk.
  • Mosquito repellents – Gunakan musquito repellent jika anda pergi camping.
  • Perangkap nyamuk dan jaring nyamuk – Gunakan jaring nyamuk di pintu dan tingkap untuk mengelakkan nyamuk masuk ke rumah.
  • Masa – Kurangkan keluar rumah setelah masuk waktu senja.
  • Buang Air Bertakung – Ini adalah langkah yang paling penting. Buang air bertakung di luar atau dalam rumah. Air bertakung adalah tempat membiaknya nyamuk aedes. Dengan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk aedes kita boleh mengelakkan nyamuk aedes dari banyak membiak di kawasan rumah kita.

0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 Comments
scroll to top