Close

Khasiat Tongkat Ali: Tingkatkan Tenaga Metabolik Sperma

Tongkat Ali

Tongkat Ali sangat lazim dalam masyarakat Malaysia, Indonesia, Vietnam dan lain-lain negara Asia. Dahulu, ia sering digunapakai sebagai perubatan tradisional bagi merawat sakit malaria, jangkitan kuman, demam, lemah libido dan mati pucuk.

Bagaimanakah Tongkat Ali mendapat nama?

TONGKAT ALI (Eurycoma longifolia) merupakan sejenis tumbuhan dalam kategori pokok yang digunakan sebagai herba kesihatan dari keluarga SIMARAUBACEAE. Tongkat Ali, atau dalam bahasa Inggeris, longjack, adalah ubat herba yang datang daripada akar pokok renek Eurycoma longifolia, yang berasal daripada Asia Tenggara.

Ada macam-macam nama panggilan. Antaranya ialah Pasak Bumi, Payong Ali, Tongkat Baginda, Muntah Bumi, Petala Bumi, Hempedu Pahit, Penawar Pahit, Penawar Bias, Bedara Merah, Bidara Laut, Babi Kurus, cay ba binh (Vietnam), Tho Banh (Laos) dan LongJack (English). Tumbuhan ini banyak terdapat dikawasan hutan di Malaysia, Indonesia dan sedikit di Vietnam, Laos, Thailand serta di Kawasan Asia Tenggara yang Lain.

Antara pendapat adalah kerana khasiat yang ada di dalamnya merujuk kepada memberi kekuatan tenaga seksual lelaki sehinggakan mampu menongkat ‘Ali nya”. Tongkat ali mengandungi flavonoids, alkaloids dan lain-lain kompaun yang bertindak sebagai antioksida. Antioksida ini adakan bertindak sebagai memulih sel-sel rosak yang berpunca oleh radikal bebas.

Cara makan.

Bahagian akar pokok merupakan komponen utama yang diperlukan tetapi untuk tujuan pemprosesan, semua bahagian pokok termasuk batang, daun dan buah boleh digunakan. Secara tradisinya, akar pokok akan dikeringkan dan dipotong kecil-kecil sebelum dijadikan bahan campuran dalam minuman.

Cara kedua, ada yang mengisar sehingga ia menjadi habuk atau debu halus dan dimampat untuk tukar bentuk kepada pil. Cara makan tongkat ali kini sama ada dalam bentuk pil herba atau dalam keadaan serbuk yang kita boleh bancuh buat minuman.

Jangan anda tidak tahu. Serbuk tongkat ali ini mempunyai permintaan yang tinggi di dalam dan di luar negara. Pengeluar atau pengusaha makanan dan minuman perlukan debu halus tongkat ali kerana ia adalah ramuan utama. Paling bahaya, jika kita sebagai pengguna, tertipu dengan dakwaan sesetengah syarikat pengeluar dengan menggantikan serbuk ini kepada serbuk kayu lain. Hah, siapa nak periksa?

Potensi Kesihatan.

Kebanyakan kajian mengatakan tongkat ali boleh memberi pelbagai manfaat.

1. Rawat rendah hormon testosteron.

Tongkat ali dikatakan boleh meningkatkan hormon testosteron dalam kalangan lelaki yang mempunyai tahap hormon yang rendah. Hal ini telah didokumentasi dengan lengkap. Rendah hormon ini berpunca akibat proses penuaan, kemoterapi, rawatan radiasi, pengambilan ubat-ubatan atau steroid, kecederaan kepada organ testis dan mempunyai penyakit tertentu seperti masalah alkohol yang kronik dan obstructive sleep apnea (keadaan yang berlaku bila seseorang kerap berhenti bernafas ketika tidur).

Akibat daripada penurunan hormon ini, adalah rendah libido (lemah syahwat), disfungsi erektil dan sesetengahnya, mati pucuk. Hal ini disahkan dalam kajian yang berdurasi 1 bulan yang mengumpulkan 76 orang lelaki dengan kadar testosteron yang rendah, apabila mereka mengambil 200mg tongkat ali setiap hari, 90% jumlah peserta mendapati kadar hormon terus meningkat ke paras normal secara signifikan!

