Kita maklum jika tidur baik, badan dan otak untuk berfungsi dengan baik. Sistem tidur yang terbaik adalah mendapatkan tidur malam, di mana menurut sistem matahari.

Meskipun kita tahu tidur yang mencukupi mempunyai banyak kebaikan. Tetapi kami tahu, ramai yang menderita susah sangat nak tidur malam. Tidur yang bagus adalah bermula daripada rutin yang sepatutnya. Namun, bagi segelintir orang, perkara ini masih menjadi halangan.

Jika anda memerlukan bantuan bagi mengatasi masalah sukar tidur malam, ikuti 10 tips alami ini.

1. Akar valerian

Valerian merupakan herba asli dari Asia dan Eropah. Biasanya, digunakan sebagai rawatan untuk kegelisahan, depresi dan menopaus. Akar valerian juga merupakan salah satu herba yang digunakan untuk mengatasi masalah sukar untuk tidur.

Namun, keputusan kajian masih tidak konsisten.

Sebagai contoh, 2 kajian terkini melaporkan bahawa 300-900 mg akar valerian dikonsum sebelum masa tidur mampu menambahbaik kualiti tidur.
Tidak kurang juga, semua pemerhatian dalam kajian ini merupakan subjektif. Ianya bergantung kepada persepsi peserta sendiri terhadap kualiti tidur berbanding pengukuran objektif semasa peserta tidur, seperti gelombang otak dan kadar degupan jantung.

Oleh itu, orang dewasa boleh mempertimbangkan mencuba akar valerian untuk mengatasi masalah tidur. Namun, mengamalkan akar valerian untuk jangka masa yang panjang adalah masih tidak diketahui keselamatannya, terutamanya untuk golongan ibu mengandung.

2. Magnesium

Magnesium merupakan mineral yang terlibat di dalam beratus proses di dalam badan manusia, dan ianya sangat penting kepada fungsi otak dan kesihatan jantung.

Magnesium juga dapat menenangkan minda dan badan, menyebabkan seseorang lebih senang untuk lena dan nyenyak kerana magnesium boleh tingkatkan GABA atau asid gamma-aminobutyric acid (GABA) dalam otak. GABA ini berfungsi sebagai penghantar signal atau mesej yang memberi kesan penenang.

Kajian menunjukan kebolehan magnesium menenangkan otot minda dan badan adalah disebabkan kebolehannya untuk meregulasikan penghasilan melatonin, hormon yang membantu kita untuk tidur.

Sesiapa yang menghidapi masalah imsomnia dan susah tidur disebabkan keresahan waktu malam atau anxiety, cuba dapatkan magnesium 500g setiap hari sebelum tidur.

3. Lavender

Lavender merupakan tumbuhan yang boleh dijumpai diseluruh kawasan. Ianya menghasilkan bunga ungu yang apabila ianya kering akan memberikan pelbagai kegunaan.

Tambahan, wangian lavender yang menjadi penenang aromaterapi untuk rawat sukar tidur.

Malah, beberapa kajian menunjukkan bahawa menghidu wangian minyak lavender selama 30 minit sebelum tidur adalah cukup untuk meningkatkan kualiti tidur.

Perkara ini terbukti berkesan apabila diuji ke atas pesakit sukar tidur terutamanya golongan perempuan dan anak muda.

Selain itu, kajian yang dijalankan kepada beberapa orang yang berusia menunjukkan aromaterapi lavender adalah berkesan sama seperti mengambil ubat tidur dengan kesan sampingan yang lebih rendah.

4. Passion flower

Passion flower adalah herba yang terkenal sebagai pengubat insomnia.

Spesies ini yang mampu menambahbaikkan kualiti tidur adalah berasal daripada Amerika Utara. Ianya juga dibiakkan di Eropah, Asia, Afrika dan Australia.

Kebolehan passion flower untuk menambahbaik kualiti tidur telah didemonstrasikan kepada binatang. Namun, kesan bunga ini kepada manusia pula adalah bergantung kepada cara ianya digunapakai.

Satu kajian telah dijalankan dimana teh passion flower diminum oleh para peserta sejam sebelum masa tidur selama 1 minggu. Selepas 1 minggu, peserta direhatkan daripada mengambil sebarang jenis teh dan diarahkan untuk minum placebo yang diperbuat daripada daun pasli 1 minggu kemudian dengan kaedah yang sama.

Para pengkaji mengambil pengukuran secara objektif terhadap kualiti tidur. Penghujung minggu ketiga, hasil keputusan menunjukkan tiada sebarang perubahan terhadap kualiti tidur para peserta.

