Close

Vaginismus: Punca, jenis, simptom dan rawatan

Vagina kejang kerana diselubungi perasaan takut melakukan hubungan seks.

Vagina kejang kerana diselubungi perasaan takut melakukan hubungan seks.

Kejang, tidak selesa, sakit, kecewa, stress – antara yang dialami oleh para wanita yang mengalami vaginismus.

Wanita mengadu sangat sakit ketika objek memasuki bukaan faraj. Kebiasaannya, ketika percubaan kali pertama mengadakan hubungan kelamin. Selain itu, ketika membuat pemeriksaan gynekologi atau memakai tampon.

Otot yang terlibat adalah kumpulan otot pubococcygeus (PC) – memainkan peranan yang sangat penting untuk proses membuang air kecil dan air besar, hubungan kelamin, orgasm dan melahirkan anak.

Akibat terlalu takut, individu itu menjadi panik dan sukar bernafas. Apabila kurang oksigen, otot menjadi semakin kejang lalu menjadi semakin sakit.

Tanpa rawatan, boleh menambah stress kepada hubungan.

Jenis-jenis vaginismus.

1. Primary vaginismus.

Penyebab utama yang dikenal pasti adalah perasaan takut untuk melakukan hubungan seks.

Objek yang dimasukkan, faraj akan menjadi ketat disebabkan oleh otot PC yang kejang tanpa boleh dikawal, dalam keadaan sedar (involuntary muscle).

Selalunya dialami oleh golongan wanita pada percubaan pertama melakukan hubungan seks.

Pasangan lelaki mengalami kesukaran. Dia akan menggambarkan keadaan itu ibarat “melanggar dinding” pada bukaan faraj.

2. Secondary vaginismus.

Ini terjadi apabila seseorang wanita itu telah mempunyai pengalaman seksual. Vaginismus tidak selalu ada. Boleh terjadi pada bila-bila masa atau tiba-tiba ada, (sebelum ini tidak pernah terjadi pun).

Yang ini boleh jadi kesan daripada peristiwa serpeti ada UTI, menopause, peristiwa yang trauma, isu hubungan, surgeri atau kesan selepas melahirkan anak.

Badan akan manifestasi kesakitan melalui bahagian ini sekiranya badan telah conditioned untuk respon dengan cara begitu, walau punca dalaman utama (perasaan takut) diperbetulkan melalui terapi tingkah laku.

3. Global vaginismus.

Vaginismus sentiasa ada dengan kehadiran apa-apa objek sama ada datang dengan cara mendekati, atau sudah masuk atau mencetuskannya, ia akan terjadi.

4. Situational vaginismus.

Ikut situasi. Mungkin terjadi ketika hubungan seks sahaja, tetapi tidak ketika pemeriksaan gyne atau kemasukan tampon.

Rawatan Kegel.

Wanita yang mempunyai vaginismus boleh melakukan senaman di rumah, untuk belajar kawal, relaxkan muscle di sekeliling faraj. Lakukan senaman Kegel. Idea utamanya adalah untuk berasa selesa dengan penetrasi zakar.

Cara melakukan:

  • Kemutkan otot PC atau otot lantai pelvis at yang digunakan untuk membuang air kecil.
  • Ambil nafas dalam-dalam.
  • Tahan 2-10 saat. Fokus pada otot PC, bukan otot perut, peha, punggung dan lain-lain.
  • Relaks kembali.

Lakukan sebanyak 20 kali dengan 2-3 kali ulangan (pagi, tengahhari, malam). Senaman Kegel boleh menguatkan otot PC. Anda boleh melakukan sebanyak mana anda mahu setiap hari, sama ada dalam keadaan baring atau duduk.

Gejala harus berkurangan dalam masa 4-6 minggu. Lakukan secara berterusan.

Selepas beberapa hari, masukkan satu jari ke dalam faraj. Pastikan kuku dipotong pendek dan bersih dan masuk menggunakan jeli pelincir. Atau lakukan dalam bathtub berisi air kerana air pelincir semula jadi.

Masukkan satu dan usaha masukkan sehingga 3 jari. Anda dapat rasa otot faraj mengelilingi jari anda.

Anda boleh berhenti melakukan senaman ini jika tidak selesa.

Amaran:

  • Jangan praktis Kegel ketika buang air kecil. Ia boleh melemahkan otot PC dan menyebabkan rosak pundi kencing dan buah pinggang.
  • Ketidakboleh kawalan otot PC boleh jadi kembali apabila berhenti melakukan senaman ini. Bila mula senaman ini semula, individu perlu melakukan senaman Kegel buat selama-lamanya atau
  • Mungkin mengambil masa beberapa bulan untuk tidak bergantung kepada Kegel.
  • Jangan overdo, nanti otot PC boleh straining ketika hendak buang air kecil atau air besar.

Rawatan Terapi Tingkah Laku

Cognitive-behavioural therapy (CBT) antara kaedah yang digunakan pakai bagi membantu pesakit vaginismus. Tujuan utama adalah untuk intervensi rasa takut dan seterusnya, mengelak penetrasi.

Kaedah homeopati.

Homeopati ada ubat bagi mengubati emosi yang membelenggu. Emosi di sebalik vaginismus boleh berpunca daripada:

  1. Peristiwa trauma seperti gangguan seksual.
  2. Keletihan.
  3. Takut kepada kaum lelaki.
  4. Tidak suka kepada kaum lelaki/ perasaan anti-lelaki.
  5. Dibesarkan dengan kefahaman strict iaitu seperti sex is taboo.
  6. Reservation.
Vagina kejang kerana diselubungi perasaan takut melakukan hubungan seks.
Vaginismus kerana diselubungi perasaan takut melakukan hubungan seks.

Kesimpulan.

Hubungan kelamin boleh mempengaruhi kesejahteraan hubungan. Menjadi proaktif adalah penting bagi menyelamatkan hubungan.

Ketahuilah, tiada apa yang perlu malu. Berbincanglah dengan pasangan mengenai perasaan yang menyelubungi.

Bawalah berjumpa dengan pengamal perubatan bagi memulihkan sakit vaginismus ini. Ramai couple telah menemui jalan keluar dan menjalani hidup yang happy.

Bawalah juga berbincang dengan pakar terapi seks untuk berbincang mengenai kaedah seksual yang selesa dan membantu pasangan.

Terima kasih.

Graduan Bachelor of Homeopathy Medical Sciences (Hons) di University of Cyberjaya (UoC) 2014-2018. Menjalani latihan industri 3 bulan di Hospital Homeopati M.L Dhawale Palghar, Mumbai. Berpengalaman dalam bidang sales di sebuah farmasi natural high-end berpusat di Bangsar. Kini, seorang homeopath di sebuah klinik swasta dan juga pemasar ubat-ubatan homeopati ke seluruh Malaysia. Hubungi +60182259114 (Whatsapp sahaja) untuk info lanjut berkenaan servis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 Comments
scroll to top