Apa yang lebih menarik, kedua-dua haiwan dan manusia menunjukkan pengambilan tongkat ali telah merangsang rangsangan seksual dan membantu merawat disfungsi erektil dalam kalangan lelaki.

2. Meningkatkan tenaga metabolik sperma!

Tongkat ali juga boleh menambah kelajuan pergerakan sperma dan menambah kepekatan sperma dan mengatasi masalah kesuburan. Ada satu kajian yang melibatkan 75 lelaki daripada pasangan yang mempunyai masalah kesuburan mendapati, dengan pengambilan 200mg tongkat ali setiap hari boleh meningkatkan kualiti sperma dari segi motiliti dan kepekatan selepas 3 bulan. 14% daripada pasangan ini didapati subur dan pasangan perempuannya mengandung.

Kajian yang sama berdurasi 12 minggu dilakukan ke atas 108 orang lelaki berumur 30-55 tahun, diberi 300mg tongkat ali setiap hari, telah berjaya meningkatkan isipadu sperma sebanyak 18% dan kelajuan tenaga metabolik sperma sebanyak 44%!

3. Boleh hilangkan stress!

Tongkat ali boleh merendahkan hormon stress, mengurangkan kerisauan (anxiety) dan memulihkan mood. Pada 1999, ada satu kajian dijalankan bagi melihat peranan tongkat ali dalam merawat isu mood dan mendapati ia telah mengurangkan gejala-gejala kebimbangan dalam uji kaji tikus makmal. Efek yang sama dilihat apda manusia, tetapi kajian mengenai skop ini terhad.

Kajian 1 bulan ke atas 63 orang dewasa yang berada dalam stress mengambil 200mg tongkat ali setiap hari mendapati, kadar hormon stress iaitu kortisol dalam air liur berkurang sebanyak 16% dibandingkan dengan yang mengambil placebo. Selain itu, peserta melaporkan berasa kurang stress, marah dan tension selepas mengambil tongkat ali ini.

4. Memperhebatkan persembahan sukan!

Tongkat ali didapati boleh meningkatkan kehebatan prestasi kesukanan dan boleh menambah isipadu otot.

Bagaimana? Tongkat ali mempunyai satu komponen yang best yang dipanggil sebagai quassinoids, eurycomaoside, eurycolactone, dan eurycomanone, yang boleh menambah tenaga secara efisien, mengurangkan kepenatan dan tahan lama. Hal ini meningkatkan persembahan fizikal dan menambah baik komposisi badan.

Perkara ini dibukti dengan kajian 5 minggu yang melibatkan 25 orang lelaki aktif, yang menyertai program “strength training” yang mengambil 400mg tongkat ali setiap hari dan mengalami perubahan signifikan dalam isipadu otot tanpa lemak (lean body mass) berbanding yang mengambil placebo. Ada yang mengadu hilang lemak berbanding kumpulan yang mengambil placebo.

Nak start ambil tongkat ali?

Ada kajian mengatakan suplimen tongkat ali dari negara Malaysia mempunyai 26% bahan merkuri. Umum ketahui, pengambilan merkuri ini sangat bahaya, ia boleh mengakibatkan perubahan mood, masalah kekuatan memori dan isu motor skill.

Namun, kajian tongkat ali bagi ibu mengandung dan menyusu serta kanak-kanak tidak dijalankan. Jadi, saya tidak tahu sama ada tongkat ali ini sesuai atau tidak untuk kumpulan ini.

Sekiranya anda ingin mengambil tongkat ali, berdasarkan kajian-kajian yang dijalankan, dos yang dikira selamat adalah 200-400mg. Kajian-kajian di atas telah mengambil masa 1-3 bulan bagi mendapatkan kesan. Pastikan anda mendapat nasihat doktor terlebih dahulu dan pastikan anda membuat kajian terperinci mengenai produk suplimen tongkat ali di luar sana.

Ayuh pelihara khazanah kita!

Graduan Bachelor of Homeopathy Medical Sciences (Hons) di University of Cyberjaya (UoC) 2014-2018. Menjalani latihan industri 3 bulan di Hospital Homeopati M.L Dhawale Palghar, Mumbai. Berpengalaman dalam bidang sales di sebuah farmasi moden high-end berpusat di Bangsar. Kini, seorang Homeopath cum Pemasar di sebuah syarikat kesihatan swasta.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Leave a comment
scroll to top