Kencing manis adalah salah satu penyakit yang amat ditakuti. Berapa ramai dalam kita yang mengalami penyakit kencing manis ini dan jika tidak pasti ada saudara mara atau kenalan kita yang mengalami penyakit kencing manis. Tapi macam mana nak tahu tanda-tanda kencing manis supaya kita lebih bersedia?

Kencing Manis.

Kencing manis atau bahasa saintifiknya, Diabetis Mellitus adalah penyakit metabolism yang menyebabkan peningkatan gula dalam darah.

Secara normal, hormon insulin membantu menggerakkan gula di dalam darah ke sel-sel untuk digunakan sebagai tenaga atau disimpan. Tetapi bagi pesakit kencing manis, tubuh badan tidak dapat menghasilkan insulin secukupnya atau tidak dapat menggunakan insulin dengan efektif.

Sakit kencing manis yang tak diubati boleh merosakkan sistem saraf, mata, buah pinggang dan organ lain.

Kencing manis

Jenis-Jenis Kencing Manis.

Terdapat beberapa jenis kencing manis. Walaupun begitu yang banyak dikenali cuma 2 sahaja. Tetapi dalam perbincangan ini kita akan bawakan jenis-jenis kencing manis yang ada.

Type 1 diabetes: Type 1 diabetes adalah penyakit autoimun. Ini terjadi apabila sistem immun badan menyerang dan memusnahkan sel-sel di dalam pankreas di mana insulin di bina. Tidak diketahui kenapa hal ini boleh terjadi dan kemungkinan besar adalah masalah genetik. Dalam 10% penghidap penyakit kencing manis mengalami Type 1 diabetes.

Type 2 diabetes: berlaku apabila tubuh menjadi kalis terhadap insulin. Ini bermaksud, insulin tidak berfungsi untuk membawa darah ke sel-sel tubuh, lantas menyebabkan peningkatan gula dalam darah.

Prediabetes: Keadaan di mana gula dalam darah lebih tinggi dari normal tetapi tidak cukup untuk menjadikannya di diagnosis sebagai type 2 diabetes.

Gestational diabetes: Kandungan gula dalam darah yang tinggi ketika mengandung. Ini terjadi kerana hormon dari plasenta yang menghalang insulin untuk berfungsi secara efektif.

Tanda-Tanda Kencing Manis.

Ada beberapa tanda-tanda kencing manis yang boleh anda perhatikan. Tanda-tanda kencing manis ini boleh dilihat dengan jelas dari kesihatan tubuh kita. Antara tanda-tanda kencing manis adalah :

1# Kepenatan dan Kelaparan

Badan anda menukarkan makanan yang di makan kepada glucose(gula) yang digunakan untuk tenaga bagi sel tubuh. Tetapi badan memerlukan insulin untuk memproses glucose tersebut. Akibat diabetes, badan anda tak dapat menghasilkan insulin secukupnya atau tak berfungsi dengan efektif dan menyebabkan glucose tak digunakan sebagai tenaga. Ini menyebabkan anda akan rasa lapar dan penat dari biasa.

2# Kencing Lebih Kerap Dan Lebih Kerap Dahaga.

Orang normal biasanya akan membuang air kecil 4-7 kali dalam tempoh 24 jam tetapi jika anda mengalami diabetes, anda akan membuang air kecil dengan lebih kerap. Dalam keadaan norman, badan anda akan menyerap semula glucose ketika ia melalui buah pinggang. Tetapi jika anda mengalami diabetes, buah pinggang anda mungkin tidak dapat menerima kandungan gula tersebut. Ini memaksa tubuh badan untuk menghasilkan lebih banyak urin. Proses ini memerlukan lebih banyak air dalam badan, dan ini mengakibatkan anda dahaga.

3# Mulut Kering dan Kegatalan Kulit.

Oleh kerana tubuh badan anda menggunakan cecair untuk menghasilkan air kencing, kelembapan tubuh akan berkurangan. Anda akan menjadi dehydrated dan mulut anda akan berasa kering. Kulit anda yang kering juga akan menjadi gatal.

4# Penglihatan Kabur.

Perubahan bendalir dalam tubuh termasuk kawasan mata menyebabkan mata menjadi bengkak. Ini menjadikan mata berubah bentuk dan tidak boleh fokus menyebabkan penglihatan menjadi kabur.

5# Jangkitan Kulat.

Jangkitan kulat boleh terjadi akibat daripada diabetes. Kulat menjadikan glucose sebagai sumber tenaga. Jadi oleh kerana badan mempunyai kandungan glucose yang tinggi, ia boleh menggalakkan kulat untuk membiak. Biasanya jangkitan kulat ini terjadi antara celahan jari, di bawah payu dara dan di sekitar kemaluan.

6# Luka Lambat Sembuh.

Dalam tempoh yang lama, diabetes boleh menyebabkan kerosakan saraf yang akhirnya akan menyebabkan luka lambat sembuh. Jika tak dirawat, luka yang kecil ini akan sukar untuk dirawat dan akhirnya mengakibatkan ianya perlu dipotong. Ini lah yang terjadi kebiasaannya bila kaki atau jari kaki terpaksa dipotong.

7# Sakit Atau Kebas Di Bahagian Kaki.

Rasa sakit dan kebas berpanjangan di bahagian kaki adalah akibat daripada kerosakan saraf yang mungkin di akibatkan oleh diabetes.

Penyebab Kencing Manis

Type 1 Diabetes.

Doktor dan saintis tidak mengetahui sebab kenapa terjadinya Type 1 diabetes dan mengapa sistem imun menyerang sel di dalam pankreas. Mereka berpendapat bahawa kemungkinan besar, faktor genetik menyebabkan perkara ini terjadi.

Type 2 Diabetes.

Type 2 diabetes disebabkan oleh genetik dan juga gaya hidup. Pengambilan gula berlebihan dan juga obesiti menyebabkan type 2 diabetes terjadi.

Faktor Membawa Risiko Kencing Manis.

Berikut adalah faktor yang merisikokan anda menghidap type 2 diabetes.

Kucing ni ada potensi ni 🙂

  • Berat badan berlebihan
  • Berumur 45 tahun ke atas
  • Mempunyai ibu bapa atau adik beradik yang menghidap kencing manis
  • Tidak aktif secara fizikal
  • Mempunyai penyakit darah tinggi.
  • Pernah mengalami gestational diabetes
  • Pernah mengalami prediabetes.

Apa Anda Perlu Lakukan?

Jika anda merasakan anda mengalami tanda-tanda kencing manis yang dinyatakan di atas, anda patut terus berjumpa doktor dengan segera.

Yang penting dalam hal ini, adalah menjaga pemakanan dan gaya hidup. Selalu bersenam dan jaga berat badan serta aktif dan jangan mengambil gula berlebihan.

Nanti dah kena potong kaki baru menyesal!