Apabila disoalsiasat, para peserta menyatakan kualiti tidur mereka secara subjektif adalah 5% lebih baik apabila mengamalkan teh passion flower berbanding teh placebo. Lebih banyak kajian yang diperlukan, namun ianya berbaloi untuk mengamalkan passion flower bagi orang dewasa kerana ianya adalah selamat.

Buat masa kini, passion flower memberikan lebih banyak kebaikan apabila diguna terus berbanding dalam bentuk suplemen.

5. Glycine

Glisin adalah asid amino yang memainkan peranan penting dalam sistem saraf. Kajian terkini menunjukkan ianya juga mampu mengatasi masalah sukar untuk tidur.

Bagaimana hal ini berfungsi adalah masih tidak diketahui, namun glisin berperanan merendahkan suhu badan semasa waktu tidur, memberi isyarat untuk tidur.

Menurut satu kajian, peserta yang mengalami masalah sukar untuk tidur diarahkan untuk mengkonsum 3 gram glisin dan placebo sejurus sebelum tidur.

Mereka yang mengambil glisin dilaporkan merasakan kurang rasa penat keesokan paginya dan pengukuran secara objektif terhadap gelombang otak dan kadar degupan jantung semasa mereka tidur menunjukkan penambahbaikkan berbanding mereka yang mengambil placebo.

Glisin boleh didapati pada makanan yang kaya dengan nutrient termasuklah daging, telur, ikan, kobis dan buah-buahan seperti pisang dan kiwi. Jelaslah bahawa mengambil glisin sejurus sebelum tidur dapat membantu anda untuk mengatasi masalah sukar untuk tidur.

6. Tryptophan

Satu kajian melaporkan sekurang-kurangnya 1 gram setiap hari tryptophan dapat memperbaiki kualiti tidur dan lena cepat.

7. Gingko Biloba

Dengan memakan ginkgo biloba sebanyak 250 mg pada 30–60 minit sebelum tidur dapat menghilangkan stress, tingkatkan ketenangan dan memulihkan sukar tidur.

8. L-Theanine:

Dengan pengambilan sebanyak 200–400 mg setiap hari juga dapat membantu tidur lena dan relax.

9. Kava

Kava adalah sejenis tumbuh-tumbuhan yang mempromosi tidur. Kava ini dari pantai Pasifik Selatan dan akarnya boleh dibuat sebagai teh, dan juga boleh dijadikan sebagai bentuk suplemen.

Awas, penggunaan kava secara berlebihan boleh merosakkan organ hati kerana produksi yang tidak berkualiti atau ada penambahan bahan lain atau dipanggil sebagai adulterasi.

Amat penting untuk membeli suplimen kava ini yang ada pensijilan daripada badan pihak ketiga yang bereputasi.

10. Melatonin.

Melatonin adalah hormon yang dihasilkan sendiri oleh badan sebagai signal untuk tidur.

Oleh itu, suplemen melatonin menjadi permintaan popular (di luar negara) untuk mengatasi masalah susah tidur.

Melatonin akan memanjangkan durasi tidur.

Walaubagaimanapun, melatonin sukar didapati dengan mudah di kaunter farmasi negara ini. Pesakit perlu mendapatkan perskripsi daripada doktor.

Suplemen melatonin adalah selamat untuk diamalkan pada jangka masa pendek tetapi untuk jangka masa panjang masih belum diketahui.

Sebenarnya, anda boleh menghasilkan melatonin sendiri dengan sangat baik, iaitu pada waktu tidur, dengan syarat, anda tidur dalam bilik gelap (total darkness), dan kalau boleh, bilik itu tidak ada cahaya. Saya akan explain lagi di artikel akan datang.

Kesimpulan.

Tidur malam yang baik dapat meningkatkan daya ingatan, pembelajaran, kebolehan membuat keputusan dan juga kreativiti. Malah, tidur yang mencukupi juga dikaitkan dengan risiko yang lebih rendah untuk mendapat sakit jantung, diabetes, strok dan obesiti.

Yelah, kalau tak dapat nak tidur malam, kena pada jadual kerja kena tidur pagi, nak buat macam mana kan?

Jika ada masa malam untuk tidur, hargailah sebab tidur malam ini sebenarnya nikmat. Untuk Umat Islam disarankan mengambil wudhuk, solat witir dan mengamalkan surah 3 Qul untuk mengelak gangguan tidur.

Oleh itu, jika tuan puan tidak sibuk dan lapang pada waktu malam, dapatkan tidur. Kami doakan supaya anda mudah dapatkan tidur pada waktu malam setiap hari.